Fakta anak kembar : Jenis- jenis kembar

Mempunyai anak kembar, akan secara automatik menyebabkan ibu dan ayahnya menjadi selebriti popular seketika. Dan apabila si kembar dewasa, mereka juga pasti akan dikenali, hanya kerana mereka kembar.

Anak-anak_2014_March_ZooNeg

Kerana kembar, kelahiran kembar dan anak kembar adalah sangat unik.

Unik kerana ia membawa kita kepada agungnya kuasa Tuhan, yang menciptakan manusia dan makhluk lain. Lebih unik lagi, walaupun kembar, hatta kembar seiras sekalipun, cap jari mereka tetap tidak sama.

Subhanallah!

Dan saya sebagai ummi si kembar, suka membaca pula, maka haruslah ku gali cukup-cukup ilmu mengenai kembar.

Jadi, kepada kawan-kawan yang lain, yang juga macam saya, sukakan ilmu mengenai si kembar, mari kita ambil tahu mengenai jenis-jenis kembar.

Kita bahagikan kembar kepada 4 jenis yang common. Disebabkan saya pun orang biasa, bukan pakar perubatan, kita guna layman term sahaja. Maafkan saya kerana kali ini saya tidak nyatakan sumber rujukan, banyak dari pembacaan di laman web sahaja.

twin pregnancy

  1. Dichorionic (2 kantung, 2 uri) – gambar atas kiri.

Selalunya kembar yang terhasil dalam keadaan ini kebanyakannya kembar tidak seiras. Maknanya kemungkinan 2 ovum disenyawakan. Tetapi ada juga kes ini terjadi kepada kembar seiras (1 ovum, 1 sperma), contohnya kembar saya. Apabila saya bertanyakan pada doktor, beliau menyatakan bahawa kemungkinan besar sel-sel membahagi di peringkat awal, sebab itu pecah menjadi dua. Peh kau, doktor bercerita kat saya macam saya ni student dia.

Kembar jenis ini lebih kurang berisiko untuk terjadinya berat yang tidak seimbang (antara kembar) sebab mereka tidak berkongsi makanan dan insyaAllah peluang untuk survival  ketika dalam kandungan adalah lebih tinggi. Jantina mungkin sama, mungkin juga berlainan.

  1. Dichorionic fused placentas (2 kantung, 1 uri), 3,4 Monochorionic (gambar atas kanan- kongsi uri : bawah – kongsi uri dan kongsi amnion sac)

Kembar jenis ini kebanyakannya kembar seiras. Kembar yang berkongsi uri (1 plasenta : gambar sebelah kanan), monochorionic ni berisiko untuk terjadinya berat yang tidak seimbang di antara kembar atau orang tua-tua kita suka kata seorang lagi makan banyak. Berisiko dilahirkan lebih awal dan selalunya kembar seiras.

Jarang-jarang sekali jantina tidak sama. Selalunya kembar jenis ini sama jantina.

Kenapa tiba-tiba rajin pula nak menulis di dalam blog akhirnya?

Sebab ada kawan dalam AMANI Birth group yang berkongsi dengan kami semua bahawa ada satu garisan bayang-bayang ketika ultrasound dijalankan pada beliau. Beliau mengandung lagi J. Walaupun akhirnya doktor buat kesimpulan mungkin sebenarnya memang satu kantung sahaja, bermaksud bukan bayi kembar, sayalah yang seronok mengusik beliau.

Dalam kes kehamilan kembar yang berkongsi satu kantung, sempadan itu mungkin nampak jelas kelihatan, ada kalanya tidak nampak. Dan ketika saya mengandungkan si kembar dulu, di awal ujian ultrasound, walaupun nampak dua kantung, tetapi hanya satu kantung sahaja yang ‘berisi’.

Hanya selepas empat minggu, barulah kelihatan kedua-dua janin kembar saya, bergerak-gerak di skrin.

Dan info yang saya kongsikan dengan anda di atas, tidak terpakai keseluruhannya. Ia kekal sebagai asas teori anak dan kandungan kembar.

Realitinya, anak kembar saya walaupun berbeza kantung dan tidak berkongsi uri, mereka adalah sangat seiras. Saya dan suami pun selalu tertukar antara mereka berdua. Kadang-kadang tu bila nak marah kena perati betul-betul siapa yang nak kena marah itu.

Dan mengikut pengalaman bersama ibu dan ayah kembar yang lain, ada juga kes dua kantung dan berkongsi uri yang secara teorinya pastilah seiras, tetapi anak kembarnya adalah kembar tidak seiras.

Hebatnya kuasa Allah kan?

Ilmunya melangkaui ilmu manusia. Tetapi itu tidak menjadi alasan kepada manusia untuk gigih mencari ilmu yang bermanfaat dan menyebarkannya.

Rindunya nak mengandung kembar lagi, nak tengok 2 kantung lagi masa scan.

*mak tak serik

Signature_edit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge