Epidural dan Spinal Anesthesia : 3 Perkara yang perlu anda tahu

Disebabkan isu viral yang mengaitkan epidural dengan ibu yang lumpuh selepas pengambilannya di media sosial, seorang sahabat saya telah pun mengemukakan isu ini kepada saya. Ikutkan saya yang kurang kepochi dengan isu viral, memang tidaklah saya nak komen bagai, akan tetapi apabila mendapat perkongsian dengan begitu banyak dari sahabat-sahabat lain, maka perlu untuk saya menulis serba sedikit mengenai hal ini.

Please note that I am not a medical doctor, saya cuma seorang ibu yang pernah menjalani prosedur penggunaan epidural dan spinal anesthesia. Pardon my mix language, I am too lazy to check on medical term in Malay Language.

1.  Apakah itu Epidural dan Spinal Anesthesia?

Keduanya merupakan dua jenis prosedur pembiusan yang dilakukan di kawasan tulang belakang. Selalunya dijalankan untuk ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan. Sama ada dalam kes memilih untuk menjalankan pembedahan atau pun pembedahan secara kecemasan (emergency cesarean).

Walaupun epidural dan spinal anesthesia memberi kesan yang sama, iaitu bius separuh, namun ia dilakukan pada line yang berbeza.

epidurals and spinal

Epidural

Ia akan disuntik oleh pakar bius di luar kantung cecair (sac of fluid) berdekatan dengan tulang belakang anda. Ia dipanggil ruang epidural (epidural space).

Ia akan membuatkan anda berasa kebas atau block perasaan sakit di beberapa kawasan badan anda. Di dalam kes ibu yang bersalin, ia akan memberi kesan dari pinggang hingga kaki. Ia mengambil masa 10-20 minit untuk memberi kesan kebas tersebut.

Satu tiub kecil (catheter) akan dibiarkan di tempat tersebut. Oleh itu jika anda memerlukan dos yang lebih lagi, ia akan hanya dimasukkan dengan terus melaluinya.

Spinal

Ia disuntik ke dalam cecair tulang belakang anda. Ini biasanya dilakukan hanya sekali, jadi catheter tidak diperlukan.

Ia lebih cepat memberi kesan serta-merta. Ia juga sangat berkesan digunakan untuk prosedur yang lebih pendek dan mudah. Akan tetapi, ia juga turut digunakan untuk ibu bersalin secara pembedahan.

Ketika saya melahirkan si kembar, pakar bius menggunakan epidural ke atas saya. Manakala ketika saya mengalami komplikasi selepas melahirkan adik si kembar, spinal digunakan ketika itu kerana menurut pakar bius, prosedur penggunaan epidural hanyalah 2 TAHUN SEKALI SAHAJA.

Hanya pakar bius bertauliah sahaja yang boleh melakukan prosedur ini. Bukan doktor pelatih. Pakar bius akan datang memperkenalkan diri beliau dan menerangkan secara terpeinci mengenai prosedur yang akan dilakukan. Soalan mengenai alergi dan sejarah perubatan kita pun akan ditanya supaya pakar bius boleh menimbang tara jenis bius yang akan digunakan kepada kita.

Proses ini bukan main-main kerana ia melibatkan saraf dan tulang belakang. Sedikit kesilapan, boleh mengakibatkan kecedaran saraf yang teruk.

2.  Kesan prosedur ke atas badan ibu

Apabila kita menerima epidural dan spinal anesthesia, kita akan di kawal rapi ketika pembedahan dilakukan. Hal ini kerana ia boleh memberi kesan kepada sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan. Kedua-dua bius spinal dan epidural boleh menjejaskan tekanan darah, pernafasan, degupan jantung, dan fungsi penting badan yang lain.

Sebab itulah apabila prosedur ini dilakukan, ia dilakukan dengan berhati-hati. Dan kita sentiasa dalam keadaan yang sentiasa dikawal rapi di dewan pembedahan.

sakit-belakang

Sakit kepala merupakan hal yang common untuk kes spinal anesthesia, dan jarang berlaku buat epidural, ini menurut WebMD. Akan tetapi saya tetap mengalami sakit belakang selepas kedua-dua prosedur, cuma untuk kes post spinal, ia lebih teruk. Ini adalah berkait rapat dengan penjagaan selepas prosedur dijalankan. Saya akan terangkan di bawah.

3.  Perkara penting melibatkan penjagaan post Epidural dan Spinal Anesthesia

Saya telah terangkan di dalam 6 Tips berpantang bersalin secara pembedahan. Akan tetapi saya akan ulas sedikit di entri yang ini. Perkara penting tahap crucial yang tidak boleh diambil lewa.

I.  Baring tanpa bantal selama 8 jam (atau sehingga 12 jam) selepas pembedahan dilakukan.

Tidak kiralah jika anda mengambil epidural atau pun spinal. Ibu saya, seorang bekas jururawat mengingatkan saya mengenai hal ini ketika saya bersalinkan si kembar. Akan tetapi, ketika saya mengambil spinal anesthesia untuk kes komplikasi post birth adik si kembar setahun selepas itu (adik si kembar dan abang-abang kembar beliau beza setahun je), staf di bilik bersalin (selepas keluar dari dewan pembedahan) telah menaikkan katil di bahagian kepala. Akibatnya, saya sakit kepala dan sesak nafas keesokannya. Sakit belakang? Sudah lebih 3 tahun ia berlalu, saya masih mengalaminya sehingga sekarang.

Jadi, tolong baring 8-12 jam ye. Saraf di bahagian tulang belakang kita telah pun ‘diganggu’, jadi untuk ‘merehatkannya’, adalah sangat penting untuk baring tanpa bergerak dan kepala selari dengan badan (tanpa bantal).

II.  Memakai bengkung 24 jam selepas pembedahan.

bengkung4

Jangan takut untuk memakai bengkung walaupun anda bersalin secara pembedahan. Anda lebih patut memakai bengkung kerana ia membantu postur ketika menyusu, menyokong tulang belakang sekaligus mengurangkan risiko sakit belakang. Jadi tolong pakai bengkung.

*gambar ehsan dari bengkungmoden.com

Saya telah kongsikan tips pemakaian bengkung di entri 5 Tips Pemakaian Bengkung untuk Ibu Bersalin Pembedahan (caesarean).

III.  Penyusuan boleh dijayakan walaupun anda baru sahaja selesai pembedahan.

newborn-breast-crawl

Anda boleh menyusukan bayi anda walaupun anda tidak boleh bergerak pada 8-12 jam pertama. Bagaimana? Let your baby (or babies) crawl to you. Oh they can crawl. Walaupun ia mengambil masa, sebab di jam-jam pertama kelahiran, penting untuk bayi menyusu secepat mungkin untuk mengelakkan hypoglycemia.  Minta bantuan ahli keluarga anda dalam proses ini. Banyakkan membaca mengenai ini sebelum anda ditolak masuk ke dewan pembedahan.

IV.  Bergerak seawal mungkin selepas pembedahan

Ini antara perkara yang paling digeruni oleh para ibu. Sudahlah terpaksa lie flat selepas 8-12jam, lepas itu kena pula paksa bangun bergerak. Saya adalah ibu yang gerun itu kerana ketika post cesarean si kembar, saya mengalami sakit di sendi bebola dan pelvik sebelum pembedahan lagi. Bayangkan apabila bius telah tiada, seksanya saya untuk bangun. Memang menangis.

Tetapi dengan kegarangan ibu saya, dan saya sendiri yang tidak suka ditahan lama-lama di wad (sudahlah tidak dibenarkan makan selama 4 hari, on IV drip sahaja), maka saya kuatkan semangat untuk bangun. Selain itu, keinginan menjadi kuat apabila melihat si kembar saya ‘disumbat’ dengan susu formula, saya terlalu inginkan untuk menyusukan mereka. Geram punya pasal, maka saya paksa walaupun sakit hahaha.

Tidak semua ibu mengalami kesusahan untuk bangun selepas pembedahan selepas 24 jam. Ada kawan saya rilek-rilek je berjalan macam bersalin normal esoknya selepas pembedahan haha.

Kesimpulan

Ambil tahu mengenai epidural, spinal dan juga pelbagai lagi jenis bius yang dilakukan di hospital. Ambil tahu mengenai risiko dan pastikan ada seorang ahli keluarga ada bersama anda supaya ketika anda sedang kelaut sakit, tidaklah anda main tandatangan sahaja surat kebenaran yang mungkin langsung anda tidak membacanya.

Ketika saya dalam kes epidural, memang saya baca dari muka ke muka apabila doktor datang membawa surat kebenaran. Tetapi dalam kes spinal, saya sendiri yang letih disebabkan post birth yang terlampau lama, komplikasi lagi, saya tandatangan dengan tangan yang menggigil dan mengharapkan keajaiban kuasa Allah sahaja. Sepatutnya, suami saya dibenarkan berada di situ kerana kami masih belum pun masuk ke dewan bedah.

Akan tetapi pengalaman dengan epidural setahun sebelumnya, membuatkan saya kuatkan diri dengan sisa tenaga yang ada untuk self-conscious dan in-control of myself. Sebab nanti jika terjadi apa-apa, kita yang menanggungnya tau.

Setakat ini sahaja.
Moga ia memberi manfaat buat anda yang membaca.

Signature3

info :
MedlinePlus : Spinal and epidural anesthesia
WebMD : Epidural and Spinal Anesthesia
WebMD : How Will You Handle Your Labor Pain?
Anna.com : Anesthesia Options for Labor and Delivery

 

8 thoughts on “Epidural dan Spinal Anesthesia : 3 Perkara yang perlu anda tahu

  1. Saya nak kongsi pengalaman sikit. 2 kelahiran, yg sulung dan tengah, saya diberi Epidural. 1st time it was okay, pakar bius di Hospital Putrajaya benar2 membantu. Akan tetapi saya mengalami sakit kepala yg amat dahsyat, hingga dipapah ke bilik air, selama seminggu. 2nd time, it was not functioning at all. Setelah hampir 12jam on epidural, (konon nak cuba normal tapi bukaan cuma 3cm dan air ketuban yg makin sedikit), saya menjalani Emergency C Section di Hospital Putrajaya. Sejak dari 6 jam sebelum pembedahan lagi… Epidural not functioning. Makanya, contraction dapat dirasai. Bila diajukan kepada Dr., beliau memberitahu… “kita akan up kan dosage nnti”.

    Akhirnya, didalam OT saya minta up kan dos… akan tetapi tanpa test dari Dr : Iaitu pukul/gerakkan kaki saya untuk mengenalpasti adakah bius itu sudahpun berfungsi… .
    Terus sahaja dibedah perut saya dan saya merasai torehan tersebut.

    Yup… I am not making story…

    Akhirnya, saya request for GA sahaja. The only option that I have.

    Untuk kelahiran yg ke3, saya lakukan di London. Dr pakar bius mencadangkan saya diberi Spinal. Ini kerna cerita C Section di Hospital Sg Buloh yg lalu. Saya trauma dan takut.

    Alhamdulillah, it went well.

    Ada test dilakukan oleh pakar bius sebelum Dr bedah dipanggil masuk. Lebih kurang 20min jugak Dr bedah menunggu saya utk ready dibedah.

    Bukan lagi testing toreh.
    Bukan lagi up kan dos dengan keadaan yg kelam kabut.
    Bukan berakhir dengan GA.

    Ini rezeki dan pengalaman saya. Rezeki anda sudah pasti berbeza. Cerita ini sekadar perkongsian dari saya yg mengalami 3 kali C Section.

    Effect? Selepas 5 tahun dari Spinal.
    Ada. Sakit pinggang bawak ke kaki.
    Ikhtiarlah dengan Collagen Powder Shaklee, Omega Guard dan OsteMatrix. InsyaAllah, membantu.

  2. shu says:

    Tq 4 d info..anak pertama di hosp taiping..bius mmg sangat sakit seperti hentakan kuat di kpala..tp anak kedua di hosp ipoh sgt berbeza bius bkan saja tak sakit tp sy boleh rasa semua pergerakan dr buat cuma tak sakit ja..

  3. Nurlina Mustafa says:

    Assalamualaikum,saya ingin berkongsi pengalaman..saya terpaksa dibedah kerana kandungan luar rahim pecah bercampur darah beku.Operation pertama berjalan lancar pd 13jun 2016 dengan bius penuh namun akibat bleeding akibat darah beku sedia ada,terpaksa dibedah kali kedua 19jun 2016 namun pengalaman baru bius separuh(epidural) amat trauma buat saya..setelah disuntik epidural,bius kurang menjadi dan hanya kebas kaki kiri..maka sepanjang proses terasa sakit semasa cuci jahitan sedia ada,torehan pisau&setiap kali jarum jahitan terkena kulit..umpama di jahit hidup2..airmata berlinangan sentiasa,Dr.Bius masukkan ubat tidur kerana kaki kanan saya bergerak2 dan tersentap2 dan cuba bgth Dr.kerana terlalu sakit..namun saya terjaga kembali dan menangis menahan kesakitan..seterusnya Dr.Bius masukkan ubat..ku ingatkan dah tiada di alam ini..terjaga kembali menangis tersedu2 hanya mampu menyebut 2kali Alhamdulillah&Allahu Akbar..namun terasa kembali sakit seperti ditoreh perut selepas operation..sepanjang jalan ditolak balik ke wad dan malam menangis,operation berlangsung kira2 pukul 8.30mlm dan sedar hantar ke wad dlm pukul 10 pm lebih..Berpuasa lebih 24jam kerana bleeding dari rumah sehari sebelum dan dihantar ke hospital dgn ambulans.Bilik operation pun penuh kerana 2kes kecemasan untuk bersalin.Semoga Allah mempermudahkan kesembuhan dan mengurangkan rasa trauma kerana ingin mengandung lg jika ada rezeki dan risau akan czer disebabkan kes ni.Sebelum ni hanya bersalin normal bg 4org anakku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge