Makanan ketika berpantang untuk ibu yang bersalin secara pembedahan

Saya melahirkan si kembar bijak dan soleh saya itu melalui pembedahan 3 tahun yang lepas. Saya menerima pelbagai pertanyaan mengenai pemakanan ketika berpantang bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Dengan itu, saya kongsikan gabungan pengalaman saya berpantang dan info yang saya dapat dari sedikit carian di internet.

Sangat penting untuk berpantang

Sangat penting untuk berpantang

Secara umumnya, ibu-ibu yang bersalin perlu menjalani tempoh berpantang, lebih-lebih lagi ibu yang bersalin melalui proses pembedahan. Tempoh berpantang ini bukanlah suatu tempoh untuk menyeksa ibu-ibu, ia hanyalah suatu regim diet dan penjagaan kesihatan demi memastikan kelangsungan kesihatan ibu-ibu pada tahap optimum. Jadi terpulang kepada ibu-ibu untuk memilih untuk berpantang atau tidak.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu lama, tempoh berpantang adalah selama 44 hari, dan ada juga yang saya jumpa menyarankan supaya ibu bersalin pembedahan berpantang selama 100 hari (berpantang in termasuk penjagaan pemakanan dan jimak bersama suami). Ibu dan ibu saudara saya juga ada menyarankan supaya berpantang pada sesetengah makanan seperti bihun, mee dan laksa selama 6 bulan sehinggalah setahun kerana dikhuatiri makanan jenis ini memberi kesan kepada badan ibu. Saya cuma bertahan pada 8 bulan sahaja (sebab dah termengandung adik si kembar ketika itu, hehe).

Keperluan Nutrien yang disarankan

Memandangkan ketiadaan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) yang khusus bagi wanita dalam pantang, anda digalakkan untuk merujuk pada RNI Malaysia bagi wanita yang menyusu dalam tempoh enam bulan yang pertama selepas bersalin.

credit : www.mypositiveparenting.org

credit : www.mypositiveparenting.org

  • Ikan atau sumber protein

Ikan adalah sumber protein yang paling baik di ambil oleh ibu ketika berpantang terutamanya ibu yang bersalin secara pembedahan. Antara ikan yang dibolehkan ialah Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih dan Senangin. Ikan mestilah yang segar dan dimasak sama ada dikukus, di buat sup atau pun dibakar dengan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan beberapa tambahan herba secukup rasa. Jika ingin di goreng sekalipun, gunakan minyak zaitun atau kelapa sawit. Selain ikan, ibu-ibu juga boleh makan ayam kampung/organik dan dimasak menggunakan kaedah yang sama seperti memasak ikan.

Hindari ikan -ikan yang berbisa seperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain yang boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat .

  • Fiber, buah dan sayuran hijau/ulaman

Sayur-sayuran yang disyorkan boleh dimakan adalah seperti Lobak Merah, Sawi Hijau (sawi yang batangnya halus), manakala ulam -ulam yang bagus dimakan ketika berpantang adalah Daun Pengaga, Lemuni , Daun kunyit muda dan Bunga kunyit serta kunyit muda. Ini adalah antara sayuran dan ulaman yang saya amalkan ketika berpantang dahulu. Boleh dicelur (lebih baik) atau pun dimakan mentah (ulaman sahaja). Buah yang boleh dimakan ialah buah oren sunkist sahaja (menurut ayah saya), buah lai, buah nenas, mangga, betik dan buah limau yang lain adalah buah yang sejuk untuk ibu-ibu yang sedang berpantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung, daun kesum, daun selom, ulam raja, kacang botor dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan. Bukan sahaja ibu, malah bayi yang menyusu juga akan terjangkit kembung.

  • Kalsium, susu dan hasil tenusu

Ibu yang sedang berpantang pastilah sedang berusaha untuk menyusukan bayinya. Maka untuk menjayakan penyusuan, pastikan ibu mengambil makanan yang mengandungi kalsium seperti susu segar. Saya tidak berapa pasti jika produk tenusu yang lain boleh dimakan semasa berpantang atau tidak. Akan tetapi, susu bukan satu-satunya sumber kalsium, sayuran hijau pekat juga turut mengandungi kalsium.

Selain itu, ibu-ibu perlu minum air yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu badan ibu kekal segar serta memudahkan proses penyahtinjaan. Pastikan minum air putih yang suam atau panas. Saya juga minum minuman coklat panas seperti VICO di antara waktu makan, ini adalah kerana bayi-bayi saya kerap menyusu dan saya juga sering kehausan dan kelaparan. Boleh juga untuk ibu-ibu minum secawan kopi (bukan kopi segera 3 dalam 1 itu) sehari kerana kafein di dalam kopi membantu mengurangkan rasa tidak selesa di bahagian tulang belakang yang disuntik ubat bius sebelum pembedahan.

Paling penting, jika ibu-ibu ingin mengambil atau mencuba sebarang jenis sayur/ulam atau ubi, makan sedikit dahulu dan lihat kesannya pada badan ibu dan bayi. Sebab apabila kita menyusukan bayi, apa yang kita makan akan mempengaruhi susu, jadi jika suatu makanan itu membuatkan perut kita kembung, maka hal yang sama akan terjadi kepada perut bayi.

 

credit info :

http://penjagaanibudalampantang.blogspot.com

http://www.mypositiveparenting.org

http://titisanmutiarabonda.blogspot.com

http://bidanbersalin.blogspot.com

 

3 thoughts on “Makanan ketika berpantang untuk ibu yang bersalin secara pembedahan

  1. yani says:

    salam admin..saya baru 39 hari bersalin secara pembedahan. dan ini adalah kali yg ke 3 pembedahan. dlm tempoh awal luka luar saya sudah kelihatan baik. tapi sejak pulang kerumah dan berpantang sendiri, luka jadi berair di hujung jahitan belah kiri. boleh tahu tak kenapa boleh jadi begini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge