6 Tip membuat homemade cookies/biskut supaya kekal lembut (dan pastilah rangup)

(info tip dari wikihow.com)

Disebabkan saya merancang untuk menajalankan projek homemade cookies dan juga homemade crackers untuk anak-anak, maka perlulah saya mengetahui cara penyimpanan yang baik supaya cookies dan crackers tidak rosak begitu sahaja, almaklumlah sudah namanya pun homemade, untuk anak-anak pulak, pastilah tidak diletakkan preservative macam buatan kilang itu.

Di sini saya senaraikan 6 tip yang saya dapat hasil pembacaan saya dibantu oleh enjin carian Chef Google.

1.Tambah sedikit mentega tambahan ke dalam resipi anda.

Seimbangkan jumlah gula dengan mentega dengan teliti. Jika jumlah gula melebihi mentega, akan menyebabkan biskut anda lebih keras dan kurang gebu, tetapi jika anda lebihkan mentega, hasilnya biskut anda akan lebih lembut dan rangup. Walaupun ia menyebabkan pertambahan kalori ke dalam biskut anda, namun ia akan menghasilkan biskut  yang gebu, rangup dengan lebih lama.

Seimbangkan kuantiti mentega dan gula

Seimbangkan kuantiti mentega dan gula

Jika anda concern mengenai pertambahan kalori, mungkin lebih baik jika anda gunakan mentega tanpa garam ataupun masukkan sedikit minyak ke dalam doh biskut anda.

Kebanyakn resepi yang ummi dapat (dan simpan) kebanyakannya tidak menggunakan gula kerana mereka menggantikan dengan penggunaan buah-buahan yang telah sedia manis seperti pisang dan kurma. Jadi ummi tidak perlu risau mengenai gula.

2. Jangan biarkan biskut anda hangus.

Jika biskut anda hangus, mereka terus menjadi keras, bukan beransur menjadi keras. Keluarkan biskut anda apabila ia bertukar kuning keemasan. Jika biskut dibakar dengan sempurna, maka biskut anda akan kekal lembut dengan lebih lama.

kena sentiasa awasi biskut anda

kena sentiasa awasi biskut anda

Pastikan yang biskut anda masak sempurna dan tidak mentah. Anda cuma perlu pastikan bahawa anda tidak membakar biskut terlalu lama. Cari masa yang sesuai untuk anda untuk membakar.

Nak buat biskut ni tidak boleh terlalu multi-tasking, memang kena menghadap biskut di oven je. Ataupun, buat biskut ini bersama pembantu ie adik-beradik. Jangan pula buat biskut sambil layan drama, atau ketika letih dan mengantuk, memanglah selamat jadi arang biskutnya.

3. Biarkan biskut sejuk untuk sementara waktu.

Ambil masa untuk biskut sejuk selama kira-kira dua atau tiga minit, kemudian angkut biskut ke rak penyejukan selama kira-kira sepuluh hingga dua puluh minit. Dengan cara ini, biskut akan lebih cepat kering dan kekal segar. Pastikan bahawa mereka betul-betul sejuk sebelum disimpan.

Biar sekejap di luar oven

Biar sekejap di luar oven

4. Tambahkan sedikit sos epal.

Jika anda gantikkan satu perempat daripada jumlah minyak yang digunakan di dalam resipi dengan sos epal, biskut anda kekal lembut dan mempunyai sedikit rasa buah.

 

rupa sos epal

rupa sos epal

Mungkin ummi perlu mencari resepi bagaimana menyediakan sos epal pula.  Ataupun kena cuba olah beberapa resepi supaya biskut menjadi rangup dan sedap lebih lama.

5. Simpan biskut  anda sebaiknya.

Simpan biskut di dalam bekas kedap udara dan ketatkan. Jika ada sedikit udara udara masuk tidak ditutup dengan betul, biskut akan lebih cenderung untuk menjadi keras. Letakkan bekas kedap berisi biskut itu di dalam peti sejuk (ia akan menjadikan biskut terlampau sejuk, oleh itu pastikan untuk biarkan biskut kembali ke suhu bilik selama beberapa minit sebelum memakannya), bekas hendaklah ditutup dengan baik sebelum meletakkannya di dalam peti sejuk.

Pastikan bekas itu kedap udara

Pastikan bekas itu kedap udara

Kaedah penyimpanan di dalam peti sejuk ini juga membolehkan biskut kekal lebih lama.

  • 6. Tambahkan sepotong roti.

Ini adalah helah klasik yang banyak digunakan dalam penyimpanan biskut. Menambah setengah keping roti ke dalam bekas biskut membantu dalam penyerapan kelembapan roti, oleh itu biskut akan kekal segar dan lembut. Roti akan menjadi keras dalam masa beberapa hari, oleh itu pastikan untuk menukar roti tersebut.

letak sepotong roti

letak sepotong roti

Kepingan epal turut memberi kesan yang sama, akan tetapi mereka akan cepat reput. Oleh itu anda perlu menukarkepingan epal tersebut setiap hari. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menambah sos epal ke dalam doh biskut, ia akan memberikan sedikit rasa buah-buahan ke dalam biskut anda.

Selamat membakar biskut untuk anak-anak 🙂

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

 

2 thoughts on “6 Tip membuat homemade cookies/biskut supaya kekal lembut (dan pastilah rangup)

  1. Farah says:

    Saya merupakan beginner dalam baking. Apabila saya buat cookies, cookies saya terasa seolah-olah seperti kek, lembut dan tidak seperti cookies biasa. Apakah yang perlu saya buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge