Early Education 101 : Kenapa saya suka sangat seminar ini

Ketika entri ini ditulis, penyertaan  sudah pun ditutup. Sepatutnya saya menulis mengenai seminar ini berbulan yang lepas, akan tetapi, entah kenapa tiba-tiba jadi malas menulis di blog ketika itu.

Bila angin hendak menulis, tengoklah, mahu selang sehari menulis atau tiap-tiap hari atau sampaikan kena scheduled publish sebab banyak pulak menulis dalam satu hari :-p

Jujurnya, saya kurang gemar dengan seminar keibubapaan. Apa sahaja yang berkaitan dengan motivasi. Tambahan pula jika penyampainya suka nak menggunakan ayat yang sentap.

Dulu ya, memang saya mudah sentap, sekarang ini walaupun sudah kurang banyak (mudah sentap itu), saya masih tidak suka approach yang begitu. Saya suka peringatan yang halus dan lembut dan membuatkan hadirin berfikir. Lawak jenaka sedikit, silakan.

Saya lebih sukakan kursus seperti Kursus Keibubapaan Nury atau bengkel terapi. Mungkin sebab saya ini orang sains, atau kerana sedari kecil saya terbiasa dengan bidang perubatan.

Oh, saya bukan doktor.

Tetapi apabila seorang sahabat alumni RAHIM merangkap alumni Nury kempen baik punya, entah macam mana saya terus mendaftar.

Tanpa sebarang perancangan pun untuk pergi pada mulanya haha.

Dan saya tiba di bilik seminar dengan kepala yang berdenyut ketika itu, sakit kepala yang masih belum hilang dan letih yang masih berbaki disebabkan bengkel yang saya hadiri pada hari sebelumnya. Dan, ya saya masih juga belum menulis mengenai bengkel itu di sini lagi. Maafkan saya. Pelan-pelan na.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya ke seminar itu cuma untuk mencari kekuatan. Kekuatan untuk menghadapi anak-anak saya. Untuk membina kekuatan, saya perlukan ilmu. Saya tidak perlukan tarbiyah sentap, saya hanya mahukan penguat semangat.

IMG-20160214-WA0019

Ibu kepada anak istimewa, satu perkara yang anda semua perlu faham, despite pelbagai terapi, stimulasi dan apa sahaja yang anda belajar untuk membantu anak-anak anda, anda masih perlukan asas untuk melakukannya dengan penuh hikmah.

Anak istimewa, walau pada tahap apa pun tahap kecederaan otak (brain injury) mereka, mereka juga punya minat untuk belajar. Terpulang untuk kita untuk mengajar mereka apa dan bagaimana. Dan sebab itulah saya ke seminar ini, untuk menggabungjalinkan apa yang telah saya pelajari supaya saya rasa sentiasa bersemangat untuk teruskan dan motivasi anak sentiasa membara.

You need this kind of skill. Skill of how to teach your special children. You already know what to expect and what to teach your children (how to do stimulation, therapies and such), but how you are going to handle the teaching that suits you and your children?

How to sail your program?
How to set your priority, your mind?

Kenapa saya tulis ini?

Sebab saya nak highlight, bukan semua orang tahu mengajar anak-anak. Walaupun mereka mungkin tahu apa yang hendak dan patut diajar kepada anak-anak. Bagaimana cara kita melihat anak-anak kita. Apa yang kita ingin tanamkan pada anak-anak kita.

Ya, walaupun anak-anak istimewa kita.

Mereka perlu tahu, Allah itu wujud, apa sahaja mengenai Allah lebih banyak positif berbanding negatifnya. Biar asas kehidupan mereka paksinya hanya pada Allah dan Allah sahaja.

Bukan ultraman, bukan dinosaur.

Ye anak-anak sayalah tu, tak habis-habis dengan dinosaur dan ultraman.

*peluh besar.

Saya selalu sangat mencari apa sahaja ilmu yang dekat dengan fitrah kita manusia. Dan setakat ini, saya jumpa di Nury dan seminar ini, oh dan juga kelas bersalin.

Sebab manusia itu, secanggih mana pun teknologi yang ada, akan tetap kembali kepada fitrah. Fitrah yang dekat dengan penciptaan Allah dan fungsi yang telah pun ditetapkan.

It was very high to hope for this seminar and Dr Siti again as the next seminar will be the last. And I know, not many will have opportunity and financial to go to seminar like this.

Tapikan, kasih sayang Allah, rahmatNya, melimpah seluruh alam.

InsyaAllah, selepas ini mungkin akan lebih banyak seminar berkualiti seperti ini.

Ya, seminar ini sangat berkualiti.

Moga doa yang mengiringi kita, akan sentiasa memberi kekuatan buat kita semua, the parents of our brain injured children.

Moga Allah mudahkan.

Keep on looking.
May He guide us to the straight path.

Signature3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge