Habiskan bacaan surah Al-Kahfi dalam sehari

Hari ini hari Khamis. Esok pula hari Jumaat. Salah satu perkara yang menjadi sunnah dilakukan pada hari Jumaat ialah membaca surah al-Kahfi.

al_kahfi

Kita mempunyai pelbagai alasan untuk defend diri sendiri yang sentiasa tidak mampu untuk menghabiskan bacaan surah ini sebelum masuk waktu Maghrib pada hari Jumaat itu. Dan apabila saya tulis kita, saya juga memaksudkan diri sendiri.

Surah al-Kahfi adalah surah Makkiyah. Which means surah ini diturunkan di Mekah dan selalunya, ayat-ayat Makiyyah ini mudah dan tak berbelit (sebab itu saya berpeluh apabila kena menghafal surah Madaniyyah). Akan tetapi, entah mengapa, saya menghadapi sedikit kesukaran untuk baca dengan laju surah al-Kahfi ini.

Sampailah ada seorang rakan FB, mencadangkan cara lebih praktikal dan menarik untuk habiskan bacaan dalam masa sehari.

Bagaimana?

Surah al-Kahfi ada 110 ayat kan? Waktu solat pula ada 5 waktu. Jadi bermula dari masuk Maghrib pada hari Khamis sampailah Asar pada petang Jumaat, bahagikan 110 ayat itu kepada 5 pecahan.

Waktu Maghrib (Khamis), baca 22 ayat pertama surah al-Kahfi.
Waktu Isyak (Khamis), baca 22 ayat seterusnya.
Waktu Subuh (Jumaat), baca 22 ayat lagi.
Waktu Zohor (Jumaat), baca lagi 22 ayat.
Waktu Asar (Jumaat), baca 22 ayat terakhir dalam surah tersebut.

Kenapa perlu baca dari hari Khamis? Hal ini adalah kerana, hari dalam Islam bermula pada waktu Maghrib.

Dan lebih baik juga, selain membaca surah al-Kahfi, kita perlu juga bertadabur (mengambil ibrah) dari kisah-kisah yang terdapat dalam surah tersebut. Besar hikmahnya buat manusia yang mahu berfikir.

Selamat beramal dan selamat hari Jumaat 🙂

Signature_edit2

 

2 thoughts on “Habiskan bacaan surah Al-Kahfi dalam sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge