Kursus NURY : Bukan sekadar kelas keibubapaan

Disebabkan bahang kelas yang akan datang ialah pada hujung minggu ini, maka saya rasa gatal tangan untuk berkongsi sedikit mengenai Kursus Ibu Bapa Professional dan Anak Cemerlang yang akan dijalankan di Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak NURY.

Buat kami yang mengenali institut dan kursus ini, selalunya kami panggil Kursus NURY sahaja. Senang ringkas dan padat.

Saya sukakan ilmu keibubapaan.  Akan tetapi saya sebenarnya jadi keliru dengan pelbagai method parenting.  Ikutkan hati, semua seminar saya ingin hadiri.

Akan tetapi, apabila terpandangkan anak-anak, kami memerlukan lebih dari sekadar kursus keibubapaan. Kaedah yang dapat membantu saya untuk stimulasi anak-anak saya yang berbeza perkembangannya dengan kanak-kanak lain.

Dan Allah lorongkan kami dengan Kursus NURY ini.
Saya menyertainya pada bulan Jun yang lepas, alhamdulillah.

Nury June_edit

Kepada orang yang pertama kali mendengarnya atau mungkin pernah melihat perkongsian ‘melawan arus’ sahabat-sahabat yang lain contohnya satu entri yang ditulis oleh Puan Harlinda, Kelebihan Bayi Yang Tidak Dibedung & Dipakaikan “Mitten & Booties”, perkara pertama yang datang di minda anda,

Ada apa dengan Kursus NURY ini?

Saya mulakan dengan diri saya. Mengapa saya memilih untuk menyertai kursus ini dan mengaplikasikannya kepada anak-anak saya.

Anak-anak saya mengalami speech delay. Setelah beberapa kali terapi cara kerja (yang hanya sejam untuk setiap sesi, SEBULAN sekali itu), dengan long queue untuk terapi pertuturan, saya merasakan saya perlukan sesuatu untuk membantu anak-anak saya.

Saya percaya kepada penjagaan pemakanan yang baik dan sihat. Saya juga percaya kepada stimulasi dengan aktiviti fizikal. Terapi cara kerja dan terapi pertuturan, hanyalah sekadar terapi, ia tidak mampu untuk stimulasikan badan manusia (terutamanya kanak-kanak) secara menyeluruh.

Sedangkan anak istimewa (hatta anak normal sekalipun), memerlukan stimulasi menyeluruh. Dari penjagaan pemakanan, aktiviti fizikal dan pembelajaran.

Dan kursus NURY mengaplikasikan apa yang saya percaya itu.

Like attracts like kan?
Apabila kita bersungguh mencari, Allah pasti akan lorongkan pada yang sepatutnya, kan?

Kaedah Glenn Doman 

Kursus ini menggunakan Kaedah Doman (Doman Method) yang diasaskan oleh Glenn Doman. Akan tetapi Glenn sendiri tidak suka untuk menamakan kaedah yang beliau praktikkan di Institutnya (The Institutes for the Achievement of Human Potential).

Apa yang saya nak highlightkan di sini,

Glenn sentiasa percaya bahawa ibubapa ialah guru yang paling bagus buat anak-anak.

Glenn juga sentiasa percaya bahawa semua anak (tidak kiralah anak istimewa atau normal) mempunyai potensi untuk hidup dengan lebih baik, lebih cemerlang atau statement yang orang kita suka, anak genius.

Glenn juga percaya, ‘brain grows by use’. Tidak pernah ada istilah terlewat untuk stimulasikan otak, dan tidak ada juga istilah terlalu awal.

glenn quotes

Kenapa Glenn percaya semua ini? Hal ini kerana, hero buat Glenn ialah OTAK. Manusia berfungsi, hidup dengan aktiviti yang dikawal oleh otak.

Sebab itu, kaedah pembelajaran yang digunakai untuk ransangan buat anak-anak ada dari peringkat umur bayi lagi! Sebab itu juga penting, untuk anak-anak tidak melangkau setiap milestones perkembangan mereka seperti meniarap, meyulur, merangkak dan berjalan. Setiap tahap itu ada signifikan terhadap perkembangan otak yang merangkumi kesihatan mental dan fizikal anak sebenarnya.

Dan juga, penting, supaya pemakanan anak-anak juga dijaga dengan baik. Tiada makanan ringan penuh MSG. Tiada makanan berproses yang kaya dengan bahan kimia.

healthy food

Kaedah ini juga meraikan fitrah anak-anak yang suka bermain. Tapi dalam bermain itu, masih boleh belajar perkataan baru, nombor dan pelbagai lagi. Nak ajar anak kenal huruf Quran pun boleh tau!

Ia juga tidak memerlukan masa berjam-jam, statik di meja. In short, ia kaedah yang menggembirakan di samping mengekalkan kesihatan anak secara holistik.

Iyelah, anak yang sentiasa sakit, bagaimana mahu bermain dan belajar kan?

Ia juga bukan untuk memaksa bayi yang baru lahir itu supaya belajar, sebab secara fitrahnya manusia belajar dari dalam rahim lagi. Semuanya untuk meransang otak manusia dan Allah sendiri banyak menyuruh hamba-hambaNya merenung ciptaanNya dan berfikir kan?

kad imbas

Kredit gambar, dari Puan Nurhasanah.

Dan ia tidak berhenti setakat pada kursus ini sahaja, turut diadakan kelas untuk mengajar anak-anak membaca dan cara yang betul melakukan aktiviti fizikal terhadap anak-anak.

Ibu bapa juga akan diajar untuk membuat sendiri kad imbas, laluan merangkak dan segala ‘perkakasan’ yang diperlukan dalam meransang anak-anak. Semuanya do-it-yourself je, tidak perlu untuk keluarkan duit lagi untuk membeli itu dan ini.

crawling track

Kredit gambar, Puan Nurul Shida.

Kepada yang ingin melakukan assessment pada anak istimewa mereka juga, ia akan dilakukan oleh doktor di institut ini juga. Tetapi sebelum ia dilakukan, ibu dan bapa perlu mengikuti kelas terlebih dahulu untuk faham secara menyeluruh mengenai kaedah yang digunakan kerana assessment yang dilakukan adalah mengikut kaedah yang sama.

Boleh tahan lama jugak sesi assessment Rayyan hari itu. Tinggal Furqan dan Farhan sahaja yang masih belum sempat untuk sesi assessment ini.

Saya rasa cukup setakat ini dahulu.

Kepada yang ingin mengikuti kemaskini mengenai kelas yang diadakan, boleh ke page Institut NURY.

Saya sendiri teringin untuk ke kursus NURY pada hujung minggu ini (12-13 Sept 2015), sebagai refresher kelas yang lepas.

Kepada yang sudah mendaftar, selamat berkursus.

Apabila kita menjadi ibu dan ayah, kita perlukan ilmu dalam mendidik anak-anak. Pilihlah mana yang bersesuaian buat diri kita.

Kata kuncinya, ILMU.

Kepada yang mempunyai anak istimewa, sangat disyorkan untuk mengikuti kelas ini.
Semua anak ada potensi.
Potensi untuk hidup dengan lebih baik dan berkhidmat terhadap masyarakat sekeliling.

Even to our own brain injured child.

Ummi si kembar dan adik-adik si kembar,
Signature3

 

8 thoughts on “Kursus NURY : Bukan sekadar kelas keibubapaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge