Kursus NURY : An Eye Opener dan Penguat semangat.

Bagi kawan-kawan yang selalu mengikuti penulisan saya di blog dan di Facebook, memang sudah terbiasa dengan topik berkaitan anak kembar, penyusuan, Shaklee, berpantang dan kelahiran alami. Sekarang ini disebabkan saya sedang berusaha untuk membantu si kembar (dan mungkin juga adik si kembar, ini masih belum pasti tapi beliau pasti akan mendapat manfaat yang sama seperti abang-abangnya), topik penulisan saya naik setingkat lagi, perkembangan kanak-kanak dan speech delay.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang saya suka tulis, akan tetapi kebanyakannya berkisar dan fokus pada topik-topik tersebut sahaja. Bukan apa, tidak mahu blog jadi macam sambal belacan. Apa sahaja yang menaikkan trafik, main taruk je. No no no, itu bukan cara saya. Di Facebook, mungkinlah.

Mengapa saya begitu ingin sangat ke kursus NURY ini?

Kursus Nury June

Ia bermula disebabkan isu speech delay anak-anak kembar saya, dan senarai menunggu yang sangat panjang di HUKM. Saya juga mempunyai beberapa perancangan lain dalam membantu anak-anak, dan saya dapati terapi cara kerja sebulan sekali itu tidak begitu efektif. Terapi pertuturan, well, saya sudah ceritakan dalam entri ini. Oleh itu, pada saya, adalah sangat crucial untuk saya mencari ilmu yang dapat membantu anak-anak saya.

Until now, saya masih tidak pasti mereka ini autistic children or not.

Alhamdulillah saya dipertemukan dengan kursus NURY ini oleh seorang sahabat di Facebook, yang juga menyertainya untuk membantu anak beliau.

Dua bulan saya menunggu untuk ke kursus ini. Bulan pertama sebab bertindih dengan kelas kelahiran AMANI, bulan kedua penyertaan penuh terus.

Saya juga perlukan Dr Azura (Dr di Institut NURY) untuk membuat assessment terhadap anak-anak. Namun, syarat yang beliau tetapkan, ibu dan bapa perlu sertai kursus ini. Hal ini kerana, kursus ini akan menerangkan dengan lebih terpeinci segala aspek perkembangan kanak-kanak dan itulah yang akan digunakan ketika assessment.

Jika kita tidak memahaminya, bagaimanakah untuk kita mengaplikasikan segala cadangan beliau itu nanti? Aplikasi satu hal, kita pasti terpinga-pinga dengan penerangan beliau jika kita tidak mengikuti kursus tersebut.

Mengikut kaedah di NURY, mereka tidak mengklasifikasikan anak-anak (jika anak istimewa) pada diagnos biasa, tetapi lebih kepada bahagian yang perlu dirawat. Contoh, kanak-kanak yang menghadapi masalah speech delay, ada masalah di bahagian otak tengah mereka, dan ‘rawatan’ yang bakal diberikan hanya berkaitan dengan stimulasi bahagian tersebut dan berubah dari semasa ke semasa.

glen doman

Mereka menggunakan konsep Glenn Doman.
Ini akan saya kupas dalam entri selepas-selepas ini. Tulis dalam ni mau berkajang jadinya.

Semasa di Kursus NURY selama dua hari, di hujung minggu lepas, saya berasa sangat gembira. Hal ini disebabkan, apa yang saya percaya selama ini, sama ada melalui pembacaan, perbincangan, sembang-sembang dengan ahli pemakanan, dan saya sendiri amalkan, mempunyai hujah dan kajian yang tersendiri. Makna kata, I was right all along.

Cuma pada orang tidak faham, tidak mengalami, keep saying that I read too much, I think too much, that I am too protective with my sons. Itu tidak boleh, ini kena kawal. Kena buat begitu, tidak boleh begini.

The thing is, I am a living proof of it.

Mak saya membesarkan saya dengan penjagaan pemakanan yang sangat ketat. 6 tahun pertama ko jangan mimpilah ais krim cekelat bagai, saya sahaja yang kadang curi-curi makan. Pengasuh saya pun strict juga (mungkin telan diingatkan oleh mak),sudah satu bahagian peti ais beliau saya ‘sorokkan’ segala mak nenek cikedis,beliau boleh ugut nak report kat mak,hampeh.

