Brain injured children : Konsep ‘litar tertutup’

Ketika ilham mula datang kepada saya untuk menulis mengenai ini, saya mengambil masa beberapa hari berfikir dan ‘menulis’ di dalam kepala. Cernakan isi. Hal ini kerana, saya begitu pasti yang saya akan mengambil masa yang lama jika saya sendiri tidak begitu memahami dengan jelas mengenai topik ini.

Pardon me if my explanation is not enough and do correct me if there is info that is incorrect.

Sebagai seorang yang pernah belajar dan bekerja dalam bidang elektrikal (oh bidang elektrikal sangatlah luas), sebarang pernyataan mengenai litar (circuit), penebat atau pengalir sangat cepat untuk menarik minat saya.

Walaupun sebenarnya, saya langsung tidak berminat dengan elektrik hahahah, tetapi terjun ke bidang ini setelah beberapa pilihan dibuat 😛

Ini antara tulisan saya mengenai penebat dan pengalir, konsep yang boleh digunapakai untuk memahami fungsi otak dan mengembangkannya menjadi lebih baik,

http://qiderfirdaus.com/konsep-penebat-dan-pengalir-bantu-…/

Prinsip mudah closed circut

Dalam setiap perkakasan elektrik yang kita guna, dari sebesar-besar janakuasa sehinggalah ke telefon bimbit dan perentak jantung, konsepnya tetap sama, litar itu haruslah lengkap dan ‘tertutup’ (closed circuit), apabila ditutup, barulah arus boleh mengalir, melengkapkan litar dan kemudiannya litar akan berfungsi.

close circuit

Anda perhatikan litar ringkas di atas, jika suis terbuka, maka arus tidak akan dapat lalu, oleh itu mentol tidak dapat menyala. Hanya apabila suis ditutup, arus dapat mengalir dan mentol akhirnya menyala.

Begitulah juga dengan anak-anak istimewa.

glen doman book

Dalam buku ‘What to do about your brain injured child’, Glenn Doman ada menyatakan, untuk merawat sebarang masalah pada anak-anak istimewa ini, first, kita perlu kenalpasti apakah yang menjadi ‘break‘ di dalam circuit.

Beliau percaya bahawa segala masalah bermula dari otak, apa yang nampak di luaran hanyalah simptom (eg ADHD, Dyslexic, ADD, Mentally retarded) . Jika kita dapat merawat otak anak-anak istimewa (brain injured children to his definition), maka kita boleh hilangkan simptom itu. Profile_1

Jika kita lihat pada profil perkembangan yang dibangunkan oleh Glenn Doman dan IAHP, ada anak panah kecil yang berputar di bahagian otak hingga ke saraf tunjang. Nampak sama sahaja seperti litar bukan? Jika ada ‘break‘ di mana-mana bahagian, maka ia akan merencatkan perkembangan pada bahagian badan yang lain.

Finding ‘break’ in the circuit

Mari kita lihat sebuah contoh. Saya datangkan dalam kes anak-anak saya, apakah yang menyebabkan mereka speech delay? Apa yang menghalang mereka untuk bercakap?

Untuk kes speech delay anak-anak saya, merentas profil, ada 3 bahagian sensory yang diperhatikan, visual, auditory dan tactile (deria sentuhan). Adakah 3 bahagian ini terencat perkembangannya yang menyebabkan mereka lambat bertutur?

Profile

Si kembar kerap jatuh sakit ketika bayi. Pernah juga mendapat jangkitan di telinga yang sangat lama (hasil daripada selsema yang juga lama). Kami pernah membuat ujian pendengaran terhadap mereka, keputusannya normal. But we doubt the test, sebab ujian yang digunakan adalah lebih sesuai untuk bayi.

That aside, believing the test is ‘valid’, insyaAllah, pendengaran (auditory) si kembar adalah optimum.

Kita pergi pula kepada vision (penglihatan). Alhamdulillah, si kembar dapat melihat dengan baik (secara kasarnya), lembu jauh di padang pun mereka boleh kenalpasti itu lembu. Saya seorang yang rabun jauh, kadangkala terkial-kial cuba memastikan apakah yang mereka tunjukkan ketika dalam perjalanan. Minat mereka terhadap binatang saya kembangkan untuk meningkatkan stimulasi bercakap (ketika ini masih belum ke kelas NURY).

Pergi pula kepada tactile (sentuhan), mereka boleh kenal pasti dengan baik beberapa rasa seperti panas, sejuk, lembut, keras dan sebagainya. Contohnya, jika terpegang benda yang panas, mereka akan cepat-cepat menarik tangan.

Cuma apabila ke bahagian motor, mereka ada masalah pada bahasa (language). Akan tetapi pada bahagian manual dan mobility, mereka sebenarnya pada tahap sangat baik. Contohnya mobility, mereka menjulur, merangkak, berjalan dan berlari dalam langkah silang (tahap tertinggi pada otak manusia mestilah mampu melakukan semua pergerakan ini pada tahap langkah silang) dan pada umur 9 bulan mereka sudah pun berjalan.

Cuma pada manual competence, mereka masih mengalami masalah untuk menulis – Tahap ke 7 (ini mungkin kerana kurang latihan dan mereka tidak nampak fungsi untuk mereka menulis), tetapi mereka mampu memegang pensel dan pen dengan baik (daya mengacu).

si kembar melukis

Jadi apa masalah budak-budak ni sebenarnya?

‘Break’ in the circuit and closing the loop

Setelah berbincang dengan Kak Azura Alfian (sempat assess 1st twin sahaja), kami buat keputusan, mungkin kerana mereka dulu selalu sakit, jadi walaupun fasa merangkak adalah sempurna, perkembangan mid brain (otak tengah) mungkin tidak sepenuhnya berlaku.

Perkembangan di otak tengah ini penting kerana di sini terdapat sokongan terhadap sistem imun, motor, auditori, visual dan banyak lagi. Jika perkembangan di bahagian ini terencat, maka akan terhasillah simptom yang kita boleh nampak, dan salah satunya seperti apa yang berlaku pada anak-anak saya.

Dan mereka juga mungkin kurang stimulasi untuk bercakap (dengar orang bercakap) dan membaca. Mungkin kerana situasi di rumah yang sangat tidak menyokong perkembangan ini.

Di sini, kami telah jumpa break in the circuit.

Maka si kembar perlu melakukan beberapa stimulasi fizikal yang merangsang mid brain mereka kembali. Antara contoh aktiviti termasuklah masking (untuk meningkatkan oksigen ke otak), merangkak, berlari, menjaga diet dan aktiviti membaca dimulakan. Mereka juga diransang berkomunikasi secara verbal.

Pada tahap penguasaan bahasa (untuk bercakap), mereka berada pada tahap 3 dan 4 (rujuk pada profil). Menurut Glenn Doman, every sound is language. Maka tugas saya cuma tinggal untuk make the meaning of the sound.flash cardDengan semua aktiviti di atas, saya sebagai ibu mereka, telah close the circuit.

Apabila litar ditutup, maka mereka telah dan sedang berfungsi dengan sempurna.

Alhamdulillah.

Ketika entri ini ditulis, anak-anak saya sudah pun memberi reaksi kepada beberapa arahan mudah walaupun dalam bahasa berbeza dan sudah mula menuturkan perkataan-perkataan yang biasa di persekitaran mereka (hatta zikir sekalipun). Mereka juga sudah membaca beberapa perkataan dan menyebutnya dengan jelas.

Oh ya, bahasa ‘German’ itu masih kedengaran, tetapi saya sedang dan masih berusaha dengan anak-anak. Paling penting buat saya, setiap kejayaan yang kecil, diraikan.

Alhamdulillah. Subhanallah.

Anda tahu, kali pertama saya masuk ke bab ‘Finding the break in the circuit‘ dalam buku What to do about your brain injured child, saya teruja. Wow. Dan, saya seorang jurutera elektrikal 😉

Kepada sahabat perjuangan, ibu ayah anak istimewa yang lain, marilah mencari apakah break in the circuit anak-anak kita. Dari situ kita close the circuit dan bantu untuk anak-anak kita thrive.

You can do it.
We can do it.

Moga Allah mudahkan.

Ummi si kembar dan adik-adik si kembar

Signature3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge