Mengapa perlu fasih lebih daripada satu bahasa?

Kanak-kanak warganegara Malaysia

Kanak-kanak warganegara Malaysia

Satu perkara yang menjadi kelebihan bagi warganegara Malaysia ialah negara yang dihuni oleh penduduk berbilang kaum. Apabila penduduknya berbilang kaum, secara puratanya setiap orang akan menguasai lebih dari satu bahasa. Bilingual is a norm in Malaysia. Saya sebagai seorang yang berbangsa Melayu sangat cemburu dengan kaum yang lain seperti Cina dan India kerana mereka boleh berbahasa lebih dari dua, bahasa ibunda mereka, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, hebat bukan?

Apabila saya bercakap menguasai lebih dari satu bahasa bermakna mereka boleh membaca, menulis dan bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut. Bukan semata-mata bahasa pasar atau sepatah dua perkataan sahaja.

Saya sendiri didedahkan dengan Bahasa Arab dan Bahasa Jepun ketika zaman belajar dahulu. Malangnya, saya tidak dapat menguasainya dengan baik. Setakat bercakap sekadar berbahasa basi bolehlah, tetapi saya tidak mampu membaca dan menulis dengan baik dalam dua bahasa tersebut. Oh, betapa ruginya saya.

Teringat dahulu ketika di zaman peperiksaan di sekolah menengah, saya tidak pernah menghafal karangan dalam bahasa Arab seperti kawan-kawan yang lain. Dengan menghafal karangan tertentu akan menghasilkan markah yang baik. Tetapi saya berasa rugi, apalah gunanya markah yang bagus jika di luar peperiksaan saya tidak mampu untuk menulis dalam bahasa Arab dengan baik? Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya memahami struktur ayat dan menambahkan perbendaharaan kata supaya saya mampu untuk menulis. Pernah juga, ketika saya menduduki peperiksaan bahasa Jepun di universiti, otak saya bersimpang-siur memahami arahan di dalam kertas soalan, perkataan yang saya hadam itu diterjemah dari Jepun-Arab-Inggeris-Melayu! Macam melampau betul, itu baru empat bahasa. Bayangkan orang-orang yang boleh bertutur lebih dari 5 bahasa, tentu lagi berselirat otak mereka kan?

Kenapa perlu fasih lebih dari satu bahasa? Penting sangat ke?

Antara bahasa yang dituturkan di dunia

Antara bahasa yang dituturkan di dunia

Kita perlukan bahasa dalam menuntut ilmu. Tidak kiralah bidang apa pun yang kita terajui sekarang, bahasa menjadi alat yang penting untuk kita lebih maju ke hadapan. Saya tidak nafikan bahawasanya orang Jepun maju tanpa perlu fasih dalam bahasa Inggeris pun. Malah dunia yang datang kepada mereka dan belajar bahasa Jepun semata-mata untuk korek rahsia dan belajar dari Jepun. Akan tetapi, oleh kerana kita bukan orang Jepun, maka bantulah diri sendiri untuk kuasai bahasa asing yang lain tanpa meremehkan penguasaan bahasa ibunda.

Untuk pengetahuan anda, membaca suatu tulisan itu dari teks asal, dalam bahasa asal lebih difahami penyampaiannya daripada yang diterjemah oleh penterjemah. Dan hanya penterjemah yang bukan sahaja fasih dalam sesuatu bahasa malah memahami budaya yang diamalkan oleh penutur bahasa tersebut sahaja yang mampu menterjemahkan sesuatu teks itu lebih dekat dengan apa yang ingin penulis teks itu sampaikan kepada umum. Maka sebab itu perlunya penguasaan kita terhadap bahasa asing. Sebab kita akan mampu mengorek sumber asli ilmu tersebut dengan perasaan yang lebih sejahtera terhadap penulisnya.

Saya bagi contoh mudah.

Buku cerita oleh Enid Blyton

Buku cerita oleh Enid Blyton

Sejak kecil saya sangat gemarkan buku-buku karya Enid Blyton. Ketika itu saya membacanya dalam edisi terjemahan. Buku-buku itu sangat menarik bagi saya tetapi saya rasa ada satu perasaan missing link, entahlah kenapa. Sehinggalah apabila penguasaan bahasa Inggeris saya berada pada tahap yang baik, saya mula membaca buku-buku itu di dalam bahasa Inggeris. And guess what, saya rasa gaya bahasanya lebih sampai dan lebih menarik dari terjemahan. Itu baru buku cerita kanak-kanak, belum buku-buku ilmiah karangan tokoh-tokoh ilmuan lagi.

Apa perasaan kita apabila ada orang asing yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih? Mesti kita rasa teruja dan hormat pada beliau kan? Dan yang pasti juga, kita tidak boleh mengumpat beliau dalam bahasa Melayu. Begitulah jua jika kita mampu menguasai bahasa asing selain bahasa ibunda kita. Orang lain pun tidak boleh menipu kita sewenang-wenangnya dan insyaAllah banyak urusan yang kita mampu langsaikan.

Akan tetapi dalam keghairahan kita nak menguasai lebih dari satu bahasa, janganlah pula dipaksa-paksa anak kita dalam dwi-bahasa di rumah. Budak itu sudahlah sedang mengumpul keberanian untuk bercakap, vocab pun kurang, kita pula dok menambah tekanan dengan bahasa lain pula, silap-silap dari boleh bercakap terus diam membisu. Biar anak kita mempunyai asas yang kuat dalam satu bahasa dahulu, kemudian dengan menggunakan bahasa tersebut barulah kita ajar mereka dengan bahasa lain.

Well, itu cara saya belajar bahasa asing sebenarnya.

Membaca adalah antara cara mengukuhkan penguasaan bahasa

Membaca adalah antara cara mengukuhkan penguasaan bahasa

Bahasa juga adalah satu cabang ilmu. Maka untuk menjadi manusia yang berilmu (dan berakhlak dengan ilmu yang ada), gigihkanlah diri untuk belajar bahasa. Kukuhkan bahasa yang sedia ada dan bersemangatlah untuk belajar bahasa yang lain.

Anda tidak akan tahu, mungkin ia akan menjadi alat yang menjadikan anda seorang yang akan memberi manfaat kepada manusia sejagat, hanya melalui kefasihan bertutur dalam pelbagai bahasa!

Signature_edit2

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge