Kursus NURY : Ada apa dengan kursus NURY?

Dalam entri Kursus NURY : Bukan sekadar kelas keibubapaan yang lepas saya telah kongsikan serba sedikit mengenai kursus keibubapaan yang dijalankan di Institut NURY. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai apa yang akan anda pelajari jika anda menghadiri kursus ini.

Macam sneak preview gitu..

sneak-previewjpg

Sebenarnya, itu ialah point saya untuk entri yang lepas, akan tetapi entah kenapa melalut ke mana-mana jadinya. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya saya tidak perlu menghuraikan secara panjang lebar dalam entri ini.

Tidak ramai orang yang mampu bersabar dan hadamkan entri yang terlampau panjang.

Jom bersama saya merungkai content yang bakal dipelajari buat anda yang sudah mendaftar atau mungkin baru berkira-kira, mencongak itu dan ini untuk masuk ke kelas NURY ini.

Apakah yang anda bakal belajar?

Kursus ini adalah sangat padat kerana ia mengambil masa selama 2 hari dan kelas adalah sepanjang hari. Sebenarnya, adalah lebih baik untuk tidak membawa anak-anak bersama supaya anda dan pasangan boleh tumpukan perhatian dengan lebih baik.

Saya sendiri perlu ke kelas refresher selepas ini kerana anak-anak keluar masuk kelas dan banyak info yang tidak mampu tumpukan dan hadamkan dengan baik. Ai ada 3 panglima Badar, mana reti dok diam.

Secara ringkasnya, untuk setiap sesi akan ada 2 slot setiap satu. Jadi, secara total semuanya 8 slot (ini secara kasar sahaja ye, ia bergantung kepada sesi soal jawab, soal penggunaan masa).

Hari pertama.

Untuk hari pertama, sesi pagi akan dimulakan dengan pengenalan mengenai NURY, sejarah penubuhan, cita-cita NURY serta konsep yang digunapakai di NURY.

Kemudian, slot selepas itu (slot yang paling membuatkan saya teruja) anda akan belajar mengenai otak. Fungsinya, definisi mengikut kaedah yang digunapakai oleh The Institutes for the Achievement of Human Potential.  Dan mengapa ia merupakan objek penting dan perkaitan terhadap perkembangan tumbesaran manusia.

brain and spinal cord

Sebenarnya hampir sepanjang hari pertama, para peserta kursus akan didedahkan dengan konsep berkaitan otak, cara meransang otak, neurologi, perkaitan antara umur anak sedia ada dengan milestones anak (umur kronologi VS umur neurologi) dan sedikit perkongsian mengenai program yang boleh dilakukan di rumah.

Bahagian umur kronologi VS neurologi itu sedikit sebanyak membuatkan saya sedikit lega sebenarnya. Sebab saya masih ada masa untuk ransang anak-anak dalam kes lambat pertuturan mereka itu. Tetapi, saya perlu komited dan fokus. Ia sangat mengujakan sebab rupanya dengan rangsangan yang betul, pengorbanan ibu bapa untuk fokus, anak-anak brain injured mampu untuk perform sama paras atau mungkin lebih baik dari anak normal.

Kata kuncinya, ILMU, FOKUS, KOMITED dan PENGORBANAN (ini untuk ibu atau ayah yang bekerja sepenuh masa).

Anda akan pulang ke rumah dengan kepala yang sangat sarat dengan info dan ilmu baru.

Saya dan kawan-kawan yang lain semuanya penat selepas hari pertama. Tetapi gembira.

Hari kedua.

Selepas memahami fungsi otak dan rangsangan terhadapnya, kita akan belajar aktiviti fizikal yang membantu. Aktiviti ini adalah program yang boleh dimulakan sejak bayi dilahirkan lagi, berperingkat-peringkat.

Jika anda mempunyai anak yang fasa kanak-kanak, jika ada aktiviti yang mereka skip ketika bayi, maka kita akan belajar cara untuk dorong anak melakukannya. Aktiviti ini sebenarnya sangat menyeronokkan jika dilakukan bersama-sama di rumah. Kita akan melihat demonstrasi di gym NURY (selepas sesi kelas pagi) dan melakukannya bersama peserta lain (untuk demo aktiviti fizikal, berasingan antara lelaki dan perempuan, tak campur tau).

20150615-Nury

Saya sangat enjoy dalam aktiviti di gym NURY ini walaupun kandungan saya sudah masuk trimester kedua ketika itu. Dapat merangkak pada hari itu, rasa gembira amat. Haa, tahukah anda jika anda kerap menghadapi tekanan emosi atau gangguan emosi berpanjangan, anda sangat digalakkan untuk kerap melakukan aktiviti merangkak?

Untuk sesi petang pada hari kedua, kita akan belajar kaitan penjagaan pemakanan dengan pembangunan otak anak. Ini merupakan bab yang paling saya suka. Di dalam sesi inilah yang mendorong saya untuk menulis entri Konsep penebat dan pengalir : Bantu anak menjadi lebih hebat.

Kemudian kita akan belajar juga sedikit mengenai program membaca (sebab NURY ada kelas khusus untuk program membaca buat anak-anak) dan ada satu lagi slot yang saya tak sempat untuk masuk kerana sibuk menyiapkan anak-anak (waktu sudah petang benar ketika itu dan kami perlu bersedia untuk perjalanan jauh selepas kelas).

Ini antara yang saya mampu kongsikan dengan anda. Itu pun saya tidak dapat grab as a whole. Memang saya perlu ke kelas refresher.

Dan selepas kelas sekalipun, anda tidak akan dipaksa untuk membeli instrumen itu dan ini untuk merangsang anak-anak. Hal ini kerana, semuanya anda boleh buat sendiri di rumah.

glenn doman book

Cuma saya yang gila buku ini, jadi mereng untuk borong semua buku tulisan Glenn Doman dan buku-buku nutrisi yang dicadangkan di dalam kelas haha.

Buat anda yang bakal mengikutinya, pesan saya brace yourself to unlearn old things and re-learn new knowledge.

Ia sangat berbeza dengan apa yang diamalkan pada masa sekarang tetapi sebenarnya sangat dekat dengan fitrah anak-anak dan sunnatullah manusia.

Semuanya sebenarnya sudah ada dalam ajaran Islam, and yet, para bukan Islam pula yang gigih melakukannya. Yang percaya bahawa setiap manusia sentiasa ada potensi.

Yang anak brain-injured ada potensi untuk ‘normal’ kembali.

brain

Hatta anak yang hanya ada separuh sahaja bahagian otak di dalam kepalanya seperti yang ditulis oleh Puan Lynn dalam entri beliau Otak Dalam Balang Kaca VS Otak Dalam Tengkorak.

Itu yang membuatkan saya suka sangat dan bersyukur belajar mengenai semua ilmu ini.
Sebab saya jumpa Islam di dalamnya.

Sangat disyorkan buat semua ibu bapa, guru-guru hatta kepada yang masih belum berkahwin atau yang belum pun mempunyai anak sekalipun.

Di kelas kami bulan Jun yang lepas ada guru pendidikan istimewa menyertainya dan seorang jejaka yang masih belum berkahwin.

Ilmu perkembangan kanak-kanak tidak pernah terjurus kepada ibu bapa sahaja. Semua lapisan masyarakat perlu ambil tahu.

Jemputlah ke kelas. InsyaAllah berbaloi.

Ummi si kembar dan adik-adik si kembar,

Signature3

8 thoughts on “Kursus NURY : Ada apa dengan kursus NURY?

    • Kursus ini sebenarnya memberi manfaat kepada semua kanak-kanak. Ia terinspirasi dari kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak atau kita selalu labelkan sebagai OKU.

      GDD stands for Global Developmentally Delayed kan? InsyaAllah sangat bermanfaat. Saya ada kawan yang anak beliau didiagnose sebagai GDD. Kita akan belajar bagaimana nak bantu anak istimewa dan boost anak normal. Dan selepas itu jika Puan mahukan asessment atau consultancy berterusan dengan Nury, Puan boleh uruskan dengan Nury.

      Saya doakan Allah bantu Puan.
      Qider Firdaus recently posted…Brain injured children dan konsep ‘litar tertutup’My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge