Cara Membuat Bebola Ayam Homemade

Semalam saya telah kongsikan cara membuat bebola ikan. Cara membuat bebola ayam sebenarnya adalah lebih kurang sama dengan pembuatan bebola ikan. Tetapi kali ini, bebola ayam saya adalah lebih cantik dan benar-benar seperti yang saya mahukan. Pengajarannya, guna pengisar kering atau food processor, jangan guna pengisar biasa. Penggunaan tepung pun hampir tidak perlu sebenarnya untuk pembuatan bebola ayam ini.

Mari kita lihat bahan dan cara membuat bebola ayam yang mudah dan sedap ini.

Bahan-bahan untuk bebola ayam

1 keping dada ayam
Garam
Tepung gandum (jika perlu)
Air

bahan-bahan untuk membuat bebola ayam

bahan-bahan untuk membuat bebola ayam

Bahan-bahan untuk rebusan bebola ayam

Bunjut sup
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 hiris halia
Air secukupnya

Cara membuat bebola ayam

1.Buang kulit dan tulang yang terdapat pada dada ayam dan bersihkan dengan bilasan air limau nipis. Toskan.

2.Potong daging ayam dalam bentuk kiub kecil. Kemudian kisar daging ayam menggunakan food processor atau jika tiada, anda boleh menggunakan pengisar kering (yang selalunya kita gunakan untuk mengisar bahan kering).

3. Masukkan daging ayam yang telah dikisar itu ke dalam bekas. Campurkan sedikit garam dan satu camca besar tepung gandum.

daging ayam yang telah dikisar

daging ayam yang telah dikisar

4. Semasa membentukkan bebola ayam, tambahkan air sedikit. Dalam 1-2 sudu besar sahaja.

5. Untuk air rebusan bebola ayam, hiris bawang putih, bawang merah dan halia nipis-nipis dan masukkan ke dalam periuk bersama-sama air dan bunjut sup.

air rebusan bebola ayam

air rebusan bebola ayam

6. Biarkan air rebusan mendidih seketika, kemudian masukkan bebola ayam.

bebola ayam sedang dimasak

bebola ayam sedang dimasak

7. Apabila bebola ayam terapung dalam rebusan sup,  toskan dan biarkan ia sejuk seketika sebelum disimpan di ruangan sejuk beku

bebola ayam yang sudah siap

bebola ayam yang sudah siap

Nota:

  1. Jika memasak untuk anak di bawah dua tahun, jangan gunakan garam.
  2. Penggunaan tepung hanyalah apabila daging ayam yang dikisar itu jadi berair. Ini hanya terjadi jika anda menggunakan pengisar biasa. Jika menggunakan pengisar kering atau food processor, tidak perlu kepada penggunaan tepung. Hanya tambahkan garam sahaja. Air pula diperlukan ketika membentukkan daging ayam yang dikisar kepada bebola.
  3. Boleh guna air biasa ketika merebus bebola. Saya gunakan sup untuk menambahkan rasa dan kesedapan pada bebola. Sup rebusan itu saya sejuk bekukan untuk dijadikan stok.
  4. Resepi ini menghasilkan 16 biji bebola ayam sederhana.

Selamat mencuba!

Signature_edit2

2 thoughts on “Cara Membuat Bebola Ayam Homemade

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge