Bila anak memilih makanan bisa bikin ummi jadi MAKHLUK HIJAU

Saya adalah antara ibu yang boleh tahan anak-anak mengamuk, tantrum bagai, memekik sekuat hati dan meluahkan segala benda yang mereka tidak puas hati dengan suara yang bisa bikin gegendang telinga pecah dengan syarat MEREKA MAKAN KETIKA WAKTU MAKAN! Apabila mereka tidak makan pada waktu yang sepatutnya makan, asyik negotiate dengan kita untuk ditukarkan makanan yang mereka perlu makan dengan crackers, yogurt atau aiskrim, oh sayalah ibu yang bakal bertukar jadi MAKHLUK HIJAU itu.

Si kembar saya tergolong dalam kategori memilih terutamanya my precious and adorable Furqan. Rayyan sekurang-kurangnya ada juga usaha untuk makan walaupun sedikit (Adik Farhan alhamdulillah, lagi prefer nasi dengan ikan daripada mee,selamat ummi, tak perlu nak kena masak macam-macam). Si kembar mula memilih makanan setelah mereka berumur setahun lebih. Mungkin disebabkan mereka sudah tidak menyusu badan agaknya, entahlah, saya pun tidak pasti sebabnya, tapi selalu berfikir sedemikian. Bermulanya mereka memilih makanan menyebabkan saya memvariasikan masakan. Daripada nasi dengan sup, kepada pasta bolognaises lah, jemput-jemput bilis, bawang (tanpa garam dan gula semestinya) dan sebagainya.

umur 10 bulan, rayyan makan roti

umur 10 bulan, rayyan makan roti

dulu berselera je Furqan makan, walaupun tak bergaram gula

dulu berselera je Furqan makan, walaupun tak bergaram gula

Mungkin saya kelihatan mak yang rajin (dan garang), dan saya mengaku saya penat nak menghadapi kerenah anak-anak. Tetapi pada saya, lebih baik anak-anak saya makan masakan saya sebab mereka di bawah 2 tahun (ketika itu) dan saya perlu untuk mengawal segala benda yang tidak elok dari memasuki perut mereka. Saya memang pantang jika anak-anak makan makanan segera. Tetapi jika bercuti atau di rumah orang, kadang-kadang saya pejamkan mata sahaja. Mana yang saya mampu kawal, saya kawal, yang saya failed (sebab nak jaga hati tuan rumah), saya redha dalam hati dan kemudian beri mereka minum air kosong banyak-banyak.

Adik Farhan memang terbaik. Lagi tasteless lagi berselera beliau makan. Contoh nasi dengan ikan goreng dan sayur sedikit pun jalan. Tak perlu nak kuah bagai. Abang Furqan beliau, kalau rasa makanan tidak menepati citarasa beliau, maka akan diluahkan makanan tersebut dan mulut ditutup rapat-rapat. Menjeritlah, ugutlah macam mana pun, he would stand his ground firmly (yang ni memang ikut perangai ummi sebijik,huh). Abang Rayyan, terpulang pada keadaan, ada masanya nasinya habis, ada masanya saya tabahkan hati walaupun beliau makan lima suap sahaja. Janji beliau makan (walaupun rasanya beliau nak mengambil hati ummi sahaja hahah) daripada tidak makan langsung.

Spageti bolognaise kena betul-betul sedap baru layan

Spageti bolognaise kena betul-betul sedap baru layan

Tetapi saya perasan, si kembar ini memang berselera jika makan mee dan pasta. Walaupun kadang kala ada ketikanya mereka reject point blankly, tetapi dua jenis makanan itu memang acapkali diterima berbanding nasi. Jadi saya selalu modify resepi supaya sesuai dengan umur mereka dan tidak menyebabkan kesan kepada alergi (means, the food will not make their allergy become worst). Saya memang bercita-cita ingin membuat mee, pasta dan roti sendiri. Moga-moga cita-cita saya tercapai amin.

Akhir-akhir ini saya agak geram dengan Furqan kerana beliau selalu membuka almari makanan untuk mengambil biskut. Terutamanya apabila hampir dengan waktu makan. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk membuat sendiri biskut dan telah menjumpai beberapa resepi yang sesuai dengan mereka. Belum buat lagi pun sudah terbayang balang-balang yang dipenuhi cookies dan Furqan makan dengan pujian ‘dapppp’nya itu. InsyaAllah. Sekurang-kurangnya saya boleh kawal gula dan garam dalam biskut saya berbanding yang dibeli di pasaraya yang amaun gula dan garamnya adalah tidak sesuai untuk anak-anak saya yang berumur 3 tahun dan ke bawah. Cuma mungkin saya perlu import Mak Njang kesayangan mereka untuk menjayakan projek cookies homemade ini. Saya tidak dapat membayangkan untuk membakar cookies di rumah mak tok mereka kerana cuti raya dan suami adalah sangat terhad.

Moga projek cookies ini berjaya dan diterima oleh anak-anak,aminn.

Saya memang suka memasak untuk anak-anak,suami dan keluarga besar saya. Mak saya selalu kata, ‘memasak ni bukan kena pandai,tapi kena rajin’.

Mari memasak dengan kasih sayang.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

 

8 thoughts on “Bila anak memilih makanan bisa bikin ummi jadi MAKHLUK HIJAU

  1. Anonymous says:

    best nya…aku dah 3 tahun tak bole melepaskan gian memasak betol2…maklumlah dok rumah orang…payah….doakan aku cepat dapat pindah eh….

  2. nurul says:

    Salam. Saya Nurul dari Ultrawork. Kami ingin menjemput saudari untuk menghadiri klinik percuma tentang cara mengatasi masalah cerewet makan yang dianjurkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia. Diharapkan saudari dapat menghubungi kami untuk maklumat lanjut di nfha_9802@yahoo.com

    Harap mendapat maklum balas dari saudari.

    Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge