Gangguan Jin (Part 1) : Bau daun pandan yang kuat

Disebabkan permintaan ramai yang nak tahu cerita sepenuhnya mengenai gangguan yang kami alami tahun lepas, maka saya karangkan edisi panjang ini.

*Sebenarnya saya upkan status itu sebab nak berkongsi mengenai cara kami menanganinya, tapi yang korang nak ambil tahu pasal yang seram-seram tu plak. Korang memang, bab-bab cerita mistik no 1 😀

Ketika itu kami dalam perjalanan pulang setelah pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman saya selama 4 hari. Suami saya pula baru sahaja kebah dari demam panas. Badan beliau masih lemah lagi tapi digagahkan memandu pulang untuk mengelakkan kesesakan yang teruk pada keesokannya. Kami bertolak pada tengahari Sabtu itu. Apabila kami sampai ke Selangor, waktu sudah pun malam. Disebabkan kami masih belum menunaikan solat Isyak (dan Maghrib), maka kami berhenti di RnR yang berdekatan dengan susur keluar lebuhraya.

Jam menunjukkan (kalau tidak salah saya) 12 tengah malam.

Ini merupakan teknik yang kami selalu guna apabila sampai di rumah pada waktu tengah malam atau awal pagi dari perjalanan yang jauh. Ia adalah untuk mengelakkan makhluk halus yang mungkin mengikut kami di sepanjang perjalanan supaya tidak pulang bersama kami ke rumah

Saya dan suami bergilir solat di surau RnR.

Sampai giliran saya solat, saya sudah rasa semacam di surau tersebut. Nasib baiklah lampu kekal dibuka. Ketika solat pun saya cepat-cepat nak habis, mungkin kerana saya ini seorang penakut juga.

Saya sampai pernah doa dulu, ‘Ya Allah kekalkanlah hijab antara aku dan makhluk ghaibMu itu. Jangan benarkan mereka muncul di hadapanku. Aku tak kuat Ya Allah’.

Dahsyat tak doa? Punyalah penakut kan?

Habis solat, saya dan suami makan roti bakar (sebab saya dan suami sedikit lapar ketika itu) dan terus bergerak pulang ke rumah. Keluar lebuh raya, masuk jalan biasa dan terus sampai ke kawasan rumah.

Macam biasa, masuk ke rumah, bagi salam (salam yang panjang itu) dan saya terus ke bahagian tingkat atas untuk menyiapkan bilik. Tiap-tiap kali saya hanya akan tukarkan cadar dan sarung bantal yang baru apabila meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama. Itu pesan emak saya dan saya sendiri rasa ada logik terhadap pesanan itu. Segala habuk yang mungkin terbina dapat saya kibas dan hilangkan dengan menukar cadar dan sarung bantal yang baru.

p

Sampai ke bilik atas, saya bagi salam dan buka lampu. Tiba-tiba hidung saya tercium bau pandan yang sangat kuat. Dan saya memang ada pokok pandan di luar rumah, tapi di luar pun tak berbau, bagaimana pula bau itu naik ke atas, kuat pula? Saya terfikirkan mungkin ada musang yang masuk ke rumah saya, tapi takkanlah kuat sampai macam ini?

Saya segera turun menemui suami yang dibawah yang sedang menghampar toto buat anak-anak.

‘Abang, ada bau pandan kat atas. Kuat gila’,

Beliau terkejut dan berkata, ‘macam tu, kita tidur kat bawah ja’.

Macam biasa sebelum tidur kami memasang bacaan surah al-baqarah non-stop.

Pada waktu siangnya (Ahad), saya terpaksa memanggil part-time maid untuk membantu saya membersih dan mengemas rumah. Saya selalu meninggalkan rumah dalam keadaan kemas dan bersih sebelum cuti panjang, tapi yang kali ini, saya tidak sempat melakukannya.

Tingkap semua bilik di buka dan proses pembersihan dilakukan dengan jayanya. Pewangi juga disemburkan di seluruh bilik dengan mengharapkan bau itu hilang.

Unfortunately, bau itu tidak hilang. Malah lebih kuat dan saya mula rasa lain macam. Part-time maid yang saya upah itu juga (2 orang) menyatakan perkara yang sama kepada saya. Kami masih tidur di tingkat bawah dan radio IKIM kami pasangkan di bahagian atas, sebab siaran radio ini banyak bacaan al-Quran dan laungan azan.

Malamnya, suami saya menelefon kakak beliau untuk bertanyakan mengenai ustaz yang berpengalaman dalam isu makhluk halus. Beberapa doa yang diajar oleh ustaz tersebut dan dibaca oleh suami saya di dalam bilik di atas. Tapi bau pandan itu masih ada.

Suami juga meminta bantuan dari jiran sebelah kerana ayah beliau berpengalaman dalam hal ini. Disebabkan ayah beliau jauh dari rumah kami, maka segalanya diajar melalui panggilan telefon.

Kami tidur dalam keadaan takut dan berdebar bercampur baur. Risaukan anak-anak dan rimas dengan keadaan.

Kami pelik, adakah ia follow kami dari RnR atau pun telah sedia ada di rumah sepanjang 4 hari kami tiada di rumah?

Ah sudah.

Kami mesti berbuat sesuatu!

……bersambung

Signature_edit2

13 thoughts on “Gangguan Jin (Part 1) : Bau daun pandan yang kuat

  1. Assalamualaikum… kejadian yang lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pada sy… juga bau pandan yang kuat.. boleh katakan lagi harum dari pandan… kata seorang kawan yang tau bab2 ni.. katanya itu bunian (jin).. mereka memang suka bau pandan… sy pun cakap kuat2 dalam rumah.. “tak yah bagi bau wangi2 la.. aku tak perlu bau tu semua”.. tak lama kemudian.. sy terperasan kelibat perempuan berpakaian serba putih..kemudian hilang.. 4 hari kemudian…bau pandan tidak ada lagi… Alhamdulillah…

    • Waalaikumussalam Tuan..Ustaz bagitahu hari tu, ia jin Islam (bunian tu nama orang melayu yang bagi).. Bau ini memang kuat sangat dan kami jadi tak selesa, macam-macam kami buat, berminggu-minggu lamanya, baru berjaya hilangkan..

      Entry ini bakal bersambung esok dan lusa.
      Terima kasih kerana sudi komen dan membaca 🙂

      • ya betul…memang jin islam.. kadang2 jin ni saje nak test kita… tak perlu takut..mereka tak ada kekuatan sebenarnya untuk memudaratkan kita… sy ada byk pengalaman berhadapan dengan cite2 macam ni… cuma segan nak cite kat blog…

  2. eyra says:

    ya,saya sedang mengalami keadaan yang sama.mula2 saya ingat musang tapi lama kelamaan makin pelik.kucing berjalan atas bumbung pun takkan kuat mcm tu.setiap kali saya bacakan doa untuk pendinding diri.dia sampai lari atas bumbung dengan sgt kuat seakan marah.insyaallah,walau mcam manapun saya cuba untuk kuatkan diri.

  3. Bau pandan datang lagi dulu bulan Dec. 15 sekarang Januari/Feb 2016. Dahulunya bau pandan pada seluruh rumah di tingkat atas dan bawah. Sangat tidak selesa ada kami sentiasa berdoa semoga bauan ini walau dari makhluk apa pun tolong keluar dari rumah kami. Bau pandan pada pertama kali bertahan 2 minggu sehingga saya bercuti ke Thailand sementara di rumah masih ada suami dan anak kedua saya berserta saorang cucu perempuan.

    Balik dari bercuti sudah tidak ada bauan pandan di rumah tapi saya perasan bau ini pada pintu bilek hotel di Hatyai di mana saya menginap bersama-sama kakak saya pada malam terakhir bercuti. Tetapi baunya sekejap terus hilang.

    Sekarang bau pandan datang lagi kuat di tingkat atas kadangkala dibilek bawah dan didapur. Saya sentiasa mengingati Allah setiap kali apa yang saya buat dan berdoa semoga bau pandan ini hilang. Hingga sekarang saya tengah menaip bau ini masih berlegar di meja makan di dining.

    Ya Allah tolonglah hamba2mu ini…hilangkan bauan ini kami tidak selesa dengannya. Ayatul Qursi sentiasa kami baca semasa keluar rumah dan masuk rumah.

    Saya berharap tampil sesaorang menasihati kami apa harus kami buat supaya kami tidak diganggu lagi. Apakah kehadhirannya berniat baik atau berniat jahat.

  4. zulhelmi says:

    ustaz…haritu saya pergi melaka tiga hari bila saya balik hari khamis tidak ada bau pandan bila hai jumaat ada bau pandan sangat kuat…sebelum ni di ruang tamu sekarang satu rumah bau..sedara saya cakap jangan cakap kerap kerap… apa tu ustaz…

  5. Siti Aisyah says:

    assalamualaikum smua rakan2 … saya ada nak tanya skit… ini bau pandan nhe hanya berada di rumah saja?? sebab bau ini berlaku ada di telinga suami saya … tapi sebelah kanan seja??? sebab apa ya???

  6. Yem says:

    Saya mengalami pengalaman yg sama. Dari smlm masih tercari-cari. Bau pandan ni cuma ada di dlm bilik utama. Tempat lain x bau langsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge