Cerita sebuah SALAH FAHAM

Setelah mendapat kata-kata motivasi yang cukup manis di entri ini, semalam saya diuji dengan situasi yang cukup mencabar buat seorang ibu kepada tiga anak yang masih dalam fasa belajar untuk fasih bertutur.

Begini kisahnya,

Anak-anak mengikut suami saya mandi di bilik mandi kami. Setelah selesai, mereka (anak-anak) semua turun ke bawah tanpa baju. Berlarian masing-masing minta dipakaikan itu dan ini. Akan tetapi telinga lintah seorang ibu, mengesan gelak ketawa yang lain macam dari si kembar.

Saya bergegas ke tangga dan saya nampak air meleleh bertingkat-tingkat, dan ada buih kecil. Jadi saya bertanyakan pada salah seorang mereka, Rayyan,

‘Abang kencing ke?’

‘Kencing..’ jawabnya pendek.

Suara saya sudah mula naik sedikit, tetapi masih di tahap kawalan, saya minta dia ke bilik air untuk mencuci dirinya dan saya pula perlu untuk mencuci air di tangga.

Jika, itu adalah air kencing.

Tetapi, Rayyan memberontak, tidak mahu ke bilik air. Apabila sampai ke bilik air, masih lagi memberontak, melompat-lompat, dan dengan tidak sengaja tepisan tangan saya menyebabkan dia jatuh terduduk di pintu bilik air.

Apa lagi meraunglah.

Suami saya yang ketika itu di dapur dan melihat kejadian itu, memarahi saya kerana salah faham bahawa saya yang merentap anak itu sehingga jatuh sebegitu.

mad

Saya naik angin. Ia cuma salah faham!
Tetapi keadaan terlalu bertekanan tinggi untuk saya menerangkan duduk perkara sebenarnya.

Maka saya tinggalkan Rayyan di situ, terus mengambil Iman dan naik ke atas untuk solat maghrib.

Ketika menaiki tangga, saya terjumpa sesuatu yang sangat meruntun jiwa.
Botol air yang berisi air sabun tertumpah dari tangga bahagian atas,
airnya mengalir sehingga ke bawah!

Allah.

Padanlah Rayyan memberontak, pastinya itu bukan air kencingnya, itu ialah air sabun!
Dan, saya juga tahu, siapa yang suka membuat eksperimen dengan air di rumah, dan orang itu bukanlah Rayyan!

Semuanya hanyalah SALAH FAHAM!
downloadSetelah meletakkan Iman di tilam, saya menangis di dalam bilik air.
Menangis semahu-mahunya.
Perasaan saya berkecamuk.
Saya berfikir untuk tidak mahu makan dan tidak mahu turun ke bawah dan tidur awal sahaja.

Furqan, naik ke atas melihat saya (dan sebenarnya dia mahukan baju tidurnya dari saya). Apabila dia melihat mata saya yang berlainan, dia cuma diam, menunggu Iman di tepi tilam.

Tanpa sepatah perkataan, saya berikan bajunya bersama baju adik-beradiknya yang lain.

Ketika solat, saya menangis semahu-mahunya.
Saya rasa sudah tidak mampu untuk menghadapi semua ini lagi. Anak-anak yang masih dalam fasa untuk fasih bertutur dan pakej yang dibawa bersamanya, terlampau berat buat saya.

Kenapalah saya yang diuji dengan ini semua. Saya merintih.
Saya ibu yang sangat teruk buat anak-anak saya. Dan saya penat.
Penat dengan 6 tahun ini (fasa bayi si kembar juga mencabar).
Tetapi saya cuba kuatkan hati, untuk doa yang baik-baik untuk semua orang dan doa yang impossible buat anak-anak. Mustahil buat manusia, tapi Tuhan Maha Berkuasa kan?

Saya tenangkan hati, cuba lapangkan fikiran, dan saya buat keputusan untuk minta maaf dengan Rayyan.

Saya turun (Iman saya tidurkan), dan saya lihat dia sedang laid back dengan adik-adiknya di sofa, tanpa baju walaupun yang lain lengkap berpakaian. Ketika saya menuju kepadanya, dia tenung mata saya. I know what he is doing, he is guessing what is in my mind and whether I am okay with him or still mad at him.

Saya duduk di sebelahnya, dan perlahan-lahan saya cuba bercakap dengannya,

‘Ummi minta maaf dengan abang. Ummi salah faham tadi, ummi ingat abang kencing, sebab itu ummi suruh abang basuh kat bilik air.’

Dia mengangguk-angguk sahaja, tapi saya tahu dia mendengar dan dia faham.

‘Rupanya bukan abang yang kencing ye, Furqan main air sabun tu sampai tumpah kat tangga kan?’

Dia mengangguk lagi, sambil mulutnya terkumat kamit dan perlahan sahaja suaranya membalas cakap saya. Saya rasa apa yang dia maksudkan adalah seperti yang saya faham.

Saya peluk dia kuat-kuat, minta maaf sekali lagi, dan pakaikan baju tidur untuknya. Kemudian dengan gembiranya dia melompat-lompat ke dapur menuju kepada suami saya (dia ni memang anak ayah) yang sedang memotong tembikai.

Kami semua makan dengan keadaan yang tenang dan kemudiannya saya dapat membuat latihan menulis dengan mereka dengan perkataan yang mereka sudah pun kenal.

Apa akan jadi jika saya memilih untuk tidak memujuk Rayyan?

Saya akan tertekan sepanjang malam, mungkin sahaja tidak boleh tidur langsung.
Selera makan saya akan mati terus pada hari itu, dan mungkin juga akan terbawa-bawa sehingga ke hari ini.
Sakit belakang saya juga mungkin akan terkesan dengan lebih teruk.
Saya juga mungkin tidak boleh bangun pagi ini.

Dan,
tiada latihan menulis atau membaca yang bukan sahaja dibatalkan pada malam semalam, malah mungkin sampai ke hari ini.

Rayyan juga, mungkin akan memberontak dengan lebih teruk pada hari ini.

Semua orang juga, pasti dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan, hari ini.

Hanya disebabkan oleh sebuah SALAH FAHAM. Dan perasaan ego yang tidak mahu membetulkan semula keadaan dan mengaku kesalahan.

Tetapi, setelah saya memilih untuk mencuba pilihan yang lebih positif, dan mengadu kepada Dia yang sentiasa Maha Mendengar, Maha Baik dan Maha Pengasih, keadaan seterusnya lebih baik, alhamdulillah di atas pertolongannya.

si kembar melukis

Kenapa saya tulis mengenai ini? Detail pula?
Sebab saya tahu, ada ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa atau mungkin anak-anak yang average selalu berhadapan dengan konflik yang serupa. Ia mungkin remeh kepada sesetengah orang, tetapi ia mungkin isu yang sangat besar buat yang lain.

Ibu,
Pilihlah untuk sentiasa mengadu kepadaNya dan membuat tindakan yang lebih positif. Jika di satu situasi, anda telah tersilap langkah, jangan terus-terusan begitu, bangkit dan perbaiki. Minta maaf, minta maaf, minta maaf dan maafkan.

Tambahan pula jika anak kita anak istimewa, cabarannya berkali ganda. Anak kita itu sudah cukup terbeban dengan keadaannya, janganlah kita tambahkan lagi bebannya. Kita bantu anak kita, dan moga dengan itu Allah bantu kita memperbaiki diri kita.

Ia tidak mudah, sebab syurga pun mahal harganya, kan?

Oh ya, the best part of the story last night, was, I did not have to cook but still savoured a delicious fried rice (a huge portion ya).

How?
Because my husband do the cooking
!

Hahahahahahahaha 😛

Toughen up mothers!
I know you are capable of this, well at least God do.

*hugs

Signature3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge