Keluarga si kembar dan falsafah kerjasama

Beberapa hari yang lepas saya ada menulis, untuk mendapat anak kembar, suami mesti berperanan dan super sabar. Bahawasanya, komponen utama yang menyebabkan kita, mak si kembar mendapat anugerah Allah yang ini adalah kerana ayah si kembar jua, dia mampu jaga si kembar dan mampu jaga kita mak si kembar.

Mampu dari segi mental emosi dan fizikal.

Kredit bukan sahaja kepada ayah si kembar juga. Kurniaan si kembar (dan sebenarnya anak yang lain juga) adalah untuk keluarga besar si kembar, atok, nenek, pakcik, makcik hatta jiran sekalipun.

ummi pregnant_melaka

Falsafah yang sentiasa berlegar di sekeliling keluarga besar si kembar ialah KERJASAMA!

Tanpa kerjasama dari keluarga besar si kembar, maka tempanglah kami, mak dan ayah si kembar.

Seperti entri yang lepas, saya ingin berkongsi cerita mengenai bagaimana relatednya kurniaan si kembar buat kami semua sekeluarga.

Ketika mengandungkan si kembar, saya mengalami alahan yang sangat teruk. Pening, kepala pusing dan muntah sepanjang hari. Semuanya bermula apabila celik sahaja mata pada waktu pagi dan hanya hilang apabila saya baring untuk tidur. Masalahnya, saya pula tidak boleh tidur. Selama 9 bulan perkara ini non-stop.  Ditambah lagi dengan saya yang langsung tidak berselera untuk makan nasi.  Perut kosong memang membuatkan alahan yang saya hadapi berganda-ganda. Air kosong yang selama ini menjadi teman rapat saya pun tidak mampun saya telan.

Jadi untuk ‘memaksa’ diri supaya makan, pada waktu pagi dan petang, saya akan makan sebiji epal hijau (yang besar) perlahan-lahan. Demi untuk tidak ditahan di hospital juga, saya paksa diri untuk minum air kosong yang diletakkan hirisan lemon di dalamnya.

Terima kasih kepada bekas teman serumah saya yang sanggup berkongsi makanan dengan saya setiap hari. Saya memang tidak mampu untuk habiskan makanan, maka setiap hari, ketika waktu makan tengahari kami akan berkongsi sepinggan makanan (yang selalunya makanan bergoreng seperti mee goreng atau bihun goreng).

Terima kasih kepada adik sepupu dan adik perempuan saya yang datang berganti-ganti menjaga saya bersama suami ketika mengandungkan si kembar. Merekalah yang memasak makanan, melayan emosi, menemani saya ke sana ke mari walaupun sibuk dengan pelajaran masing-masing. Ada di antara mereka yang turut menjaga saya ketika dalam pantang bersama suami dan mak ayah saya.

muahaha1

Si kembar saya bukanlah lahir tidak cukup bulan, tetapi disebabkan saya yang tidak boleh berjalan apabila masuk 7 bulan kandungan menyebabkan saya terpaksa bercuti bersalin lebih awal (walaupun ketika itu tidak bersalin lagi). Maka apabila saya bercuti lebih awal (cuti bersalin cuma 2 bulan sahaja), maka saya hanya dibenarkan menambah cuti sekadar untuk lepas tempoh berpantang sahaja. Oleh itu, pada hari ke 45, saya sudah mula masuk ke pejabat. Dengan perut yang masih ngilu, masih memakai bengkung dan batuk yang mula datang tanpa henti.

putrajaya_2

Saya risaukan si kembar jika ditinggalkan di pusat jagaan. Mereka merupakan bayi yang tidurnya mahu dipeluk, tangisannya sekuat hati. Alhamdulillah, suami menggunakan kuasa veto beliau, anak saudara biras saya sanggup menjadi pengasuh sehinggalah si kembar 9 bulan (ke 10 bulan?). Setelah itu, adik ipar saya pula menjaga si kembar sehinggalah akhirnya mereka cukup umur untuk ke taska.

me,twin,manja,anis_2

Sehingga adik si kembar lahir pun, pertolongan dalam menguruskan anak-anak tetap bertali arus. Ahli keluarga saya dan suami tidak pernah lokek menghulurkan bantuan. Begitu juga dengan bantuan secara tidak langsung dari orang lain yang terlalu ramai untuk saya nyatakan di sini.

Ketika saya post entri ‘Petua Anak Kembar’ itu, saya membaca komen perkongsian daripada seorang mak si kembar yang perlu menjaga si kembar seorang diri dek kerana berjauhan dengan suami. Hats off kepada beliau. Pastinya beliau adalah seorang mak yang much more super-duper power mommy than the rest of us. Dan saya juga yakin, Allah menolong beliau dalam menguruskan anak kembar beliau.

Sebab itulah Allah kurniakan si kembar buat kita. Hatta bagaimana pun si kembar kita, dilahirkan premature atau full term sekalipun, autistik atau normal, yakinlah kurniaan itu datang dengan semangat kerjasama yang ada di sekeliling kita. Kalau pun kita rasa macam tidak ada, insyaAllah, si kembar akan menjadi pencetusnya.

Allah sentiasa Adil. Dan Dia juga Maha Bijaksana.

Setiap kurniaanNya ada blessing in disguise.

Termasuklah kurniaan anak kembar kepada kita.

Maka bersyukurlah.

Signature_edit2

One thought on “Keluarga si kembar dan falsafah kerjasama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge