6 Makanan Pasca Cirit-Birit dan Muntah

Sudah lama saya tidak kemaskini blog dengan entri terbaru. InsyaAllah perlahan-lahan saya akan ceritakan sebab menyepi terlampau lama. Secara ringkasnya, saya baru sahaja sembuh dari demam denggi dan cirit-birit yang disebabkan jangkitan virus, berjangkit dari si kembar dan adik si kembar.

Disebabkan fobianya saya terhadap jangkitan virus itu yang menyebabkan anak-anak muntah serta cirit-birit yang teruk (sampai turun hampir 2kg seorang), maka saya kembali menjadi disiplin terhadap pemakanan anak-anak.

Punya teruk cirit-birit dan muntah itu, sampaikan adik si kembar siap jatuh tergelincir dan terlentang di atas muntah beliau sendiri! Saya ketika itu sedang rushing nak bersihkan muntah beliau di tempat lain. Allah, ngeri sangat.

Antara makanan dalam proses penyembuhan dan mungkin akan menjadi sesuatu yang kekal dengan disiplin buat kami semua ialah,

Probiotics

1.  Probiotik

Ketika seorang kawan saya mengesyorkan supaya diberikan Yakult kepada anak-anak ketika muntah dan cirit-birit mereka sedang hebat, saya jadi sangsi untuk mencuba. Sebab, selepas mereka minum Vitagen, muntah dan cirit-birit jadi sangat melampau. Mungkin kandungan probiotik dalam Vitagen tidak cukup kuat, atau entahlah, saya tiada jawapannya (mungkin kandungan gulanya tinggi). Sehinggalah akhirnya saya minta anak-anak dirujukkan kepada doktor pakar kanak-kanak, dan pakar itu memperskripsikan probiotik (dalam bentuk supplemen) kepada anak-anak saya (selain juga 2 jenis ubat lain).

Maka sejak itu, sehingga sekarang, disebabkan kami masih dalam fasa recovery maka setiap pagi, saya wajibkan anak-anak makan probiotik sebelum mereka makan. Alhamdulillah, mereka sudah boleh minum susu segar, minum minuman coklat yang mereka suka tanpa muntah dan sudah berselera makan nasi. Selepas habis minggu ini, saya akan pastikan probiotik ada di rumah dan diberikan mungkin seminggu sekali mengikut sukatan. Sebab saya perasan apabila probiotik diberikan, kemudiannya diberikan vitamin, kesannya nampak lebih cepat pada anak-anak.

Iyelah, perut yang sihat, serapan nutrisi pastilah lebih mantap kan?

Wholemeal wheat flour and ears of wheat

2.  Beras perang dan tepung gandum penuh

Selain probiotik, beras perang dan tepung gandum penuh sangat memainkan peranan dalam menjamin kesihatan usus yang baik. Beras dan tepung putih sebenarnya telah melalui suatu proses yang telah menghilangkan sebahagian besar nutrisi penting di dalamnya. Pihak pengilang selalunya akan menambahkan (fortified) vitamin dan khasiat yang hilang itu. Malangnya kita tidak tahu khasiat yang ditambah itu adakah semulajadi ataupun sintetik.

Maka dengan itu, beras perang dan tepung gandum penuh mempunyai nutrisi lebih semulajadi, lebih baik serta kandungan fibernya membantu kesihatan usus yang lebih baik (kecuali kepada orang yang mengalami IBS – irritated bowel syndrome).

Dan ketika proses pemulihan kami yang teruk cirit-birit ini serta mengelakkannya pada masa akan datang, maka saya telah kembali menggunakan tepung gandum penuh untuk anak-anak. Mereka sangat gemarkan pancake, jemput-jemput dan masakan berasaskan tepung, maka oleh itu saya tidak lagi menggunakan tepung putih ketika memasak makanan kegemaran mereka.

Makanan yang kaya dengan vitamin C

3.  Vitamin C dan makanan yang kaya vitamin C

Vitamin C. Dari mana saya nak mula. It is a very well-known vitamin. Selain untuk kecantikan dan berjela lagi kebaikannya, ia juga meransang dalam meningkatkan sistem imun yang baik. Sakit apa pun, vitamin C memang tidak boleh tinggal. Cepat atau lambat penyakit yang kita hadapi itu sembuh, badan kita perlukan vitamin C supaya sistem imun kita cukup kuat untuk lawan segala bendasing penyebab penyakit itu.

Ketika saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan pasca denggi, nasihat beliau cuma, ‘makan vitamin C 500mg tiap-tiap hari, jangan tinggal’.

Kami sekeluarga juga makan banyak buah-buahan dan stok buah tidak pernah banyak seperti sekarang. Suami saya pula, apabila melihat anak-anak suka mana-mana buah, beliau akan kisarkan buah tersebut untuk dijadikan jus. Sebab ketika mereka dijangkiti dengan jangkitan virus pada usus hari itu, mereka lebih berminat untuk minum jus yang ayah mereka sediakan. Jadi semangat nak minum walaupun masih cirit-birit dengan hebatnya ketika itu.

Dalam proses penyembuhan dan pemulihan, vitamin C memang tidak boleh tinggal. Badan kita perlukannya untuk kuatkan sistem imun badan. Jika anda ingin mengambil supplemen, jangan lupa memilih supplemen vitamin C yang selamat.

4.  Multivitamin

Selain vitamin C, dalam fasa pemulihan sistem badan, multivitamin juga perlu diambil. Ia terpulang kepada anda sebenarnya nak makan atau tidak. Tetapi saya dapati, selera makan kami semua menurun dengan hebatnya selepas jangkitan virus pada usus itu. Bagaimana badan nak lawan penyakit, jika badan tidak cukup tenaga dan nutrisi?

Jadi saya dan anak-anak ambil multivitamin, disamping makan makanan lain sedikit demi sedikit. Banyak minum air. Selepas seminggu, dengan sedikit pergerakan (tidak memerap di rumah semata-semata) alhamdulillah, kami sudah kembali berselera untuk makan. Tetapi multivitamin tetap tidak tinggal dalam diet kami, sebagai pelengkap nutrisi dan pemberi tenaga ekstra.

Multivitamin ini sebenarnya sebagai pelengkap nutrisi. Ketika kita dalam fasa pemulihan, badan kita sedang hebat membaiki sistem badan. Akan tetapi tanpa nutrisi yang cukup, badan tidak akan mampu berfungsi dengan baik dan mungkin akan melambatkan pemulihan. Jadi untuk cepatkan pemulihan, kami makan multivitamin, aktif dan paksa untuk makan makanan lain juga.

olive oil

5.  Minyak kelapa dara dan minyak ikan

Minyak kelapa dara dan minyak ikan kaya dengan omega-3. Begitu juga minyak zaitun dara. Dengan pengambilan konsisten dapat membantu pemulihan badan dengan cepat. Hal ini kerana, omega-3 berfungsi dalam meningkatkan sistem imun badan. Apabila sistem imun kita hebat, maka lebih cepatlah pemulihan dalam badan berlaku.

Ikan yang berminyak seperti salmon dan ikan merah juga kaya dengan omega-3. Jadi untuk serapan omega-3 yang berkesan dalam badan kita, makanlah makanan yang kaya dengan omega-3 sebelum mengambil minyak kelapa dara atau minyak ikan. Kacang walnut dan flaxseed juga kaya dengan omega-3.

Anak-anak saya wajib ambil minyak kelapa dara selepas makan. Alhamdulillah, setakat ini, selera makan mereka menjadi semakin baik, cirit birit dan muntah sudah berhenti sepenuhnya, dan mereka kelihatan lebih sihat.

sayur dimasak

6.  Makan sayur yang dimasak

Sejak terkena jangkitan virus itu, saya jadi fobia untuk makan ulam di luar rumah. Saya hanya akan makan sayur yang dimasak sahaja. Jika teringin hendak makan sekalipun, saya akan beli dan makan di rumah. Sayur yang dimasak, sekurang-kurangnya kita yakin kuman banyak yang mati, berbanding ulaman yang hanya mungkin direnjis-renjis air di atasnya tanpa dibasuh dengan betul.

Oh betapa saya mengharapkan tahap kebersihan makanan di kedai lebih baik.

Betapa fobianya saya melihat anak-anak yang muntah dan cirit-birit non-stop sampaikan saya yang blood pressure masih rendah, badan masih kurang sihat, mengagahkan diri untuk masak buat anak-anak.

Semoga kami semua akan lebih sihat dan beringat selepas ini. Sakit terlampau lama really takes a toll on me. But now, I already have all the rest I need alhamdulillah. Sakit pun sebenarnya nak mengajar kita banyak perkara.

Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat buat semua.

Signature_edit2

One thought on “6 Makanan Pasca Cirit-Birit dan Muntah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge