Mana buku ummi?

Ummi memang gemar membaca. Dari kecil lagi ummi suka menghabiskan duit dengan membeli buku. Pantang sahaja berita pesta buku sampai ke pengetahuan, ummi sanggup memujuk tokwan atau menapak seorang diri ke pesta buku tersebut. Pernah ummi dimarahi tokwan kerana menghabiskan duit membeli buku cerita. Dan buku-buku yang ummi beli akan ummi baca berulang-ulang kali.

Di rumah ini ada sebuah almari yang dikhaskan untuk buku-buku dan majalah serta al-Quran. Oleh sebab si kembar dan adik mereka suka ‘mengemas’ barang, maka hanya bahagian atas (almari ) sahaja dipenuhi oleh buku. Kononya, anak-anak tidak akan dapat ‘mengemas’ buku-buku di bahagian atas.

Si kembar juga sukakan buku sebenarnya. Tetapi minat mereka itu turut datang dengan keghairahan untuk merenyuk dan mengoyak buku, maka ummi agak kurang galakkan mereka untuk ‘bermesra’ dengan buku-buku ummi.

Suatu hari, si kembar bermain berdekatan sofa yang bersebelah dengan almari buku tersebut. Pintu almari dibuka luas, tapi disebabkan tiada bunyi renyuk, koyak dan buang, maka ummi biarkan sahaja. Lagipun ummi sibuk dengan perkara lain hari itu.

Apabila ummi memeriksa almari buku seketika kemudian, ummi dapati sebahagian buku-buku ummi tiada pada tempatnya.

‘Alamak, mana buku-buku aku ni’, detik hati ummi.

aik, mana hilang pulak buku ni?

aik, mana hilang pulak buku ni?

Apabila ummi jenguk ke bahagian bawah almari buku yang terbuka bahagian cermin pintunya (tokwan buka cermin tu sebab risau si kembar pecahkan secara tak sengaja),

penuh 'tersusun'

penuh ‘tersusun’

Rupanya telah ‘disusun’ elok oleh si kembar. Dengan 2-3 buah al-Quran yang agak berat pun ditimbun oleh buku-buku. Ummi syak mereka sama-sama mengangkat al-Quran turun ke bawah sebab al-Quran itu agak berat sebenarnya untuk budak berumur 3 tahun. Ummi cuma selamatkan Al-Quran sahaja dari timbunan buku-buku itu, yang lain ummi biarkan sampai sekarang. Masih belum sempat untuk betul-betul kemaskan semua buku. Almari buku itu pun sebenarnya tidak begitu rapi susunan bukunya. Ada buku-buku ummi yang di merata ceruk rumah yang belum dikembalikan ke almari tersebut. Nantilah, ada banyak lagi kerja rumah yang lain yang perlu dilunaskan, almari buku itu pun tidak terlalu teruk sangat keadaannya.

Adoihla anak-anak. Nasib baiklah ‘fasa pindah’ sahaja. Kalau ‘sesi’ koyak dan renyuk, memang boleh buat ummi jadi rimau jadian.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge