6 Tips memasak dengan pantas setiap hari

cooking

Hari khamis yang lepas, saya sempat  memasak nasi ayam, siap dengan ayam goreng yang diperap bersama sos cili. Ketika saya membungkus bekal makan buat suami, diri sendiri dan adik si kembar (si kembar sudah disediakan makanan di tadika, jadi jika bukan spageti Bolognese, memang saya tidak akan bekalkan apa-apa kepada mereka), saya baru tersedar bahawasanya saya terlupa memasak sup. Nasi ayam apanya kalau supnya tiada? Hampas betul.

Jam sudah pun hampir ke pukul 8 pagi, sudah tidak sempat untuk membuat sup, maka saya terus bergegas bersiap untuk ke pejabat. Untuk sahabat yang mengenali saya, mereka tahu yang saya ini jarang membungkus lauk dari luar. Hatta ketika si kembar masih belum lahir lagi, saya dan suami lebih kerap makan di rumah.

Dan mereka juga tahu, bahawasanya anak-anak saya adalah spesies budak-budak yang suka ummi mereka berkepit 24jam dengan mereka. Memang cemburu habis kalau umminya memasak di dapur. Setakat meraung di kaki ala-ala drama swasta tu dah biasa. Anak-anak yang menyusu badan memang macam itu kot.

Jadi mereka sangat amaze apabila saya kemaskini status dengan masakan saya. Sedangkan sebenarnya, dengan few tricks, saya mampu memasak hampir setiap hari walaupun saya sibuk.

Okey, bagaimana saya memasak dengan situasi rumah yang hectic itu?

1.  Buat jadual

Contoh jadual menu untuk seminggu

Contoh jadual menu untuk seminggu

Jadual memang penting untuk mengurangkan bebanan kepala anda  daripada terlampau berfikir tentang menu tiap-tiap hari. Banyak lagi kot benda lain yang hendak difikirkan dari asyik nak fikir,’eh nak masak ape ye hari ni?’, nak nak pulak kalau dapat suami yang menjawab,’masaklah apa pun’, sabar ajelah. Jadi sila buat jadual, contenglah kat papan putih anak ke, kat peti ais ke atau kalau saya saya simpan dalam kepala, sebab kadang-kadang ada hari saya gatal tukar menu. Antara sebab lain kena buat jadual, memudahkan pembelian barang-barang mentah dan mengurangkan pembaziran duit. Beli benda yang nak masak sahaja. Ini kalau tak plan, mulalah pat ploh kali mengulang ke kedai. Kalau tiba-tiba bangun pagi tu nak memasak, bahan takde, kan dah semput mood? Jadi buat jadual ye.

2.  Ringkaskan menu

Saya kongsikan cara saya. Saya ini spesies manusia yang kena ada sayur kalau nak makan. Jadi kalau masa singkat sangat nak memasak, macam mana nak masak sayur? Satu, saya pastikan main dish itu ialah masakan yang saya boleh letak segala sayur di dalamnya seperti lambakan lobak merah dalam gulai lemak atau bendi dan tomato dalam kari kepala ikan. Kedua, saya rebus sahaja sayur atau pastikan saya beli ulam untuk dimakan dengan main dish. Kan jimat masa di situ. Makan pun makanan yang lengkap dengan nutrisi. Sebab itu juga saya suka memasak masakan barat, sebab masakan barat boleh campak segala sayur, karbo dan protein dalam satu masakan. Anak pun makan berpinggan-pinggan.

3.  Buat pes

Bukan sekadar pes, stok pun saya buat sendiri

Bukan sekadar pes, stok pun saya buat sendiri

Saya memang malas nak baju berbau dengan bawang-bawang. Dengan peluh yang membanjiri ketiak, eii memang tak seronok bila suami ada. Jadi apabila saya memasak satu-satu jenis masakan seperti sambal atau pun gulai, saya akan membuat pes lebih. Saya akan buat sekurang-kurangnya 2-3 bekas kecil yang boleh digunakan untuk 2-3 kali masak (1 bekas, 1 kali memasak). Jadi pandai-pandailah adjust berapa ekor ikan/ayam/daging untuk satu bekas pes tersebut. Saya tidak suka membiarkan bawang yang sudah di kupas dalam peti ais, busuk nanti. Dan saya juga akan bekukan semua pes tersebut, dan hanya yang akan digunakan sahaja saya biarkan segar di bawah. Ini mengelakkan dari cepat berkulat.

4.  Asingkan portion bahan basah

Cara saya simpan bahan mentah

Cara saya simpan bahan mentah

Memang menjadi amalan sedari kecil untuk mencuci SEMUA bahan basah apabila pulang dari pasar (atau pasaraya). Saya tidak akan sekali-kali memasukkan atau menyimpan ikan di dalam peti ais tanpa dibasuh dan dibahagikan mengikut porsi harian. Hatta jika saya pulang dari pasar pada waktu malam sekalipun. Andaikata saya terlampau penat dan hampir tumbang, saya akan pastikan saya akan mencuci sekurang-kurangnya 60% dari bahan basah tersebut. Ikan yang belum di cuci akan saya cuci keesokannya dan menjadikannya sebagai menu untuk hari itu. Ini adalah untuk memastikan kesegaran ikan, ayam atau bahan basah lebih tahan lama sebab tidak melalui proses sejuk beku dan cair berkali-kali.

5.  Nyahbeku bahan basah lebih awal

Oleh sebab saya ibu bekerja di luar rumah, sebelum ke pejabat, saya akan turunkan satu peket (atau bekas) bahan basah yang hendak di masak untuk makan malam pada hari itu ke bahagian bawah peti sejuk. Ini untuk memudahkan proses menyahbekukan bahan basah tersebut. Jika anda mempunyai ketuhar gelombang mikro, bolehlah menggunakan aplikasi nyahbeku, tetapi jika anda seperti saya yang tiada perkakas sedemikian,buat seperti yang saya cadangkan. Jika ia lambat menyahbeku (makna kata peti ais anda memang sejuk betul di bahagian bawah), letakkan peket (atau bekas) mengandungi bahan basah itu ke dalam bekas berisi air dan diletakkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Ia mampu mempercepatkan proses nyahbeku dan bahan basah itu kekal tidak berbau.

  6.  Sinki kosong sebelum tidur

Pastikan sinki anda kosong sebelum anda tidur. Ini sangat membantu proses memasak menjadi lebih cepat. Serta mengurangkan tekanan dalam diri apabila melihat tiada kerja tambahan dalam hal ehwal memasak. Ini baru nak memasak dah kena basuh periuk dulu yang bertimbun-timbun dengan pinggan. Itu sahaja sudah menambahkan penat, belum pun mula memasak lagi. Jadi kosongkan sinki, gemerlapkan pinggan mangkuk sebelum tidur. It really does helps a lot.

Diharapkan tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda memasak untuk keluarga setiap hari. Mak saya selalu pesan, ‘masak ni tak perlu sangat pun pandai, kena rajin ja’.

Tips ini sesuai untuk ibu dan wanita yang super sibuk. Serta kepada ayah dan lelaki yang super sibuk juga.

Selamat memasak dan selamat mempraktikkan tips yang diberi.

Signature_edit2

11 thoughts on “6 Tips memasak dengan pantas setiap hari

  1. Nina Aziz says:

    Tq share tips yg berguna ni..mmg sgt2 bagus utk ibu2 yg bekerja..kdg2 balik keje penat..nk masak apa tah lg..sampai rumah je dah pkul 7..sy nk try la buat pes2 tu time hujung minggu nt..

    • Sama-sama nina, saya selalu je sampai kat rumah dah azan maghrib, mana nak solat mana nak masak, tu belum cerita bab kemas mengemas lagi..terima kasih nina sebab komen kat blog saya ni..saya plan nak share resepi2 pes yang saya buat..

  2. Salam kenal tuan rumah yang rajin memasak 🙂

    Tips ni bagus jugak untuk semua orang nih. Saya pun biasa buat camtu gak. Idea simpan bahan mentah dalam plastik susu tu sangat menarik. Lepas ni boleh simpan siap2 plastik tu. Sblm ni ada terbaca tips untuk kekalkan kesegaran sayur, simpan dalam plastik susu camtu gak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge