4 Jenis minuman ibu dalam pantang

Pengambilan cecair yang mencukupi ketika dalam pantang adalah sangat penting buat ibu. Ia bukan sahaja untuk mengelakkan dehidrasi tetapi juga membantu aliran nutrient dan zat dari makanan sampai ke seluruh badan dengan lebih efisien.

Apabila nutrient disalurkan dengan jayanya ke seluruh badan, maka ini akan meningkatkan kecergasan dan memulihkan badan ibu dengan lebih cepat. Ibu yang mengambil cecair dengan cukup ketika pantang akan kelihatan lebih segar, sihat dan gembira.

Dan pengambilan cecair yang cukup juga penting dalam menjayakan penyusuan ibu ketika dalam pantang. Sudahlah badan sakit, susu pun seperti segan-segan nak keluar, ditambah pula dengan pengambilan cecair yang kurang, bertambah-tambahlah tertekan. Tertekan adalah perkara terakhir dan sangat bahaya buat ibu dalam pantang.

Jadi mari kita ambil tahu cecair yang perlu serta sangat digalakkan pengambilannya oleh ibu dalam pantang.

ikansup

Sup
Sup ikan/sup ayam kampung yang direneh dengan sedikit jintan manis dan herba lain bukan sahaja mampu membangkitkan selera ibu untuk makan, malah mencergaskan badan ibu, menggalakkan pengeluaran susu dan sebagai sumber cecair yang baik. Dan pastikan penggunaan herba adalah sederhana kerana jika terlampau panas akan memberi kesan tidak selesa kepada bayi yang menyusu badan.

jus oren

Jus
Jus bukan sahaja antara sumber cecair buat ibu, malah sebagai sumber serat yang baik bagi membantu dalam proses pembuangan dan penjagaan dalaman ibu. Saya sangat menyarankan ibu-ibu untuk minum jus pegaga ketika dalam pantang. Ia sangat membantu dalam menggalakkan pengeluaran susu ibu.

dairy milk

Susu
Ibu dalam pantang sangat perlukan susu. Dengan keluarnya darah nifas, menyusu bayi pula, malah proses pembuangan, kalsium dan magnesium dalam susu membantu dalam tiga perkara tersebut. Jadi sila minum susu. Susu segar seperti susu badam atau susu kambing atau susu lembu insyaAllah lebih baik. Atau jika anda terpaksa beli susu segar dari dalam kotak sekalipun, panaskan sekejap sebelum minum.

drink water

Air putih
Last but not least, air putih. Air suam adalah lebih baik. Ia membantu serapan nutrisi dan memudahkan zat-zat makanan dialirkan ke seluruh badan. Air putih membantu mencergaskan badan ibu dan mengembalikan keserian pada kulit. Kekurangan air putih akan menyebabkan ibu menjadi letih dan tidak bermaya. Jadi minum air. 1 liter air untuk berat 25kg. Maka anda boleh kira sendiri berapa liter air putih yang anda perlu minum.

Selamat berpantang dan selamat menyihatkan badan anda.

 

2 thoughts on “4 Jenis minuman ibu dalam pantang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge