Jangan sangka buruk dahulu

Akhir minggu lepas, saya tertinggal telefon bimbit di pejabat. Alkisahnya ketika itu, salah seorang anak kembar saya demam dengan suhu agak tinggi. Telefon itu pula kehabisan bateri. Dan saya pula tidak membawa pengecas bateri. Maka saya pun meminjam telefon kawan sepejabat.

nokia-101

 

Disebabkan saya mendapat mesej pesanan ringkas (SMS) daripada cikgu di ‘sekolah’ si kembar mengatakan suhu agak tinggi (mulanya abang yang demam, tapi sudah agak baik), maka kelam kabutlah saya menghubungi suami meminta beliau mengambil si kembar. Dan suami saya terus bercuti kecemasan separuh hari.

Rupanya bukan abang yang suhu tinggi, Furqan yang demam pula.

Maka oleh itu, terpaksalah saya tumpang kakak sepejabat yang juga tinggal di kawasan yang sama ketika pulang ke rumah. Dalam keadaan kepala yang tidak fokus, saya tertinggal telefon di pejabat. Nak dijadikan cerita, hari jumaat itu, saya pula cuti kecemasan, sebab suami pun demam sekali.

Dengan keserabutan, tunggang terbalik dengan hal ehwal di rumah, saya terlupa terus untuk menyampaikan pesan kepada rakan sepejabat untuk menyimpan telefon yang itu. Apabila saya masuk semula ke pejabat, telefon bimbit itu telah tiada di atas meja saya.

cellphone

Great! Just great!

Bermulalah episod saya bertanya pada rakan-rakan sepejabat mengenai hal telefon saya. Disebabkan kekangan testing pada minggu ini (produk tahun ini sedang dalam fasa Product Readiness Approval-PRA), maka saya tidak berkesempatan untuk membuat semakan di CCTV pengawal keselamatan di syarikat tempat saya bekerja.

Sehinggalah tengahari semalam, saya terjumpa dengan seorang pegawai yang agak senior di Jabatan Sekuriti. Saya selalu sangat jumpa dengan kakak ini sebab saya selalu hilang tag, tertinggal tag, hilang kunci loker dan yang sewaktu dengannya. Saya pun bercerita dengan beliau mengenai telefon bimbit saya yang hilang itu.

Beliau mencadangkan saya ke pejabat pengawal keselamatan, kerana mungkin telefon saya ada di sana. Selesai makan tengah hari, masih lagi stuck di pejabat, saya mendapat email dari kakak tersebut, bahwasanya telefon saya memang ada pada pengawal keselamatan. Dan apabila saya pergi mendapatkannya, pengawal keselamatan itu menyatakan bahawa mereka berbuat demikian kerana risau ia akan hilang ketika hujung minggu. Sebab, di syarikat kami memang selalu ada kerja penambahbaikan ketika semua staff tiada di pejabat. Saya tahu ini kerana saya pernah bekerja ketika hujung minggu.

Moral of the story, saya berasa sangat malu dengan diri sendiri. Kenapa? Kerana saya mengesyaki pencuci di aras saya dan pekerja lelaki yang membuat kerja-kerja sokongan yang ambil telefon itu. Saya yang selalunya senyum kepada mereka selama ini, jadi kurang memandang muka mereka.

Hanya pada hari ini, saya senyum dengan pekerja-pekerja itu apabila saya berpapasan dengan mereka. Dan mungkin sebab itu, Allah mudahkan pertemuan saya dengan kakak senior di bahagian sekuriti tersebut.

Malunya saya pada Allah. Betapa angkuhnya saya. Kenapa hanya telefon bimbit yang itu buat saya buang sangka baik saya dengan manusia, dengan Tuhan.

Moral of the story yang lain, sentiasa berbuat baik dengan pegawai senior di tempat kita bekerja. Saya bukanlah seorang yang pandai bergaul. Saya cuma bercakap apabila ada keperluan dan dengan orang yang saya kenal sahaja. Jika tidak kerana keramahan kakak-kakak senior di pejabat, memang jadi kera sumbanglah saya.

Dan dari merekalah saya berkenalan dengan staff lain di jabatan yang lain. Dengan itu, saya ada jaringan kenalan yang agak luas. Saya tahu dengan siapa dan di mana yang perlu saya minta pertolongan apabila saya memerlukan. Saya tahu bagaimana cara terbaik untuk meminta tolong dengan orang yang berbeza.

Dengan syarat sentiasa jadi diri sendiri, sentiasa humble dengan semua orang. Orang yang mungkin tidak sehaluan, kurangkan komunikasi. Jadi tidaklah kita jadi lebih-lebih mengumpat dan terasa hati. Biar hubungan dengan semua orang baik-baik dan mesra sahaja.

Selepas ini saya kena lebih bersangka baik. Dan kena lebih lagi berbuat baik.

Sebab Allah lebih-lebih lagi berbuat baik kepada hamba-hambaNya.

Signature_edit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge