Sketsa Anak-anak (Part 6)

In episode : First aid

Setelah begitu lama tidak menulis (hampir seminggu), dan begitu lama (sangat) tidak bersketsa (ini sketsa yang terakhir saya tulis dahulu), maka saya bermula dengan satu soalan. Soalan yang sangat penting, yang menentukan hidup dan mati..

..er bagi ibu bapa yang mementingkan keselesaan je.

Berbalik kepada soalan asal, saya nak tanya, apakah ini wahai para pembaca sekalian?

baby wipes

Apa?

Continue reading

Sketsa Tanpa Kata Anak-anak (Part 3)

In episode : Operasi menyelamat

si kembar_20140907

Sudah lama tak buat sketsa si kembar (dan adik si kembar). Kali ini cuma buat sketsa tanpa kata sebab tak sempat.

Si kembar ini suka betul (dan tak takut) mengejar ayam itik angsa. Suatu hari entah macam mana, mereka jumpa anak ayam yang sudah mati. Bukan main lagi seronok sebab dapat pegang.

Ummi jugak menjerit macam apa sebab lepas tu kena basuh tangan.

Haih la si kembar oii…

Signature_edit2

Sketsa Anak-anak (Part 5)

In episode :  Bila dah membeli-belah tu..

Dalam banyak-banyak cara melepaskan tekanan, membeli-belah merupakan antara cara yang agak berkesan. Janji tak over spend lah kan. Bukan mak bapak je find peace in shopping, budak-budak pun sama naik aje.  Tiap kali aje lalu depan Econsave, confirm si kembar dan adik si kembar mengarahkan ayah membelok ke situ. Dan tiap-tiap kalilah ummi atau ayah akan mengulang ayat yang sama, ‘nanti kita ada duit, barang rumah dah habis, baru kita ke sana ye’. Most of the times, anak-anak boleh terima, tetapi ada kalanya, protes juga. Masalahnya, memang kami tidak boleh mengelak dari melalui jalan tersebut, sebab jalan itu adalah jalan paling dekat antara rumah dan tadika si kembar.

Apabila tiba masa yang sesuai itu, maka berangkutlah semua orang ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah. Ketika itu Mak Njang berada bersama-sama kami. Apabila barang-barang keperluan telah penuh di dalam troli (2 troli ye), bergeraklah kami semua untuk pergi membayar. Ummi ketika itu masih berlari ke sana-sini mengambil beberapa barang yang ummi lupa manakala ayah dan Mak Njang telah pun beratur di kaunter pembayaran.

Sampainya ummi di kaunter tempat ayah dan Mak Njang beratur,

Tesco_1

Seorang dah di atas conveyor, nasib baiklah tak jadi macam kes Abang Rayyan tahun lepas tu, seorang lagi menyorok di bawah conveyor. Ummi pun tidak pasti motif si Furqan duduk di situ. Abang Rayyan pulak? Haaa, Rayyan pula tengah sibuk………..

Tesco_2

……….mengangkut segala barang dari dalam troli beliau ke kaunter bayaran. Semangat betul, siap nak tolong ambil barang-barang yang ada dari tangan Mak Njang dan Ummi lagi, risau agaknya tak sampai. Beliau memang suka betul proses ni, lagi banyak barang dia kena angkat (hatta berat sekalipun) bertambah seronoklah beliau jadinya.

Sebenarnya kan, segala aktiviti dan apa sahaja mengenai anak-anak, ummi suka untuk rakamkan. Sangat suka dan itu merupakan sebab utama ummi membeli telefon pintar (yang sudahpun retak cerminnya dibaling oleh Rayyan). Dulu-dulu, anak-anak suka juga untuk bergambar, sekarang ini dah besar barangkali,

Tesco_3

Ummi kena marahlah pulak. Kalau ayah yang jeling-jeling paku, fahamlah juga, sebab tengah sibuk-sibuk pun sempat lagi snap gambar, dan malu pada orang belakang yang ramai beratur. Tapi entahlah, ummi sukar hendak lepaskan peluang yang ada, gatal sahaja tangan nak abadikan momen indah dan menarik dengan anak-anak. Sekarang ni kalau ummi over snap gambar, memang kena ‘babap’ dengan anak-anak. Sadis tak?

Ah tak peduli, bila lagi kan nak ambil gambar dan tulis banyak-banyak pasal mereka. Menulis cerita-cerita mereka pun merupakan terapi tekanan ummi yang paling baik sebenarnya. Lepas ni nak buat banyakkkkkkkk lagi komik pasal mereka, moga-moga ummi disempatkan masa.

Nanti kita shopping lagi tau!

Signature_edit2

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 20)

In episode :  Aktiviti di bilik gelap….

Ini sebenarnya cerita bulan lepas (dah sebulan baru nak bercerita, sibuk sangatlah ye..). Ketika ini majlis kesyukuran untuk adik lelaki ummi (Pak Ngah) yang melangsungkan perkahwinannya. Semua orang sibuk ketika ini termasuklah ummi. Yelah, ketika majlis ummi dulu, adik-adik ummi bertungkus-lumus menjayakannya, takkanlah ummi nak duduk melahu je kan? Ummi tolong setakat yang terdaya je, dengan si Farhan langsung tak boleh ditinggalkan barang sesaat, nak mintak berdukung saja.

Walaupun kelam kabut melayan tetamu, lauk tak cukup, bungkus lauk, ummi sempat menyedari ketiadaan si kembar (sebab tiba-tiba tiada tangisan budak di tengah-tengah orang ramai). Wah, macam nak luruh jantung ummi apabila bertanyakan kepada sanak saudara di dalam dan di luar rumah, tiada siapa pun yang melihat mereka. Ah sudah, pergi mana pulak budak-budak ni?!

Akhirnya ummi masuk semula ke rumah dan pergi ke bilik belakang tempat segala goodies bag untuk tetamu tersimpan. Apabila terbuka sahaja pintu, ummi terus menjerit, “Ya Allahhh…” (walaupun dalam hati bersyukur sangat sebab jumpa mereka di dalam bilik tersebut).

Continue reading

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 19)

In episode :  Memang feeling habis makan di tepi laut

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga bergerak ke utara, on short notice. Ayah ada tugasan di sana. Kebetulan pula, mak njang sepatutnya pulang ke Perlis setelah seminggu menghabiskan masa di Bangi, maka hasrat untuk menghantar beliau dengan menaiki bas dibatalkan dan semuanya diangkut sekali. Ummi memang gementar hendak mengharungi perjalanan selama 7-9 jam bersama si kembar dan adik mereka, bukan sebab takut letih (jangan risau, supplemen Shaklee kan ada, ok poyo di situ), tapi risau tidak mampu mengawal emosi dalam menangani 3 pahlawan perang Badar itu.

Alhamdulillah, disebabkan keberadaan mak njang, maka ummi masih mampu mengekalkan kewarasan walaupun si kembar berlari macam kena kurung setahun di rumah ‘kekdahnya’ di sepanjang unplanned cuti-cuti Malaysia itu. Selepas ayah menyelesaikan tugasan beliau, barang yang diperlukan pun telah diambil, maka kami duduk bersantai di kawasan teluk (jika boleh dikatakan teluk) yang berdekatan dengan Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Continue reading

Sketsa Tanpa Kata Anak-anak (Part 2)

In episode :  Farhan sudah setahun

Pada tarikh hari ini, setahun yang lepas, aku selamat melahirkan adik si kembar. Maka bermulalah perjalanan seorang lagi hamba Allah di muka bumi ini.

Farhan

3 of them

Selamat ulangtahun kelahiran anakku sayang. Semoga kamu sentiasa gembira, sentiasa dikelilingi kegembiraan dan mampu memberikan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingmu persis maksud namamu.

Doa ummi sentiasa, semoga kamu membesar menjadi pemuda seperti yang diharapkan oleh khalifah Umar al-Khattab.

Beliau pernah berkata di suatu rumah di Madinah, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”

Aminnn.

Ayah dan ummi sentiasa menyayangimu sayang. Terima kasih padaMu Allah kerana mengurniakan Farhan kepada keluarga kami.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Sketsa Anak-anak (Part 4)

In episode :  Makan berjemaah menambahkan kasih sayang

Tiga pemuda harapan Khalifah Umar Al-Khattab ini memang agak gemar dengan pulut. Jadi, di suatu pagi yang ummi mempunyai kelapangan, ummi pun mengukus beras pulut yang telah direndam semalaman. Tetapi, satu perkara telah berlaku di pagi hari tersebut yang menyebabkan ummi hanya sempat mengukus pulut sahaja tanpa menyediakan sebarang lauk atau menambah rencah terhadap pulut kukus tersebut. Perkara itu akan ummi ceritakan di entri akan datang. Hari ini kita aplikasikan konsep kasih sayang melalui makan secara berjemaah dulu ye.

Malam itu, pulang daripada pejabat, ummi lihat Achik (ibu saudara mereka, adik ipar ummi), telah menggaulkan gula merah dengan pulut kukus tersebut. Ala-ala pulut pagi yang selalu terdapat di Kelantan. Jadi ummi sendukkan sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk dan memang ummi hendak melihat sama ada si kembar boleh berkongsi makanan dengan adik mereka. Jika di antara mereka sahaja, it was never a big deal. They would happily share everything between them.

Pembahagian makanan secara adil

Pembahagian makanan secara adil

Mulanya, segalanya kelihatan baik-baik, tenang sahaja. Cuma seperti biasa, abang yang tidak cerewet kepada makanan akan makan lebih dari orang lain. Furqan pula agak particular dalam memilih makanan. Selalunya, jika beliau makan sampai habis, maknanya memang sedap betul la masakan ummi hari itu.

Err..ok lagi ke ni?

Err..ok lagi ke ni?

Tetapi, agaknya abang lupa, ada seorang lagi yang juga sepertinya. Iaitu adik Farhan heheh.. Adik Farhan, jika dalam bab makan, memang tidak kalah seperti abang Rayyannya. Alang ternampak sahaja makanan, pasti direbutnya dengan abang-abang. Dan pastilah, dengan saiz tubuhnya yang kecil, dia selalu kalah dengan abang.

Adik dah menangis pulak..

Adik dah menangis pulak..

Sengaja ummi biarkan (selagi masih dalam kawalan), untuk mereka uruskan sendiri. Ummi cuma jadi referee sahaja.

Haa..kan elok makan baik-baik

Haa..kan elok makan baik-baik

Ummi suka melihat anak-anak makan bersama-sama. Ini boleh memupuk kasih sayang dan rasa kebersamaan di antara mereka. Lagipun, si kembar sudah terlalu biasa berdua dalam segala hal, dengan melibatkan adik Farhan, si kembar akan perlahan-lahan menerima dan berkongsi apa sahaja dengan adik Farhan. Adik pun kadang-kadang marah (menangis) apabila tidak dibenarkan bermain oleh abang-abangnya. Jadi ummi harap, dengan exposure sedemikian, si kembar akan lebih mudah belajar menerima adik Farhan di kalangan mereka.

Sekarang ini ummi sedang membaca buku Raising Twins: From Pregnancy to Preschool, hasil tulisan Shelly Vaziri Flais. In sha Allah, ummi akan buat review tentang buku ini jika ada kesempatan.

Oh ya anak-anak, apa yang penting? KERJASAMAMA (jawab ala-ala WonderPets)

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 18)

In episode :  Kami memang suka SHOPPINGGG!

Seperti biasa, apabila semua stok bahan basah, bahan kering dan bahan cucian habis (habis licin sampaikan baju pun menggunung tidak berbasuh, ikan tinggal seekor, sayur tiada langsung, pinggan mangkuk dibasuh dengan sabun botol anak-anak) maka, lawatan ke pasaraya haruslah dilakukan. Memang stok pun ngam-ngam untuk sebulan (kadang-kadang tidak sampai sebulan pun..)

Selalunya ayah akan meletak kereta di dalam kawasan pasaraya, yakni yang berbumbung. Kali ini, entah kenapa ayah berpusing-pusing di tempat letak kereta dan keluar semula dari tempat tersebut (tetapi masih mencari tempat yang strategik). Melihatkan keadaan itu, Rayyan yang menyangkakan ayah hendak kembali ke rumah (tanpa membeli barang), menangis sekuat hati dan melurutkan badannya ke bawah seat kereta. Furqan tidak menangis, tetapi mukanya kelihatan kecewa.

Continue reading

Sketsa Anak-anak (Part 3)

In episode :  Sesi luahan perasaan

Suatu hari (kejadian ini berlaku ketika bulan puasa lepas), abang adalah tidak berpuas hati kepada ummi (dan ummi pun lupa atas sebab apa), maka demi menunjukkan protes beliau kepada ummi, beliau telah menangis sekuat hati. Furqan, sebagai adik dan kembar yang baik, cuba memujuk abangnya (beliau juga risau kalau-kalau ummi bertukar jadi mak naga mendengar tangisan abang..heh heh).

eh kenapa dengan abang?

Tekun sahaja beliau mendengar luahan perasaan abangnya itu sambil mengupas kurma. Manakala, adik Farhan cuma mendengar dari jauh (sebab abang Furqan sudah come to the rescue).

mendengar dengan tekun

Apabila abang sudah bertidak membuang kurma di tangannya, maka Furqan cuba memujuk dengan menyuapkan abangnya dengan kurma yang dikupas oleh beliau tadi, harapannya semoga abang Rayyan termakan dengan pujukan sebegitu.

sesi memujuk bermula

Tetapi apabila tidak berkesan, maka Furqan pun mengambil inisiatif untuk beredar dari situ sebelum dia pun naik angin. Abang pula berasa kesal kerana jual mahal sebentar tadi. Adik Farhan masih dengan halnya sendiri.

sesi memujuk failed!

Rupanya adik hendak memanjat meja. Padanlah dari tadi asyik pandang-pandang ke depan je.

yelah adik baik…

Hahaha…iyelah tu, adik bila menangis pun kuat macam abang jugak..

Cerita tamat…

😉

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!