Umur 6 tahun saya sudah mampu membaca (dan menghafal sedikit) Quran, sudah mampu membaca suratkhabar. Jadi berminat pula untuk belajar Bahasa Inggeris.

Regim pemakanan yang ketat itu diteruskan sehinggalah saya habis SPM. Itu pun ada juga yang saya mengelat, ada juga yang curi-curi makan. Akan tetapi, asasnya, saya masih kekal ikut regim yang sama sehingga sekarang.

Maka walaupun dulu di waktu kecil, saya punya masalah kulit sensitif, ia terkawal.

Glenn Doman Method secara ringkas.

SpectrumBrain glen doman

 

Glenn Doman banyak mengaitkan perkembangan anak-anak dengan otak. Pada beliau, otak adalah organ yang palin penting, yang menentukan manusia itu boleh dinaikkan potensinya dan juga sebaliknya. Jika berlaku sesuatu pada otak, kita masih ada cara untuk bantu ‘pulihkan’, tapi dengan cara yang membantu keseluruhan organ lain.

Dalam kes brain-injured child, ia lebih kepada untuk stimulasikan semula supaya bahagian yang cedera dapat dikembalikan fungsinya. Caranya cumalah dengan menjaga pemakanan, senaman yang terkawal (sebab ada budak kena buat rutin, ada budak kena paksa exceed the limit) dan dimasukkan juga kaedah pembelajaran yang sistematik. Sebab untuk otak grow, ia perlu untuk belajar.

Apabila tidak belajar, itu yang mulanya nyanyuk.

Oleh itu, beliau sangat menekankan stimulasi pada fasa bayi lagi. Paling mengujakan saya , stimulasi itu semuanya fitrah, ikut sunnatullah yang telah pun Allah tetapkan buat manusia.

Beliau sentiasa percaya, semua anak ada peluang untuk live, bukan setakat survive. Semuanya berbalik kepada stimulasi otak anak-anak.

glen doman book

Yakinnya beliau pada potensi otak anak-anak membuatkan saya hampir terfikirkan yang beliau ini Muslim. Every brain-injured child ada harapan untuk pulih, malah LEBIH BAIK DARI ANAK-ANAK NORMAL. Orang bukan Islam pula yang gigih pasal ni.

Bayangkan kalau kita guna approach yang sama pada anak-anak yang normal.

Aktiviti fizikal. Ransangan awal. Jaga pemakanan dan semua anak ada potensi, semua itu sudah ada dalam Islam.

Saya bukanlah bertuhankan Barat sangat, akan tetapi saya banyak terjumpa Islamic approach dalam Barat. Dan saya tidak pernah menolak usaha sahabat-sahabat saya yang lain dalam promoting Islamic approach contoh, ajar mengaji Quran pada anak lambat bercakap, zikir terapi untuk anak-anak Autistik.

Moga Allah mudahkan usaha saya buat anak-anak. Di akhir sesi penyampaian sijil, saya betul rasa macam nak tumpah air mata ketika berpelukan dengan dua orang anak pengasas merangkap presenter dalam masa dua hari kursus berjalan. Paling rasa sebak sangat, sebab akhirnya jumpa jalan yang Allah sudah janji buat saya. Saya sahaja yang selalu fail untuk sabar.

glenn doman book

Banyaknya buku yang bakal saya beli selepas ini. Bukan setakat buku-buku Glenn Doman sahaja.

Siapa nak sedekahkan saya Baucer Buku 1 Malaysia dia?

Signature3

7 thoughts on “Kursus NURY : An Eye Opener dan Penguat semangat.

  1. Good effort.
    Why not trying Brain Wave Workshop by Durriy Management and Consultancy to activate your child mid brain (otak tengah)
    Insha Allah it will give not only positive impact for your child development but a new perspective about the capability and ability of mid brain.

  2. umi rifhan says:

    Terbaik artikel ini.semoga puan bertambah semangat memulihkan anak2.Nury mmg sudah lama mengajar tentang kaedah2 meransang minda anak.syukur ibu sy sudah belajar dri NURY sejak dlu jdi sy dapat info adalah melalui ceramah ibu kpda saya 😉😉 jadi bila dapat shja anak pertama, mudah saja utk sy praktikkan ceramah ibu sy tu. Semoga puan sudi kongsikan lg pelbagai ilmu di masa akan dtg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge