8 sebab sakit belakang berulang

sakit-belakang

Saya dan sakit belakang berpisah tiada. Sambil menulis ini pun sangat terasa macam nak menangis dan berbaring tanpa berbuat apa-apa. Hampir berbulan juga saya tidak berjumpa doktor. Agaknya kalau esok saya buat muka kesian di klinik beliau, rasa-rasa dapat tak cuti sakit? 😀

Ada di suatu ketika saya konsisten dengan supplemen, dan sakit belakang saya hilang sementara.

So, kenapa sekarang ada balik?

Ketika saya berjumpa dengan doktor beberapa bulan lepas, beliau ada menyatakan perkara yang menyumbang kepada sakit belakang menjadi lebih ‘hebat’ (dan berulang) apabila :

credit photo : bodyworxbykarina.com

credit photo : bodyworxbykarina.com

1.  Kurang buat senaman ringan (stretching)

Zaman sekarang kita banyak bekerja dihadapan komputer, banyak duduk, kurang bersenam. Ada kalanya terlampau tertumpu di meja, sampaikan lupa kita telah pun berjam-jam duduk. Jadi perjalanan darah itu tersekat. Jadi kalau kurang buat stretching, memanglah kurang lancer perjalanan darah di bahagian belakang.

2.  Berat badan berlebihan

Negara kita kaya dengan makanan. Makanan pula tinggi kalori. Senaman pun malas. Maka, mencanak-canaklah berat badan sampai tidak terkawal. Apabila berat badan tidak terkawal, maka terlebihlah beban buat tulang belakang yang mengampu berat kita. Jadi apabila lebih beban, memanglah sakit belakang.

3.  Postur badan yang tidak dijaga

Tulang belakang kita ini sebenarnya bukanlah lurus betul. Tapi apabila kita berjalan, duduk, kita mesti berada dalam postur yang betul. Postur yang betul bantu sokong tulang belakang kita sebenarnya. Perasan tak kalau kita tegakkan badan, mesti kita rasa lega sangat? Sebab kita berada dalam postur yang betul. Jadi kalau saying tulang belakang, duduk elok-elok, jangan duduk macam orang malas.

4.  Memakai kasut bertumit terlalu tinggi

Ini adalah sangat sinonim dengan kaum wanita. Suka memakai kasut tumit terlalu tinggi. Nak naikkan keyakinan diri katanya. Saya tidak nafikan mengenai hal itu. Saya pun suka memakai kasut tumit tinggi, tapi tidaklah sampai 3-4 inci. Sebenarnya, kasut tumit tinggi bukan sahaja bagi tekanan kepada tumit dan kaki, tapi pada tulang belakang. Tulang belakang kan sokong keseluruhan badan. Saya pun perasan, apabila saya memakai kasut yang tidak bertumit tinggi, sakit belakang saya berkurang.

credit : awesomemoirs.wordpress.com

credit : awesomemoirs.wordpress.com

5.  Tekanan (stress)

Tekanan ini sebenarnya jika berlebihan, ia menggangu serapan nutrient dan aktiviti dalam badan. Paling nampak kesan sekali apabila kita makan ketika tertekan, mesti ada masalah ketidakhadaman, perasan tak? Makanan tidak tercerna dengan betul, macam mana tulang (dan anggota lain) nak dapat zat terbaik untuknya kan? Jadi sila kawal tekanan.

6.  Ketika haid (untuk perempuan)

Umum mengetahui, ketika haid badan perempuan memerlukan nutrisi yang lebih untuk menggantikan nutrisi yang hilang dengan darah haid. Jadi jika kita tidak menggantikan nutrisi secukupnya seperti kalsium, magnesium dan vitamin C, jangan kata sakit belakang bertambah sakit, silap-silap boleh sembelit juga.

7.  Mempunyai sejarah terjatuh

Apabila kita pernah terjatuh, dalam keadaan terduduk atau terlentang, jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, memang akan mengakibatkan sakit belakang di kemudian hari. Saya pernah terjatuh ketika zaman remaja dan mengandungkan si kembar, urat saraf pun rasa sakit kadang-kadang. Jadi jaga-jaga jika anda pernah terjatuh.

epidural

8.  Mempunyai sejarah suntikan epidural / spinal

Tidak semua yang mengambil suntikan epidural/spinal akan mengalaminya. Tapi menurut doktor yang acapkali saya berjumpa, beliau selalu menerima pesakit yang mengadu sakit belakang yang kebanyakannya pernah mengambil suntikan epidural/spinal.

Saya, oh well, saya ada semua perkara di atas. Dem.  Kecuali berat badan berlebihan, Iolls selim jek hehe. Kasut ‘tinggi’ pun dah patah, sob sob.

Anak-anak pula, dah besar-besar pun asyik nak berdukung lagi.

Walau bagaimanapun, saya perlu disiplin untuk kekalkan kesihatan saya. Sampai bila nak merungut sakit belakang tak habis-habis kan?

Saya begitu berharga 🙂

 

One thought on “8 sebab sakit belakang berulang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge