Konsep penebat dan pengalir : Bantu anak menjadi lebih hebat

Saya bukanlah seorang doktor, mahupun pakar dalam bidang saraf otak, cuma saya seorang ibu yang banyak membaca dan belajar supaya saya mampu dan faham dalam membantu perkembangan anak-anak saya.

Kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat dari kursus NURY tempoh hari. Perkaitan antara penebat dan pengalir terhadap perkembangan anak-anak.

Manusia makhluk ELEKTROKIMIA

Tahukah anda bahawasanya manusia ini sebenarnya adalah makhluk elektrokimia?

Hah, kenapa pula begitu?

Hal ini kerana, kebanyakan info (isyarat/maklumat) disampaikan dan dibawa dalam bentuk ALIRAN ELEKTRIK dari satu bahagian atau organ badan ke bahagian atau organ lain. Disebabkan ada aliran elektrik, pastilah perlu kepada penebatnya juga. Jadi, konsep penebat dan pengalir wujud dalam badan manusia.

Apa kaitannya dengan perkembangan otak anak?

neuron_diagram

Gambar di atas merupakan gambar sel neuron. Akson ini merupakan penghubung antara neuron dan organ badan. Akson akan memanjang mengikut fungsinya, sama ada ke bahagian pergerakan (tangan dan kaki) atau ke bahagian penghadaman dan seterusnya.

Dalam akson ini, ada maklumat yang di bawa secara elektrokimia ke seluruh anggota badan, bergantung kepada maklumat apa yang di bawa dan ke mana perlu di bawa. Akson ini diliputi oleh satu lapisan nipis yang dinamakan myelin. Haaa, myelin inilah PENEBAT.

Myelin atau sarung myelin (myelin sheath) ini diperbuat daripada LEMAK. Lemak yang membantu kepada penghasilannya ialah fosfolipid yang terkandung di dalam LECITHIN. Ia mula terbentuk ketika di dalam kandungan ibu lagi sehinggalah bayi dilahirkan.

Sebab itulah ibu yang mengandung dan meyusukan perlu menjaga pemakanan dan mengambil lecithin pada kadar yang sepatutnya. Pembentukan sarung myelin ini bergantung 100% terhadap diet ibu. Hatta, apabila anak makin membesar pun, diet anak perlu dipantau supaya pengambilan lecithin mencukupi.

Akan tetapi tidak semua neuron diselaputi sarung myelin, hanya pada saraf motor dan sensori sahaja. Di bahagian tulang belakang dan otak, neuronnya tidak diselaputi dengan sarung ini.

Kenapa pentingnya sarung myelin ini?

myelin sheath

Hal ini kerana semakin tebal sarung myelin, semakin cepat maklumat yang dibawa di dalam akson dipindahkan. Tambahan pula jika akson itu panjang menghubung kepada organ yang lebih jauh. Macam kabel elektrik di rumahlah, apabila salur penebatnya terbuka, wayar pengalirnya terbuka, terus boleh short kan? Sumber elektrik tidak akan sampai pada tempatnya, kan?

Seperti itulah juga kaitan sarung myelin ini dengan neuron. Penebat yang baik dan tidak rosak, membantu aliran maklumat yang lebih baik dan cepat. Ia akan membantu anak belajar dengan lebih baik. Maka fungsi otak anak akan lebih berkembang dan keseluruhan perkembangannya boleh ditingkatkan pada peringkat yang lebih baik. Tidak kiralah anak istimewa atau anak normal. Malah pada anak istimewa, kita boleh bantu supaya mereka setanding dengan anak normal.

Hanya dengan menguatkan sarung myelin itu. Hebatkan?

Selain lecithin, asid lemak yang lain seperti Omega 3 dan 6 juga penting dalam perkembangan anak-anak. Hal ini kerana, ia juga sangat membantu dalam memberi sokongan dalam sistem imun anak.

si kembar melukis

Apa kaitan pula sokongan sistem imun dengan perkembangan anak-anak?

Anak yang tidak mudah sakit akan lebih mudah belajar, dan lebih banyak oksigen akan sampai ke otak. Hal ini kerana, otak sangat memerlukan oksigen untuk ‘bekerja’.

Kekurangan asid lemak juga boleh menyebabkan anak jadi kurang fokus, kemurungan, masalah ingatan, kelesuan dan sebagainya. Sebab asid lemak membantu neurotransmitter bekerja dengan lebih baik. Apabila lebih banyak maklumat/isyarat dapat di sampaikan oleh neurotrasmitter, maka masalah yang saya sebutkan tadi akan berkurangan, atau bahasa mudahnya, boost otak anak. Orang dewasa pun elok makan, elakkan daripada jadi pelupa.

Oh ya, dalam meningkatkan sistem imun juga, gabungkan pengambilan asid lemak dengan vitamin C secara konsisten.

Perkongsian ini ketika di kursus NURY minggu lepas sangat terkesan di hati saya. Selama ini saya cuma mengetahui bahawa dua lemak di atas memang sangat bagus untuk meningkatkan fungsi otak dan menjaga sistem saraf manusia. Akan tetapi, saya tidak sangka pula kesannya begitu hebat, tambahan pula dalam meransang otak anak-anak istimewa.

Kepada yang tidak gemarkan kepada supplemen, ada banyak pilihan dari makanan yang anda boleh dapatkan sumber lecithin, omega-3 dan 6 serta vitamin C.

kid eating

Kuncinya cuma pada penjagaan makanan, memberi anak makan makanan yang baik dan perlu. Selain membantu memperbaiki sistem badan, bantu juga anak-anak menjadi lebih sihat. Kemudiannya, ransangan seperti aktiviti fizikal dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih efisien.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Glenn Doman, bahawa anak-anak istimewa ini dengan cara yang betul, kita boleh boost mereka menjadi lebih hebat setanding dengan anak normal.

Erm, tapikan, dalam Islam pun, disuruh supaya menjaga pemakanan kan? Kan?

I leave it to you to wonder about that.
It is crucial to look after what you children eat,
We may never know, by doing so it might help their development tremendously.
By not doing it right, it will destroy their potential to grow and become more successful in the future.

Even our own brain injured children.

Info:
Nota NURY
How Stuff Works

Signature3

2 thoughts on “Konsep penebat dan pengalir : Bantu anak menjadi lebih hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge