Risaunyaaa..anak saya tak nak makan!

Sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki yang berumur sekitar 2-3 tahun, saya sangat menitikberatkan pemakanan anak-anak. Saya telah kongsikan tips menangani anak cerewet makan di dalam entry ini. Baru-baru ini, sahabat saya berkongsi cerita mengenai anaknya yang susah benar mahu makan. Cerita-ceriti anak yang tidak mahu makan ni memang mengundang resah ibu-ibu.

Makanlah anakku,makan..

Makanlah anakku,makan..

Pada saya konsep pertama yang ibu-ibu (dan ayah-ayah) perlu faham, NASI bukanlah satu-satunya MAKANAN yang ada di muka bumi ini. Itu konsep utama yang saya gunakan kepada anak-anak saya. Nasi juga bukan satu-satunya sumber karbohidrat, ada pelbagai lagi makanan di dalam keluarga karbohidrat seperti roti gandum penuh, tepung gandum penuh, pulut, pasta, jagung, kentang dan keluarga ubi juga mengandungi karbohidrat.

Oleh sebab itu juga, mempelbagaikan sajian merupakan konsep kedua yang para ibu bapa perlu alert. Kenalpasti nutrisi harian yang diperlukan oleh anak-anak mengikut peringkat umur mereka. Ini memerlukan kreativiti (dan kesabaran tahap super) ibu dalam menyediakan sajian makanan untuk anak-anak.

Cadangan porsi hidangan untuk anak

Cadangan porsi hidangan untuk anak

Dengan dua konsep penting di atas, saya mula kurang menjelma menjadi harimau jadian ketika waktu makan. Anak-anak saya hanya akan makan nasi jika nasi itu terhidang bersama-sama dengan sup ikan atau ayam (yang sedap secukup rasa). Jadi untuk tidak membebankan otak yang sedia letih dengan pelbagai susunan kerja, saya reneh sup kegemaran mereka dengan sumber serat (lobak merah dan batang saderi), karbohidrat (kentang), ayam/ikan (protein) dengan tambahan sedikit herba dan makanan anti-viral semulajadi (keluarga bawang dan halia). Jadi jika ada salah seorang yang tiba-tiba beralih angin menjadi kurang selera untuk nasi, beliau akan makan kentang bersama kuah sup dan ikan beserta sayur. Ha,kan dah selamat di situ.

Sup Ikan Selar dengan Sayuran

Sup Ikan Selar dengan Sayuran

Itu cerita nasi dan sup. Bagaimana jika anak jangankan nasi, pasta pun ditolak tepi, pulut dipandang sepi? Masakkan jemput-jemput yang telah dikisar sedikit bawang (atau sumber serat yang lain) dengan isi ikan (ini jika anak memang hardcore habis jenis memilih makanan) dan dihidang dengan buah kegemaran. Atau boleh juga buat lempeng (pancake), tetapi sila gunakan tepung gandum penuh, bukan tepung putih yang telah luntur khasiat pentingnya.

Cadangan hidangan sahaja

Cadangan hidangan sahaja

The most important thing, pastikan di atas pinggannya ada karbohirat, serat dan protein. Itu sahaja sifirnya. Hidangkan bersama jus segar. Pastikan juga anak-anak makan dengan 3 kali waktu makan dan 2 kali waktu snek. Saya juga mengalami dilema (dan sedang mengalaminya sebab ada masanya anak-anak saya tidak mahu makan) yang sama. Saya juga banyak kerja rumah perlu diuruskan dan letih kerana memasak tiap-tiap hari setelah pulang dari tempat kerja. Bantu anak kurangkan segala bentuk jajan dan makanan yang mempunyai gula yang tinggi serta kurangkan tekanan di meja makan. Sebarang bentuk supplemen hanyalah langkah terakhir dan diberikan jika perlu sahaja. Jika ingin memberikan anak-anak supplemen untuk melengkapkan nutrisi sekalipun, pastikan anda juga maintain dalam usaha memperkenalkan makanan dan kepelbagaian. Biar anak kenal, mana satu brokoli hijau, mana satu hirisan daging ayam dan apa rasa kentang serta nasi.

Jom memasak untuk anak-anak. Resepi banyak di internet. Anda boleh sahaja manfaatkan enjin carian Google. Atau anda boleh manfaatkan (cuba) beberapa resepi yang telah saya nukilkan di blog ini.

Atau jika anda buntu mengenai idea makanan yang perlu disajikan, boleh emel saya di qiderfirdaus@gmail.com, dan kita boleh berdiskusi panjang. Saya bukanlah seorang pakar nutrisi kanak-kanak, saya hanyalah seorang ibu yang concern mengenai pemakanan yang sihat terhadap anak-anak.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge