My gentle birth journey : Kelahiran princess warrior

Disebabkan kelahiran anak sebelum ini yang merupakan VBAC (Vaginal birth after cesarean) attempt (and succeed, although traumatically) pertama saya ialah artificially induced, maka saya langsung tiada pengalaman how it feels to birth naturally.

Dan kelahiran sebelum ini juga overdue (alah, over 3 hari selepas EDD je pun).

Saya cuma bergantung kepada memori the feel of real contractions. And it just great, sebab saya hanya ada memori betapa sakit dan kuatnya kontraksi ketika itu, dan kontraksi kali ini just as intense and as painful like before hahaha.

Tiada blood show, tiada leaking. Cantik.
I solely have to listen to my instinct and gut feeling.
Yeah, so much for gentle birth.

Tapi, saya sangat pasti, pada hari Arafah itu, saya tidak akan menyerah diri ke hospital. Lagipun, bukaan baru 2cm hari sebelumnya. Saya tidak mahu info mengenai bukaan menyebabkan proses kelahiran menjadi lebih lama.

Marathon yang panjang

Setelah sakit yang bermula selepas bangun dari tidur seperti yang saya ceritakan dalam entri ini, saya membuat keputusan untuk tidak ke pejabat pada hari tersebut. Dan saya juga mengharapkan suami dan adik lelaki saya juga berada di rumah, atau sekurang-kurangnya anak-anak yang lain dihantar ke tadika.

But none of the above happened.

Walaupun saya telah nyatakan bahawa kontraksi telah bermula, suami dan adik lelaki saya tetap ke pejabat. Lebih menarik lagi, anak-anak tidak ke tadika pada hari itu. Saya macam nak menangis dan merajuk pada masa yang sama. Mana dengan nak kemas rumah dan baju untuk persediaan ke hospital, baju untuk kami semua ketika di rumah kakak suami (esoknya kan raya, rumah kakak suami paling dekat dengan hospital) dan menguruskan panglima-panglima saya itu dengan kontraksi lagi, Allah…

Baju untuk bayi, yillek. Langsung tiada. Saya cuma mengambil baju-baju lama abang-abangnya yang nampak elok sahaja. Kasihan kamu adik baby.

Sambil melayan kontraksi, sambil bermesej dengan kawan-kawan alumni. Mereka men’doula’ saya beramai-ramai.  Disebabkan kontraksi yang begitu kuat dan agak rapat, pada pukul 10 lebih, saya menelefon suami untuk meminjam (atau beli) pam untuk mengepam bola gym (dipinjam dari Bunda Fatima) sekaligus menyuruh beliau cuti kecemasan sahaja pada hari itu. Malah adik lelaki saya juga, saya suruh beliau pulang ke rumah tengahari itu juga hahaha.

Suami saya mencadangkan supaya meminjam sahaja bola gym dari kawan sepejabat yang mengikuti kelas fitness.  Akhirnya dapat jua bola gym itu dipinjam dan dibawa pulang ke rumah (the detail of how we managed to get a hold on it is very tiring one, almost will bored you). Dapat sahaja bola gym tersebut, terus saya duduk dan berasa kelegaan yang amat sangat sambil memeriksa masa kontraksi.

gym ball birth1

Ajaibnya, walaupun kontraksi itu sangat kuat, ketika saya solat, kontraksi itu berhenti sekejap. Apabila saya selesai solat, bagi salam je, hah ambik, mula lah ombak kontraksi itu datang. Tak menyempat.  Saya sempat juga menyiapkan segala bekalan makanan dan keep on drinking pineapple fresh juice.

Ketika waktu Asar, suami saya mengingatkan ssya mengenai doa ketika waktu wukuf dan saya berdoa moga dimudahkan, dipercepatkan dan selamat saya dan bayi mengharungi proses bersalin kali ini. Berkali-kali suami bertanyakan saya samada mahu ke hospital ketika itu atau tidak, maka setiap kali jawapan saya adalah tidak.

Saya tidak mahu melayan kontraksi di bilik bersalin. Not yet.

Malam itu, setelah menghantar adik lelaki ke stesen bas (beliau pulang ke kampung untuk menyambut AidilAdha), kami semua ke rumah kakak suami di Bangsar. Kontraksi semakin kuat, dan subhanallah, perjalanan yang tidaklah begitu panjang, terasa sangat menyeksakan.

Sampai sahaja di rumah kakak suami, saya cepat-cepat duduk di atas bola gym. Oi lega. Masih mampu bertahan lagi, siap sembang-sembang dengan adik ipar. Sesekali apabila ombak kontraksi itu datang, saya hanya minta suami mengurut belakang saya.

Dan pada malam itu, saya langsung tidak dapat tidur, kerana kontraksi yang semakin kuat, serta semakin panjang. Bertalu-talu. Saya cuba untuk berjoget (goyang punggung ke kiri dan kanan), duduk atas bola gym dan paksa diri untuk minum air supaya saya bergerak untuk ke bilik air.

Kontraksi itu, Ya Rabbi, sungguh kuat sekali and I am not exaggerating. It was super duper.

Ke hospital

Akhirnya, awal pagi esoknya, pagi AidilAdha, setelah solat subuh (kali ini saya solat subuh dengan penuh mujahadah, saya hampir berhenti solat kerana kontraksi yang panjang dan bersambung-sambung) saya mengajak suami ke hospital. Itupun, kerana saya terfikirkan hot shower di hospital. Saya membayangkan untuk duduk di bawah simbahan air panas di sana.

Ketika sampai di hospital, kami terus ke bahagian bersalin. Jururawat (saya rasa mungkin bidan) yang menyambut kami meminta untuk membuat ctg monitoring yang memerlukan saya untuk baring selama setengah jam.

Setengah jam! Oh tidak. Trauma 4 tahun lepas terbayang di mata saya.

CTG monitoring

Saya meminta untuk dimonitor menggunakan portable ctg monitoring. Tetapi permintaan saya ditolak. Saya mengingatkan jururawat tersebut mengenai perancangan kelahiran saya, tetapi mereka perlu mencari fail saya terlebih dahulu. Setelah berbincang, akhirnya saya bersetuju. Itu pun,

“Setengah jam je ye, nurse. Setengah jam je,” kalau lebih, aku lompat je turun katil 😉

Yes, puan, don’t worry. Setengah jam je. Lepas itu puan boleh turun dari katil”

Tidak sampai setengah jam, ada seorang jururawat lain (Staff Nurse Shashi) datang untuk membuat vaginal examination (VE). Sekali lagi saya mengingatkan mengenai perancangan kelahiran saya mengenai VE, dan memberikan salinan yang saya sediakan just in case. Entah kenapalah fail saya lambat dijumpai, haihhh.

Beliau melakukan VE, dan ketika itu bukaan sudah pun 8cm. Wow, saya rasa macam hendak melompat. Terus saya dibenarkan turun dari katil. Tidak sia-sia saya menanggung ombak yang tidak berhenti itu di rumah. Suami saya telah saya pesan supaya ‘sumbat’ saya dengan makanan dan minuman, jika ada ketika dalam proses bersalin ini tiba-tiba saya tidak mahu makan atau minum.

Ketika menunggu sensasi untuk bersalin (bearing down stage), saya cuma bergolek di atas bola gym. Jururawat yang membuat pemeriksaan bukaan itu tadi, menunggu bersama saya dan suami, dan ada ketikanya beliau mengurut belakang saya. Beliau juga bertanyakan posisi bersalin pilihan saya dan apabila saya menyatakan saya nak bersalin di lantai, cepat-cepat beliau meminta supaya tilam dibawa masuk ke bilik tersebut.

Drama ketika bersalin

Dr Idora tersengih ketika datang memantau (dan beliau juga membuat pemeriksaan bukaan) saya di bilik bersalin. Mungkin kerana saya merayu untuk tidak diinduce 2 hari sebelumnya 😉 Beliau meninggalkan saya bersama jururawat, dan oh ya, lampu bilik digelapkan. Sekali-sekala jururawat mengingatkan saya untuk minum dan makan. Malah satu jag air beserta cawan dan straw disediakan untuk saya.

gym ball birth

Masanya tiba juga, saya merasakan sensasi untuk meneran. Oleh itu, saya berlutut di tilam dengan tangan saya memeluk bola gym. Dr Idora, jururawat dan suami memberikan semangat dan panduan. Beberapa kali saya meneran dengan setiap kontraksi yang kuat, saya masih tidak berjaya. Saya berasa kecewa dan marah dengan diri sendiri.

Jururawat menyatakan bahawa bayi saya besar. Well, I already know that kui kui kui. Dan saya juga tahu, bayi saya walaupun telah berada dalam keadaan optimal position, beliau masih sedikit senget dan berusaha untuk berpusing mengikut rentak kontraksi rahim.

Mungkin kerana saya sudah terlampau emosi (sedih, keliru, marah), saya boleh tertidur di atas bola gym. Mana tidaknya, saya langsung tidak tidur walau sedikit pun hari sebelumnya. Maka, doktor dan jururawat menyuruh saya tidur, di atas katil. Saya yang ketika itu agak lost, hanya mengikut sahaja.

I had no idea how I can sleep with high intensity of contraction, but amazingly, I did sleep.

Hampir tengahari, Dr Idora mengejutkan saya dan dengan lembutnya berkata,

“Okey Firdaus, let’s try again ya”.

Saya ketika itu sudah mula membuat muka kambing. Saya sudah mula tidak mahu makan dan saya berfikir untuk cepat-cepat bersalin. Tapi suami dan jururawat memaksa saya untuk makan dan minum. Saya perlukan tenaga, kata mereka. Tahapnya, macam nak minta supaya dibedah sahaja (lupa tu yang caj pembedahan di situ berkali ganda mahalnya).

Seriously, I was dead beat. Super exhausted.

Saya ingin turun ke bawah (lantai), tetapi Dr Idora mencadangkan saya berlutut di atas katil. Maka kepala katil ditegakkan supaya saya dapat berpaut di situ. Beberapa percubaan meneran lagi dibuat, saya masih tidak berjaya. Ketika itu saya boleh terfikir, gila kental kawan-kawan yang bersalin di rumah. Macam manalah mereka boleh teran bayi keluar?

Nampak tak, saat-saat macam tu boleh lagi dok fikir itu ini. Saya juga teringatkan mak saya, agaknya macam inilah susahnya dia nak melahirkan saya dahulu.

My healing birth

Setelah beberapa percubaan, dan saya sendiri hampir menangis, Dr Idora membisikkan kepada saya bahawa bacaan degupan jantung bayi saya semakin jatuh dan jatuh. Dan beliau perlu untuk menggunakan vakum. Portable ctg diletakkan di perut saya ketika itu, saya langsung tidak perasan.

Sebut sahaja vakum, saya teringatkan kelahiran yang lalu. Saya kecewa sebenarnya sebab saya tidak faham mengapa degupan jantungnya menurun sedangkan saya masih bernafas dengan baik. Akan tetapi, saya terpaksa bersetuju. Jururawat pula dengan tenangnya, berkata dengan lembut,

“Puan, walaupun doktor nak vakum, puan masih kena teran tau”

Entah kenapa, dengar sahaja kata-kata beliau saya meminta untuk mencuba lagi sekali. Saya cakap pada baby,

Baby, tolong ummi. Ummi dah penat sangat ni”, sebak kejap.

Dengan ingatan sekuatnya kepada Allah, saya tarik nafas sedalam yang boleh dan meneran sekuat hati. Saya curi nafas jugak sambil meneran, sekuatnya. Kali ini proses meneran memang panjang sampailah, saya rasa ring of fire! Terus jururawat berkata,

Good puan, macam ni dah tak perlu vakum!”, suami dan doktor juga berkata perkara yang sama.

Mendengar sahaja ‘sorakan’ tidak perlu vakum itu, saya jadi semangat. Push kali kedua, keluar kepala bayi, kali ketiga meluncur habis seluruh badannya.

Allahu akbar! Saya menangis. Menangis. Akhirnya saya berjaya ya Allah.

Setelah 30 jam, 30 jam.

Dr Idora mendakap bayi saya sambil berkata,

“Assalamualaikum, seorang lagi umat Muhammad…”

Mereka meminta untuk membuat suction kepada bayi saya dan saya benarkan, kemudian beliau diletakkan di atas dada saya. Tali pusat masih belum dipotong, kami menunggu uri untuk dilahirkan sepenuhnya (birth of placenta).

Bayi saya sangat berat (3.59kg haha) dan panjang. Just like her brothers.

And we finally understand why her heartbeat keeps dropping during that time, she had 3 nuchal cord at her neck during birth! Masya Allah.

Bayi saya keluar dengan 3 belitan tali pusat di lehernya. Tapi disebabkan kami melambatkan pemotongan tali pusat, maka oksigen masih dibekalkan buat beliau dan pelukan dari doktor yang menyambutnya gradually normalize her heartbeat.

Tidak lama kemudian, uri saya keluar, tanpa sebarang ubat atau tarikan. Hatta bayi saya pun tidak mahu menyusu ketika itu, mungkin beliau pun letih macam saya. Dan buat pertama kalinya, saya melihat uri saya. Setelah tali pusat menjadi putih dan uri berhenti berdenyut, tali pusat dipotong.

Paling menyentuh hati, apabila doktor mahu melakukan suction kali kedua, bayi saya mencengkam kuat di dada saya. Indahnya perasaan saya ketika itu.

I got my healing birth. Oh yes, I was beyond exhausted. I was on bed rest for two weeks after that. I only got my oxytocin euphoria after adequate rest.

But I cannot deny the love flowing to my new baby and her brothers. Such feeling I never had before. I do realized, after 4 years, I came out from that cave. That trauma cave. I finally embraced the feeling of motherhood, oh Allah, such a beautiful feeling. My baby helped me fight my fear and trauma. She cooperated during birth.

20151102_Iman

That is why, she is my princess warrior,
my new hope,
my new beginning
.

Ummi si kembar dan adik si kembar

Signature3

4 thoughts on “My gentle birth journey : Kelahiran princess warrior

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge