Growing up with them (Part 20)

In episode : Kalau tak gawat kat pasaraya tak sah..

Sebenarnya Facebook merupakan tempat ummi parking most of apa yang ummi nak tulis di blog dan tiada kesempatan menulis di blog. Yelah bila tulis kat blog, ayat kena betul, gambar mesti dah edited.  Dan sebenarnya perkara yang berlaku ini sudah berkali-kali berlaku. Ummi tulis pun bukanlah semata nak malukan anak-anak atau nak tunjuk bahawasanya sabarnya ayah dan ummi dengan anak-anak kami, tetapi sebagai teladan kepada ramai orang yang teringin nak anak kembar tapi anak baru seorang dah huru hara dunia.

Anak-anak kami memang comel, cukup sifat Alhamdulillah. Tapi bila dah start tantrum, semuanya hilang.

Awal bulan lepas, disebabkan barang basah dah habis, makanya kami anak beranak terus  ke supermarket yang berdekatan untuk beli ikan, ah well realiti orang dok pekan yang pekanlah sangat, ikan beli kat supermarket. Ummi rindu betul nak beli ikan kat pasar basah macam pasar borong Selayang itu. Kalau ummi dan ayah berkesempatan ke sana, memang rasa macam tak ingat dunia memilih ikan dan sayur. Dan sebab itulah, terus sempat masak masak lemak ikan tongkol pada malam selepas balik dari supermarket tersebut. Masak 2 ekor terus, untuk dua hari punya lauk, jadi hari yang cuti masak boleh buat benda lain.

Nak dijadikan cerita, Rayyan nak duduk dalam troli ayah beliau (biasalah, troli mesti bawak sorang satu, anak patbelas katakan). Disebabkan troli ayah hampir penuh dan ada ikan pulak tu, confirmlah tak dapat nak ditunaikan. Bila tak dapat ditunaikan, hoh apa lagi, meraung (seriously meraung kuat nak mampus) satu supermarket dengar. Semua orang pandang-pandang kami, tapi ummi pedulikan je. Tolak troli dan biar dia meraung (apabila semua pujukan direject tahap dewa oleh beliau).

Dah akhirnya time nak bayar barulah ayah boleh ambil beliau dan duduk di troli ayah. Dah si Furqan pulak sambung meraung tak ingat kenapa. Dah habis Furqan, Farhan pulak, pun tak ingat kenapa sebab ummi ni dah short term memory lately.

Disebabkan risau tak sempat nak solat maghrib di rumah, maka kami pun solat maghrib di surau dalam supermarket tersebut. Mulanya ayah solat dahulu, anak-anak semua ok je. Apabila sampai turn ummi nak solat, Rayyan sambung meraung sampai ummi pun solat tahap kena speed track. Doa dalam hati moga ayah diorang bertabahlah tunggu kat luar sambil dok layan budak meraung tu.

Moral of the story, kena banyak bertabah dan sabar tahap dewa apabila menangani anak-anak yang suka menangis sekuat hati macam itu. Tambahan pula, yang masih belum boleh bercakap dengan betul. Kita nak faham mereka marahkan apa satu hal, nak handlekan diri sendiri satu hal (korang bayangkan makhluk hijau yang jadi tak jadi nak keluar mengamuk), belum masuk pujuk mereka lagi. Ummi memang gembira ada anak kembar (dan adik si kembar). Dan selalu jadi instant celebrity bila ke mana-mana. Tapi bila diorang start meraung in public, yang raungan tu pun rasanya bukannya apa pun, tapi ala-ala Dudley Dursley je kalau si Rayyan tu (maknanya nak perhatian sahaja pun, orang yang baca buku Harry Potter mesti kenal Dudley), selalu betul dok membayangkan orang-orang yang teringin sangat nak anak kembar, sanggup ke ye korang kalau dapat kembar yang macam ni?

Anak-anak ketika di Zoo Negara

Anak-anak ketika di Zoo Negara

Ummi dan ayah si kembar dah hampir 4 tahun melayan si kembar dan adik si kembar  yang macam tu. Pagi-pagi, jangan ceritalah. Rasa nak telan Bcomplex sebotol tu terus.

Oh la anak, nasib koranglah dapat mak suka tulis merata-rata pasal korang.

Signature_edit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge