Bebola Ayam mudah dan sedap

(Tasty homemade chicken ball)

Bebola ayam sedap

Bebola ayam sedap

Untuk resepi kali ini, saya tidak menggunakan tepung gandum. Air rebusan pun saya tidak banyakkan bahan-bahan seperti resepi sebelum ini. Resepi kali ini memang cepat, mudah dan sedap. Saya tambahkan bawang putih untuk sedapkan lagi bebola ayam ini, tetapi jika anda tidak suka boleh abaikan.

Bebola ayam ini memang penuh dengan isi ayam, jadi isi bebola menjadi sangat kental. Jika anda ingin melembutkan bebola ayam anda, tambahkan 1-2 sudu besar tepung gandum. Saya memang tidak suka menggunakan tepung ubi, tetapi jika anda suka, bolehlah digunakan untuk menggantikan tepung gandum.

Sesudah siap bebola ayam ini, saya terus sejukkan sebagai kegunaan untuk memasak bekal buat Farhan. Jom tengok bahan-bahan dan cara membuat bebola ayam ini.

Bahan-bahan untuk bebola

1 keping dada ayam
Sedikit garam
2 ulas bawang putih
Sedikit air (untuk membentukkan bebola ayam)

Bahan-bahan untuk rebusan bebola ayam

Tulang ayam (jika ada)
Air secukupnya

Cara membuat bebola ayam

  1. Buang kulit dan tulang yang terdapat pada dada ayam dan bersihkan dengan bilasan air limau nipis. Toskan.
  2. Potong daging ayam dalam bentuk kiub kecil. Cincang bawang putih. Kemudian kisar daging ayam dan bawang putih menggunakan food processor atau jika tiada, anda boleh menggunakan pengisar kering (yang selalunya kita gunakan untuk mengisar bahan kering).
  3. Masukkan daging ayam yang telah dikisar itu ke dalam bekas. Campurkan sedikit garam.
  4. Semasa membentukkan bebola ayam, basahkan tangan. Bentukkan bebola ayam sehingga habis isi ayam tersebut.
  5. Masak air bersama tulang ayam sehingga mendidih. Kemudian masukkan bebola ayam.
  6. Apabila bebola ayam terapung,  toskan dan biarkan ia sejuk seketika sebelum disimpan di ruangan sejuk beku

Nota:

  1. Jika memasak untuk anak di bawah dua tahun, jangan gunakan garam.
  2. Penggunaan tepung hanyalah apabila daging ayam yang dikisar itu jadi berair. Ini hanya terjadi jika anda menggunakan pengisar biasa. Jika menggunakan pengisar kering atau food processor, tidak perlu kepada penggunaan tepung. Hanya tambahkan garam sahaja. Air pula diperlukan ketika membentukkan daging ayam yang dikisar kepada bebola.
  3. Air rebusan tulang ayam yang digunakan untuk merebus bebola ayam bolehlah disimpan sebagai stok ayam dan digunakan dalam masakan yang lain.
  4. Resepi ini menghasilkan 15 biji bebola ayam bersaiz sederhana besar.

Selamat mencuba.

Signature_edit2

 

One thought on “Bebola Ayam mudah dan sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge