Lada hitam untuk ibu berpantang bersalin

Makanan-Pedas

Bagi ibu yang spesies suka makan pedas macam saya, stale dishes dengan sedikit rasa garam dalam menu berpantang memang sukar untuk menambat selera. Badan pun masih sakit, tambahan pula jika pengalaman pertama dengan anak sulung. Makan pun dengan terpaksa.

(Nak menyusu punya pasal, mestilah kena makan).

Alhamdulillah, ketika saya mengandungkan si kembar sampailah ke menyusu adik si kembar, Allah tarik ‘kemahiran’ makan pedas itu. Pedas sikit pun tidak boleh, asal cicip di bibir sahaja pun sudah mampu buat saya menangis. Sedangkan ketika zaman anak dara, jika tiada sambal tumis, cili api 3 batang dalam pinggan, memang boleh putus selera nak makan.

lada hitam

Oleh itu, untuk menambahkan sedikit rasa pada makanan, tambahkanlah sedikit lada hitam.

Jadi apabila lada hitam ini dibolehkan untuk ibu dalam pantang makan menggantikan cili merah dan cili padi, maka pergunakanlah. Tapi, tolong jangan lambakkan banyak sangat dalam sup atau daging goreng.

Secara ringkasnya, lada hitam ini sangat bagus untuk

  • Menjaga kesihatan usus dan sistem penghadaman
  • Membantu mengeluarkan angin dalam badan
  • Membantu memanaskan badan ibu dalam pantang
  • Membantu mengelakkan/menghapuskan kelemumur
  • Menjaga kesihatan kulit
  • Melegakan hidung tersumbat dan batuk
  • Membantu menaikkan selera makan
  • Membantu mengurangkan kemurungan
  • Membantu mengurangkan berat badan

Walaupun lada hitam sangat bagus kepada badan (terutamanya kepada ibu dalam pantang), akan tetapi ambillah dalam kadar sederhana. Jika terlampau banyak sangat, kepanasannya adalah agak melampau, nanti terkesan pada bayi. Kasihan pula pada bayi.

Kandungan mineral dalam lada hitam adalah mangan, vitamin K, copper, serat, zat besi, chromium dan kalsium.

Dalam set berpantang shaklee ada dua produk yang mempunyai khasiat yang sama iaitu Ostematrix dan Alfalfa Complex, oh ya serta Vitalea.

Dengan gabungan rempah dalam masakan, ibu dalam pantang akan lebih berselera makan. Dan apabila makan lada hitam, ibu perlu minum air yang cukup dan seimbangkan dengan sayur dan ulaman. InsyaAllah mudah membuang dan keluar angin dalam badan.

Set berpantang Shaklee mampu memberi nilai tambah kepada ibu berpantang. Dengan makan set berpantang Shaklee, air yang cukup dan makanan berkhasiat, ibu dalam pantang akan lebih gembira, cergas dan segar senantiasa.

Untuk mendapatkan set berpantang Shaklee boleh dapatkan dari saya.

Selamat berpantang dan selamat menyusukan bayi anda.

Signature_shaklee2

2 thoughts on “Lada hitam untuk ibu berpantang bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge