Belum fasih bertutur, tidak semestinya tidak faham.

Saya sudah lama tidak menulis mengenai ini, ada sebabnya dan saya tidak boleh kongsikan di sini.

Hari ini saya tulis, atas sebab nak ambil ibrah bersama-sama.

Cerita semalam

Semalam, 3 orang anak saya mengambil keputusan untuk bergabung tenaga tantrum, pagi-pagi sebelum ke sekolah, dan kami ketika itu sudah lambat yang amat. Bukan macam koir, tapi baton passing.

Seorang lepas seorang.

Saya hampir juga mereng dan bertukar menjadi makhluk hijau.

Hampirrrr…Fuh..Thank goodness I still got small amount of sanity.

Pendekkan cerita, apabila sampai sahaja di sekolah, seorang dari si kembar turun berjalan ke pintu pagar, seorang lagi masih di dalam kereta bersama saya, kerana isu di rumah masih belum selesai. Masih terasa hati.

Makcik pegawai keselamatan yang bertugas, menegur suami dan anak kembar saya, mengenai kasut yang dipakai. Sudahlah bukan kasut sekolah, berlainan pula sebelah sebelah itu..

Ya, si kembar begitulah bertahun-tahun. Asal sahaja berkasut, tidak kisah sama ada betul kasut atau tidak. Belum lagi kiri dan kanan masih belum betul.

Makcik itu memberi cadangan, walaupun anak tidak mahu memakai kasut sekolah, biarlah sama jenis (sebelah selipar, sebelah lagi sandal), biar pun berlainan warna. Itu obvious sangat katanya. Lagipun sekolah, ada peraturannya.

Agaknya anak kembar saya yang seorang lagi terdengar kata-kata makcik itu (saya pun dengar walaupun dalam kereta, apatah lagi beliau kan), apalagi, sambung meraunglah, dan tidak mahu turun dari kereta.

Seorang lagi ‘rileks’ amat, cuma apabila kembarnya masih belum turun, dia pun sudah mula nak mengarut..adoi..Jadi saya terpaksa selamatkan keadaan sebab nampaknya suami saya pun sudah mula hilang kesabaran (macam itulah kami, jika salah seorang sudah hampir go nuts, seorang lagi akan take over, saya pun ada masa-masa betul-betul jadi makhluk hijau, suami saya pula akan ambil alih).

Sambil menangis berjalan ke kelas, sampainya kami ke kelas mereka, rupanya ada aktiviti di kelas lain untuk hari tersebut, maka terus berguling dua-dua orang. Saya pun rasa nak berguling sama. Anak-anak saya tidak boleh abrupt change begitu, kena bagi persediaan awal.

Saya ambil masa juga untuk pujuk keduanya supaya masuk ke kelas. Seorang okay, seorang lagi masih menangis ketika saya tinggalkan dia dengan cikgunya.

Cerita pagi tadi

Hari ini,
Tanpa perlu saya suruh, kedua-dua anak saya, secara sukarela memakai kasut sekolah yang betul. Saya puji dan note how impress I was for them.

Sampai ke pintu pagar sekolah, si kembar yang semalam tidak mahu turun kereta, telah berjalan ke pondok pengawal, memanggil pakcik pegawai keselamatan (makcik tengah makan), dan tunjuk kasut yang dipakainya.

Sepertinya nak cakap, ‘tengok, hari ini saya pakai kasut sekolah yang betul’.

Memanglah terpinga pakcik itu, sebab yang menegurnya ialah makcik.

Saya hormat makcik tersebut, sebab beliau juga punya dua orang anak istimewa dan teguran beliau amat lembut walaupun tegas.

Bagus juga makcik itu tegur, sudah bertahun saya tegur anak-anak sebenarnya mengenai ini. Ha ha ha ha..

Apa yang saya nak sampaikan di sini sebenarnya?

Anak, yang dalam progress untuk fasih bertutur, mereka faham apa yang kita tuturkan. Jika kita biasa bertutur lebih dari satu bahasa dengan mereka, bahasa yang lain itu pun mereka faham.

Jadi jangan sembarangan berkata yang bukan-bukan, mencemuh, mengejek anak-anak istimewa yang masih belum fasih bertutur itu. It goes deeply to their hearts, breaks their emotions.

Apabila mereka ‘buat perangai’, itu adalah ekspresi mereka. Mereka masih tidak mampu membalas dengan pertuturan, mereka luahkan dengan perbuatan.

Ini bukan sahaja penulisan untuk ibu bapa anak normal, tetapi kepada ibu bapa anak-anak istimewa.

Guys,
I know it is hard when we cannot verbally communicate with our children.
But then, communication is not only through speaking, it is beyond speaking.
You had to believe in your child.
Believe that they understand everything that you told them, asked them to do.

Begitulah juga kepada bayi, bayi faham apa yang kita katakan pada mereka. Kita sahaja yang memandang rendah kebolehan mereka memahami.

Sekian

Ummi si kembar dan adik2 si kembar

4 thoughts on “Belum fasih bertutur, tidak semestinya tidak faham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge