Menyusukan si kembar: Sihatkan diri anda wahai ibu

Mempunyai anak kembar, tidak kiralah bilangannya berapa, adalah sangat penting untuk ibu dan ayah berusaha untuk si kembar disusukan dengan susu ibu mereka. Hal ini bukanlah disebabkan penjimatan berganda, akan tetapi faedah di masa hadapan yang sangat panjang.

Salah satunya adalah sangat berkaitan dengan imuniti terhadap sebarang penyakit. Anak kembar, walaupun mungkin tidak seiras, DNA mereka hampir sama. Maka jika seorang anak kembar dijangkiti sebarang penyakit, ada risiko kemungkinan seorang lagi bakal dijangkiti juga, hanya cepat atau lambat sahaja. Itu baru 2 orang anak kembar, bagaimana jika lebih dari dua? Bagaimana jika si kembar mempunyai adik beradik yang lain?

Memang jadi dilema buat ibu dan ayah si kembar yang bekerja.

DSC00236

Untuk menjayakan penyusuan si kembar, selain pelbagai tip atau petua membanyakkan susu dan sebagainya, ada satu tip yang sangat penting dalam memastikan penyusuan si kembar akan terus berkesinambungan.

Ibu si kembar perlu sentiasa sihat.

Eh, apa kaitan pula kesihatan ibu dengan penyusuan si kembar?

Sebenarnya, ibu si kembar perlu mendahulukan KESIHATAN DIRI SENDIRI sebelum pening-pening memikirkan susu yang kurang meriah buat si kembar.

Dalam bulan-bulan pertama si kembar, ia adalah fasa ibu (dan ayah si kembar) adjust dengan jadual kehidupan yang dirombak sama sekali dek kelahiran si kembar.

DSC00526

Ayah dan ibu harus MENCARI masa untuk rehat, tidur hatta untuk ke bilik termenung sekalipun. Ini adalah untuk memastikan kelangsungan kesihatan dan kewarasan ibu (dan ayah) si kembar kekal pada tahap optimum.

Tanpa rehat (apabila anda mempunyai anak kembar jangan harap nak tidur sejam dua, dapat tidur 10 minit pun dah bahagia sangat) yang cukup, akan meningkatkan tekanan dan menurunkan kewarasan.

Badan yang letih, mental yang penat akan mengganggu perjalanan menjayakan penyusuan si kembar.

Ya, penyusuan si kembar adalah perjalanan, dan perjalanannya panjang.

journey

Jaga pemakanan, curi waktu untuk rehat dan bertenang serta mungkin juga minta bantuan ahli keluarga yang lain jika anda (ibu si kembar) memerlukan waktu untuk menghilangkan tekanan buat sejam dua.

Bab pemakanan, terpulang kepada anda. Ada orang memilih untuk top up dengan makanan tambahan, ada orang suka untuk stick pada pemakanan harian dengan mengubahnya kepada yang lebih baik. Untuk yang tidak mahu peningkan kepala bab pemakanan, apa yang anda perlu buat hanya tinggalkan makanan yang berproses dan segera dan mula belajar sedikit-sedikit mengenai pemakanan sihat.

Diet_Recommendations_While_Breastfeeding

Untuk sihat, seperti juga penyusuan, ILMU tetap menjadi kata kunci.

Saya dan penyusuan anak kembar

Dan itulah cara saya berfikir ketika saya pertama kali mendapat si kembar. Saya jaga badan, jaga makan bersungguh-sungguh supaya saya dapat kerap pam dan mampu untuk sesi menyusu yang cecah 1 jam setiap kali. Itu belum masuk cerita waktu malam, I barely slept. Si kembar sudahlah tidak menyabar, menangis sekuat hati pulak.

Saya pula melahirkan mereka melalui pembedahan. Fasa mengandung mereka juga sangatlah mencabar. Jika saya biarkan badan saya kekal lemah fasa pasca pembedahan, ia bakal menjadikan mental saya tidak sihat, maka memanglah saya akan give up to breastfeed my twin boys ketika itu.

Saya juga fikir, saya mahu sihat supaya saya juga mudah untuk menjaga anak-anak kembar saya. Dan supaya mental saya kuat menghadapi tangisan sekuat hati mereka yang boleh membuatkan sesiapa sahaja boleh hilang akal.

And guess what, saya hanya menyusukan mereka dengan sebelah payudara sahaja kerana pada awal kelahiran mereka, sebelah payudara lagi menghadapi infection due to me lacking of knowledge on handling breast pump.

Tapi saya tak patah semangat, saya usaha juga untuk stimulasikan payudara yang itu walaupun produksinya sedikit sangat.

Untuk kuat semangat mothers, badan kita kena sihat supaya mental pun sihat.

So to new twin mothers, fit yourselves first, then breastfeed your twin (or triplet, quadruplet…).

Analogi

Analoginya macam inilah,

Ingat tak taklimat keselamatan yang diberikan dalam kabin kapalterbang sebelum berlepas?

Jika kabin mengalami tekanan udara yang rendah, kita perlu untuk memakai topeng yang ada saluran oksigen kan? Apa langkah paling utama yang krew kabin ingatkan?

oxygen-mask

We have to attend to ourselves first before attend to those in our care, kan?

Kita dulu yang kena pakai topeng gas tersebut sebelum memakaikannya kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Jika kita sendiri sesak nafas, kemudian terketar-ketar dan gagal memakaikan topeng gas pada anak-anak, rasa-rasanyalah kan, apa yang bakal terjadi?

Begitu juga penyusuan si kembar. Kita sedar penting untuk menyusukan anak-anak kembar kita. Akan tetapi jika kita sendiri sampai mengabaikan kesihatan sendiri dan kemudiannya menyebabkan kecundang dalam penyusuan, dan meleret dalam hal kehidupan yang lain, maka tiada orang lain yang patut disalahkan melainkan diri kita sendiri.

Mak-mak perlu sentiasa sihat. Apatah lagi mak-mak si kembar.
Jadi, sila jaga kesihatan anda ye.

Semoga Allah mudahkan dan bantu anda menjayakan penyusuan buat si kembar anda, aminn..

Ummi si kembar dan adik-adik si kembar.

Signature3

2 thoughts on “Menyusukan si kembar: Sihatkan diri anda wahai ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge