Sketsa Anak-anak (Part 2)

In episode :  Solatlah kita sebelum kita disolatkan

Si kembar suka ‘mengemas’ barang-barang di rumah. Sekarang ni, aktiviti tersebut disertai oleh seorang lagi ahli, maka makin efektiflah operasi ‘kemas-mengemas’ tersebut. Dulu ummi pernah cerita betapa terujanya ummi mendengar cerita ayah tentang Furqan solat di sini dan sejak itu jika terjumpa sahaja kopiah atau ketayap ayah, maka teruslah angkat takbir, macam ni,

Solat_furqan

Tapi, ini tidak sempat sejadah, terus solat atas bouncinette, eh, ini bukan tempat adik tidur ke abang Furqan oii?Itu boleh diterima lagilah.

Yang ini memang ummi kagum habis. Ceritanya, ketika minggu pertama raya yang lepas, baru sahaja Cik Nin mereka membentang tikar untuk semua orang yang menunggu makan malam dihidangkan, terus si kembar duduk di atas tikar dannn

solat

Siap berjemaah tu. Kagum ada, kelakar pun ada. Maka sabar jelah Cik Nin menunggu di tepi sambil bercekak pinggang.

Makin ramailah pulak

Furqan sekarang ni dah pandai, mesti terkumat kamit mulut, lepas tu ada bunyi, seolah-olah tengah baca bacaan dalam solat. Pernah Pak Lang cerita, dia hampir nak terbatal solat apabila Furqan ‘solat’ disebelahnya. Yelah, sebab nak tergelak dengar dia pun baca ‘Fatihah’.

solat_3

Dulu susahnya ummi dan ayah hendak solat dalam suasana sunyi. Mesti ada dua orang budak tergolek-golek menangis sekuat hati, nak didukung semasa solat, berat sangat, lebih berat dari adik Farhan. Dan orang lain pun tidak boleh mengambil mereka dari sejadah tempat ayah ummi solat, lebih baik dibiarkan saja mereka duduk atau panjat ayah ummi ketika kami solat, kalau tidak memang terus tak khusyukla jadinya.

solat_4

Mungkin sebab sudah terbiasa dengan orang-orang yang bersolat, maka sebab itu si kembar suka ‘main-main’ solat. Ummi dan ayah haruslah tegas supaya fitrah anak-anak yang terbiasa dengan kebaikan akan sentiasa subur dengan kebaikan. Bantulah kami Ya Allah.

Nanti kalau ada yang culas solat, memang ummi rotan!

Jom solat.

p/s: oh ya, yang jadi imam tu abang Rayyan, jadi makmum seorang lagi tu pangkat anak saudara pupu mereka Nik Aidan.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Sketsa Anak-anak

In episode :  Aktiviti 3 budak botak

Asyik buat sketsa pasal abang-abang je, marilah kita masukkan watak baru dalam sketsa anak-anak ummi. Tajuk pun jadi lainlah pula kan? Ini merupakan sketsa pengenalan untuk naikkan watak adik.

Alkisahnya, mereka baru sahaja dicukur licin oleh ummi. Gambar ini semuanya diambil ketika bulan puasa, beberapa hari sebelum Syawwal menjelma. Memang protest habis dengan ummi.

Adik memang ‘rileks’ habis,

bertegur sapa dengan abang

Abang pula senang melayan adik.

baca buku dengan abang

Tiba-tiba abang rasa baca buku dah jadi kurang menarik..

apakah yang menarik itu?

Tetapi ada orang itu, tengah buat rundingan dengan ummi pasal hal lain lah pulak..

hurmmm….

Dalam ummi dok fikir-fikir, dia ubah fikiranlah. Selamatt..

ada cerita menarik rupanya

Maka datanglah adik menyertai abang-abangnya. Eh, benda best mestilah kena kongsi bersama.

aksi tolak menolak pun bermula

Akhirnya, ummi pastilah join anak-anak layan cerita Avatar : The Last Airbender jugak, demi menjaga keamanan sejagat. Nanti cerita best takleh tengok, sakit yang dapat.

Ini yang bagus bila umminya pun minat anime, ha ha ha ha ha..

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 17)

In episode :  Kecemasan…lah sangat..

Si kembar ni pantang betul apabila berjumpa dengan telefon bimbit.  Kali ini ‘dirembatnya’ telefon mak lang Arifah dengan pak lang Fitri.

 

kecemasan_1

Jangan main-main, mereka bukan sahaja pandai menekan butang keypad telefon. Pernah suatu ketika, mereka dengan berjayanya telah menelefon ummi yang ketika itu di pejabat. Apalagi, terkejut besarlah ummi dibuatnya!

Continue reading

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 16)

In episode :  Kenduri doa selamat Farhan

Dulu kenduri akikah si kembar diadakan di rumah tokwan dan maktok di Perlis. Itupun selepas umur si kembar mencapai 3 bulan. Disebabkan Farhan dilahirkan di Hospital Putrajaya, maka kenduri akikahnya diadakan di Bangi, genap 7 hari selepas dilahirkan. Jadi maktok dan tokwan berhasrat mengadakan kenduri kesyukuran untuk Farhan ketika ummi balik sebentar ke Perlis semasa berpantang.

Kenduri hanyalah kecil-kecilan sahaja dan tetamu jemputan adalah jiran-jiran, saudara-mara dan kawan-kawan maktok dan tokwan. Lauk pun dimasak secara gotong-royong oleh ibu dan bapa saudara ummi dan jiran-jiran yang ringan tulang datang membantu. Biasalah, kalau semua orang sedang sibuk, ada la dua orang itu pun hendak turut serta menambah kesibukan yang telah ada. Antaranya membantu ‘mengemas’ barang-barang maktok.

Continue reading

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 15)

In episode :  Sesi sepah, kemas dan kena marah

Mac lepas semua orang mengikut ayah yang terpaksa bekerja di luar kawasan. Ummi rasa macam nak pitam menguruskan dua orang budak yang aktif bersama adik mereka yang turut sama mengambil fadilat tersebut. Walaupun kami menginap di hotel dan dengan adanya khidmat kemas bilik, namun ‘emosi’ ummi sangat terkesan dengan bilik yang ‘super sepah’..

Akhirnya, meletup juga ummi. Lahar marah ummi menggegar bilik hotel itu. Maka budak dua orang itu pandai pulak…

kemas2 d hotel

Ingat ummi kucing ke?Haihhh meleleh hidung tu dengan mukus.

kemas2 d hotel_2

Betul nak pujuk ummi, sila kemas balik bilik. Itu kemas ke main?

kemas2 d hotel_3Harapanlah, nasib baik ummi dah ada pembantu. Beliau lah terbongkok-bongkok mengemas.

Tetapi, belum pun sampai setengah jam, bilik jadi ‘tongkang pecah’ semula.

kemas2 d hotel_4

*mengeluh

Akhirnya,ummi pun sama-sama sepahkan bilik tersebut haha ;-p

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 14)

In episode :  Dah namanya anak engineer tu…

Itu ayat maktok sebenarnya. Jika kamu berdua mula ‘memperbaiki’ remote control radio atau tv,memunggah dan menyusun semula perkakas dapur maktok, dan semua aktiviti yang menjurus kepada peralatan atau perkakasan di rumah (termasuklah komputer peribadi dan riba) menjadi alat mainan kamu berdua. Rumah menjadi satu playhouse yang besar untuk kamu berdua meneroka. Ada juga saat-saat cemas apabila kamu berdua bermain dengan soket dan wayar..errr…

Jika ada pertanyaan tentang pekerjaan ummi (dengan si penanya melihat pada appearance ummi dan anak-anak yang berderet itu), jawapan yang diberi selalunya menyimpang dari sepatutnya. Selalunya orang akan ingat by default ummi ialah seorang cikgu sekolah, which I dunno why people would assume that. Pada ummi, cikgu sekolah selalunya seorang manusia yang sangat presentable,hurmm some people huh?!

Continue reading

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 13)

In episode :  Ada orang rindu kamu sangat-sangat…

Si kembar memang rapat betul dengan orang itu sejak ummi mengandung semula ini. Nak mandi, orang itu yang mandikan, lapar, orang itu suapkan nasi (dan juga yogurt, roti, buah, bijirin sarapan dan apa sahaja yang orang itu tengah makan jua), nak main, golek-golek, guling-guling berjam-jam depan TV, mengadu orang ni rampas mainan yang seorang lagi, menangis gaduh nak dipujuk, nak susu sampailah dipeluk tidur malam, semuanyaaaaa nak orang itu jugak. Bangun pagi pun terus cari orang itu atas katil, huh.. iyelah, ummi sudah tidak mampu nak melayan, pastu asik marah-marah je (ha mula la nak emo tu). Kalau ummi peluk pun, ‘kompem’ lepas itu berlari nak peluk orang itu jugak huuuuuu…

Continue reading

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 12)

In episode :  Angkasawan ummi..

Kali ini ummi nak bercerita pada anak-anak ummi. Dulu kan, waktu ummi masih di sekolah rendah lagi, ummi sangat berminat terhadap perkara dan kejadian yang berlaku di langit. Ummi suka membaca mengenai angkasa lepas, menghafal nama-nama planet, nama lapisan awan, dari senipis lapisan awan sehinggalah yang paling tebal, hitam, menampung  hujan pun ummi boleh namakan setiap satunya.

Apabila masuk sekolah menengah, kolum angkasa lepas dalam Dewan Kosmik ummi dapat hadam semuanya sampaikan emel-emel ummi ketika itu pun menggunakan nama kawah matahari dan apa sahaja yang berkaitan dengan angkasa lepas. Ketika itu cita-cita ummi semuanya berkaitan dengan jurusan berkaitan dengan langit dan langit lepas. Mulanya, ummi ingin menjadi angkasawan, tetapi apabila difikirkan kembali mungkin susah untuk mencapainya maka ummi tukar kepada jurutera angkasa (sampai dah terfikir nak kerja kat BAKSA) dan ummi betul-betul ingin mengambil jurusan aeroangkasa atau aeronautik selepas matrikulasi.

Continue reading

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 11)

In episode :  Makan lagi…

Di sebuah kedai yang servisnya sangatlah lambat. Dua orang budak yang sudah tahap ‘lampu merah’ (ala Ultraman gitu) mengantuknya, masih diheret ke kedai makan oleh ayah dan ummi mereka yang kelaparan dan keletihan. Awal-awal lagi ayah membeli keropok ikan sebagai habuan supaya tiada aksi yang tidak ingin kita lihat semasa menunggu makanan. Contoh aksi adalah seperti, merengek atau cubaan untuk keluar dari kerusi kanak-kanak.

makan kat kedai 1

 

Continue reading

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 10)

In episode :  Makan apa tu??

Ummi buat entri ini bukan sebab nak abadikan tarikh hari ini, ummi tulis dan publish sebab sudah lama sangat ummi tidak kemaskini blog dengan satu entri pun. Fikiran ummi yang kacau bilau sejak kebelakangan ini pun sudah tenang sedikit, maka dapatlah ummi buat sketsa baru mengenai kamu berdua.

Ummi memang suka sangat kepada jemput-jemput, malah (mungkin) sudah tahap expert dalam pembuatan jemput-jemput. Lagipun memang keluarga sebelah ummi sangat gemarkan jemput-jemput atau dalam bahasa negeri ummi ‘cucoq’ @ cucur. Ramuan yang biasa @ paling asas ummi gunakan, ialah telur, tepung gandum, bawang besar , serbuk kunyit dan secubit garam. Ayah paling tidak gemarkan bawang besar, maka ummi gunakan taktik rahsia supaya bawang itu ada di dalam jemput-jemput tersebut tetapi secara zahirnya tidak kelihatan hehehehe…

Continue reading