Bayi tidak perlukan sabun mandian

Menjadi ibu buat pertama kali (hatta banyak kali sekalipun) kita pasti sangat teruja untuk melengkapkan segala keperluan bayi. Baju-baju bayi semuanya comel-comel belaka. Senarai kelengkapan memang panjang betul, tambahan pula jika ibu bapa mempunyai pendapatan yang tinggi. Antara barangan keperluan yang masuk dalam senarai itu ialah mandian bayi.

to-do-list

Bagaimana jika saya katakan, untuk dua tahun pertama bayi, anda tidak perlu untuk menggunakan sabun mandian untuknya.

Terkejut tak?

Saya dulu pun terkejut jugak. Ala tak wangilah baby-baby aku.

Kulit bayi sebenarnya ada satu lapisan pelembap. Apabila kita mandikan mereka dengan sabun, maka ia akan menghakis lapisan pelembap itu. Sebab itulah dalam rangkaian produk bayi, ada pelembap, sebab kita perlu untuk melembapkan kembali kulit bayi.

Saya buat-buat tidak dengar pada mulanya. Akan tetapi, apabila si kembar terkesan dengan sabun (mandian bayi) yang tidak seragam dengan kulit mereka dan minyak bayi yang kononnya lembut untuk bayi (jenama Johnson and Johnson).

Saya juga pernah bertukar menggunakan Pureen dan SebaMed, tetapi keadaan kulit si kembar buat saya bertambah serabut.

Maka saya kembali ke remedi alam semulajadi.

Tahu tak betapa teruknya saya dan suami (maktok dan tokwan mereka juga) berusaha untuk melicinkan kembali kulit mereka?

Air rebusan kulit manggis

Air rebusan kulit manggis

Kami cuba berubat dengan air mandian kulit manggis (kulit manggis ini dikeringkan kemudian direbus dalam seperiuk air), badan mereka digosok dengan skrub campuran garam kasar, daun delima dan daun melur sehingga menangis budak dua orang itu. Setelah mandi, berbedak sejuk dengan campuran daun yang sama. Selang seli dengan sapuan minyak zaitun.

Ketika dalam fasa merawat kulit mereka, saya buang semua sapuan krim yang mempunyai steroid. Tahapnya, ada masanya saya rasa nak ‘lempar’ mereka masuk dalam laut sahaja untuk mengubati kulit mereka. Geram betul saya tengok kulit merah tergaru-garu. Sudahlah begitu, ada mulut sumbang menyalahkan semuanya genetik dari saya.

Dan ada juga yang cakap, biasalah budak-budak, kalau tidak ada semput (asma), dapat ekzema. Mazhab manalah tu kan?

Alhamdulillah, berkat pengalaman itu, adik si kembar bukan sahaja tiada semput/asma, malah kulit beliau licin cantik dari abang-abang. Adik si kembar mandi tanpa sabun lebih 2 tahun, selepas mandi, badannya akan disapu dengan minyak zaitun tulen. Jika beliau berpeluh pun, sedap je bau badan. Malah bau badan dari beliau bayi kekal sehingga sekarang.

Dan duit saya pun jimat sebab tidak perlu untuk membeli segala pelembap, sabun dan syampu bayi. Beli sahaja minyak zaitun sebotol besar. Minyak zaitun yang dibuat masak spageti itu.

olive oil

Apabila mereka sudah besar ini, nampak ada perasaan nak wangi-wangi kononya, maka melaburlah saya membeli sabun yang chemical free. Dah nak habis tahun pun, tidak habis-habis lagi sebotol tu. Okeylah kan, sekali beli dekat 200.

Bukan semua ibu dan bapa mampu membeli sabun bebas bahan kimia, akan tetapi mencegah lebih baik dari merawat. Ketika mereka masih bayi, bukannya mereka berpeluh seperti orang dewasa, jadi tidak perlu beria-ia sabun badan bayi. Selain itu, ia memudahkan dan mempercepatkan proses mandian bayi.

Bayi kita hanya berserah kepada kita sebagai ibu bapa mereka segala yang terbaik buat dirinya. Maka buatlah yang terbaik untuk bayi kita.

Mereka begitu berharga.

Signature_edit2

6 thoughts on “Bayi tidak perlukan sabun mandian

    • Aah dibilas dengan air kosong suam je…lepas mandi,dah kering dilap, baru sapu olive oil. Boleh je nak guna minyak kelapa, tapi tengok kesesuaian kulit anak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge