Lakonan si kembar dengan set cawan mahal

Hujung minggu baru-baru ini, kami berbuka puasa di rumah kakak ayah. Dan ayah pulak apabila berkunjung ke rumah kakak beliau, haruslah bermalam (sebab itu sekarang ini walaupun ayah tidak pernah bagi detailed tentative, ummi mesti pastikan baju dan pampers untuk anak-anak di bawah lebih dari cukup, kalau tidak, buat tension dalam diri je).

Semalam (masih di rumah kakak ayah), setelah sesi makan (yolah,deme bertiga tu tak cukup umur kut nak diajar berpuasa), sesi keluar masuk rumah, seorang menyapu lantai, seorang buat sampah, seorang lagi tersekat kaki kat dalam longkang (si Farhan lah ni, dan cepat-cepat Furqan datang panggil ummi untuk rescue Farhan), kemudian lawan memanjat meja kaca, sapu lantai, panjat itu ini sampai puas sambil ummi jadi mak guard dekat sliding door. Mulanya, mereka mintak nak ‘ligan’ ayam dan angsa kat luar di bahagian depan, tetapi ummi tidak membenarkan kerana mereka ketiadaan kasut. Kasihan pula rasanya, excited mereka apabila ummi mengagah ayam belanda, dan ayam belanda itu ‘melatah’ kembali.

Setelah puas bermain di luar, dan mandi lebih 3 kali, mereka memulakan projek di dalam rumah pula. Almari hiasan menjadi tumpuan tiga beradik itu. Haihhhh… Mulanya, Farhan mengambil satu cawan kecil (tembikar berjenama tau), dan dibawa pusing satu rumah dengan dikacau dengan scoop susu beliau. Gaya macam membancuh tepung sahaja. Si kembar pula, mengeluarkan hampir satu set cawan tersebut, di susun di atas meja ala Jepun berdekatan almari.

Kemudian Furqan berlagak menuang air (menggunakan cawan juga) ke dalam cawan, dan diberikan kepada abangnya. Rayyan pun mengambil cawan tersebut, ‘minum’ air dan cakap ‘dapppp’. Ummi  tersengih-sengih jelah memandang mereka bermain. Farhan pula masih sibuk mengacau adunan di dalam cawan beliau sambil pusing satu ruang tamu. Nak ambil gambar tak boleh, sebab telefon ummi sedang di caj di atas almari hiasan tersebut. Rugi, rugi..

Lama juga ummi memerhatikan mereka bermain sedemikian. Sehinggalah Rayyan perasan ummi sedang memandang mereka, terus Rayyan datang berlari dan menampar muka ummi. Malu agaknya. Heh, heh..

Si kembar dan adik mereka memang pandai mencipta permainan (rasanya kebanyakan kanak-kanak seusia mereka memang kreatif). Sebab itu, habis periuk, belanga dan segala perkakas dapur ummi di buat mainan. Belum lagi, segala sofa dan kusyen di ruang tamu. Tetapi ummi sudah tidak perlu meninggikan suara, buat sakit badan je, apabila ummi kutip sahaja kusyen dan tolak sofa pada tempat asalnya, cepat-cepat si kembar mengangkut kusyen menolong ummi mengemas hasil ‘sepahan’ mereka.

Set pinggan kat rumah murah je

Set pinggan kat rumah murah je

Sekarang ini selain cookies, ummi juga mencari resepi homemade crackers. Ala, biskut kering itu. Si kembar suka makan, terutamanya Furqan, jadi untuk mengawal kandungan gula dan garam yang daripada diambil secara berlebihan oleh anak-anak, maka haruslah ummi memburu resepi yang sepatutnya.

Ok, ummi memang lemau sikit hari ini, entah kenapa. Tetapi gambaran anak-anak bermain dengan set cawan semalam masih terbayang di mata. Sangat comel!

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

 

2 thoughts on “Lakonan si kembar dengan set cawan mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge