Brain injured children : Keep the failure to yourself

Satu perkara yang mampu membuatkan saya rasa hidup sehari-hari adalah menulis mengenai ini dan memikirkan tentang menulis mengenainya.

Menulis mengenai anak istimewa dan keluarga dan apa sahaja yang membantu.

Memikirkannya sahaja mengenai ini, sudah mampu mengujakan saya, sort of a higher dose of caffeine or painkiller and help me to wake up from bed or make up from a very worst day.

I know exactly how Glenn Doman feel about going to work but not really feel that you’re going to work. Because you are doing something that you love.I really love writing about this.

And today, I write this as escapism.

Dan saya ada dua cerita yang saya nak bawakan hari ini, cerita saya dan cerita seorang kawan saya.

CERITA SAYA

Jujurnya, saya kecewa dengan diri sendiri. Sejak saya mula sakit dan kembali tidak dapat menangani emosi sendiri, stimulasi anak-anak saya ke laut.

DSC00526

Untuk  anak-anak saya yang memerlukan intensity stimulasi yang tinggi dan regim penjagaan makanan yang ketat, ada masanya saya jatuh murung seorang diri. Lagi murung apabila memikirkan, ada kawan saya di sebelah sana, yang lebih teruk sakitnya, mampu melakukannya.

I felt ashamed of everyone.
I felt bad to myself and my children.

Banyak masa saya rasa saya cuma beralasan.

Tapi,
Saya perlu simpan semua kerisauan saya mengenai segala benda yang saya tidak dapat buat, tidak boleh buat, marah, kecewa dan sebagainya kepada diri saya sendiri. Saya tidak boleh lampiaskan pada anak-anak saya (ini tidak sepatutnya berlaku langsung) dan saya tidak boleh beritahu anak-anak saya.

twin_dowel

Apa yang anak-anak saya perlu tahu,
Mereka boleh menyebut perkataan, mereka mampu memahamkan saya

Dan

Mereka dipuji,
apabila mampu membuat forwards roll dengan baik dan selamat,
apabila mengemas selepas bermain
datang apabila dipanggil
faham apabila sesuatu makanan saya larang dan tidak menangis
makan makanan yang sihat dan baik
mengembalikan telefon apabila diminta

Itu adalah perkara yang mereka perlu tahu dan diberitahu.

CERITA KAWAN SAYA

Ada seorang kawan, dalam usaha untuk memulakan stimulasi brachiation. Untuk memulakannya, latihan genggaman tangan bayi pada ibu jari ibu (kemudian ibu akan mengangkatnya perlahan-lahan dan biarkan bayi menampung beratnya sendiri) harus dilakukan.

Kawan saya berasa risau, kerana bayinya tidak mampu untuk memegang ibu jarinya lebih lama. Hanya beberapa saat dan kemudiannya lepas.

Bagaimana bayinya mampu  naik ke aras lebih tinggi?

Jadi, saya cakap pada kawan saya itu, rephrased,

“Apa yang baby tahu, dia ada progress setiap hari. Jangan beritahu dia yang dia tidak mampu pegang lebih lama. Highlight je apa progress dia pada hari itu.

Contoh, yeayy, hari ni awak genggam 5 saat lebih lama dari semalam”

KONKLUSI 2 CERITA DI ATAS

Anak-anak istimewa kita tidak perlu dirisaukan apa yang mereka tidak boleh buat. Itu kita yang risau.
Mereka cuma perlu dengar apa yang mereka boleh buat, apa yang mereka dapat pada hari itu.

tempel

Untuk seorang bayi yang tidak pernah mengangkat badannya sendiri berbulan-bulan sebelum itu, mampu untuk grip ibu jari ibunya selama 3 saat, ITU ADALAH PENCAPAIAN YANG BESAR.

Dia tidak tahu pun bahawa dia mampu untuk memegang ibu jari ibunya pada hari sebelumnya, you have to tell her so.

Untuk seorang anak istimewa yang tidak pernah menjulur ke depan dengan langkah silang lebih 1cm dari hari sebelumnya, ITU ADALAH PENCAPAIAN YANG BESAR.

Dia tidak pernah termimpi bahawa dia mampu bergerak ke depan, let alone with cross pattern, you have to tell him so.

Untuk 3 orang budak yang lambat pertuturan mampu menuturkan ‘air sejuk’, ITU ADALAH PENCAPAIAN YANG BESAR.

Mereka tidak pernah menjangkakan yang ibu mereka akhirnya faham perkataan ‘air sejuk’ yang keluar dari mulut mereka adalah sama dengan apa yang mereka fikir dan dengar dengan apa yang ibu mereka fikir, dengar dan faham. Sayalah yang  sepatutnya exaggerate,

‘wah, pandai abang, hari ini abang sebut air sejuk!’.

Anak saya sengih ke telinga, yang lagi dua orang repeat the same word dan melompat kegembiraan.

Nampak tak kesan positif di situ?

We need to keep motivation going. If they feel that they are doing everything well,
then they will do everything well.

The worries, the failures, the whatsoever you cannot do and your children still cannot achieve that day, KEEP IT TOU YOURSELF.

Okay.

Hugs.

Signature3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge