5 Tips menjaga si kembar ketika dalam pantang

Pantang oh pantang

Pantang oh pantang

Setelah mengharungi tempoh mengandung yang mencabar akhirnya si kembar yang ditunggu-tunggu lahir. Tidak kiralah anda melahirkan si kembar anda melalui kaedah vaginal birth atau caesarean, yang penting anda dan bayi kembar anda selamat.

Perkara yang paling penting buat ibu si kembar ialah mendapatkan kembali badan yang kekal cergas di samping menjaga si kembar.  Sangat penting buat ibu si kembar berpantang sebaik mungkin kerana dengan berpantang, ibu akan mendapatkan kembali kecergasan dan kesihatan yang lebih optimum setelah tempoh berpantang selesai. Dalam tempoh berpantang ini merupakan sesi pembelajaran buat ibu, ayah dan keluarga terdekat cara menjaga si kembar. Akan tetapi bagaimanakah menjaga si kembar ketika anda sendiri masih kurang sihat sepenuhnya?

Di sini saya kongsikan tips menjaga si kembar ketika ibu si kembar masih berpantang (confinement mode).

  1.  Bersedia lebih awal

Buat satu senarai semak (checklist) terhadap perkara atau orang yang anda perlukan ketika tempoh berpantang. Anda nak siapa yang jaga anda, apa keperluan berpantang, cara menyusukan bayi, barang-barang yang menyokong penyusuan si kembar, ilmu menyusu, ilmu berpantang,dan pelbagai lagi. Senarai semak ini penting supaya anda tidaklah terlampau lost seterusnya membuatkan anda panik apabila berhadapan dengan situasi ketika di dalam pantang. Orang dalam pantang kena rehat minda dan fizikal tau.

2.  Anda perlu bantuan orang lain (suami/penjaga pantang)

Menjaga dua (atau lebih) bayi dalam satu masa sememangnya mencabar. Ibu yang melahirkan bayi-bayi tersebut pula masih dalam keadaan lemah dan sangat tidak dibenarkan untuk terlalu aktif. Jadi ibu sangat memerlukan pertolongan (atau kerjasama) dari ayah si kembar atau dapatkan penjaga ketika anda dalam pantang. Anda sangat memerlukan pertolongan sebanyak-banyaknya dari orang lain ketika ini. Jadi dapatkannya dan pastikan anda telah betul pasti bantuan atau orang yang akan bantu anda sepanjang tempoh berpantang. Pastikan juga anda memrikan pemahaman secukupnya kepada pembantu yang menjaga anda (atau suami) tentang penyusuan bayi dengan susu ibu sebelum bersalin. Ini mengelakkan sebarang salah faham selepas si kembar lahir.

3.  Buat jadual pengurusan si kembar

Untuk memudahkan dan melicinkan pengurusan si kembar, buat jadual. Tak semestinya kena tampal besar-besar. Cukup untuk anda dan suami atau pembantu tahu yang pukul berapa menyusu dan pukul berapa tidur dan pukul berapa jangan bagi tidur (sebab nak ajar mereka supaya tidur malam lebih lama). Apabila ada jadual, mudah untuk anda sendiri nak bergerak, ambil masa untuk diri sendiri, nak timing waktu di dalam tandas or having a nice hot coffee peacefully. Jadi sila buat jadual.

4.  Susukan si kembar pada satu masa yang sama

Selain jadual, menyusukan si kembar serentak melicinkan most of hal-hal pengurusan si kembar. Contoh, mereka akan disendawakan pada waktu yang sama, dicuci najis (lepas minum susu kan selalunya bayi mesti nak beraklah, kencinglah) dan ini memudahkan si kembar tidur lebih lena. Ibu dan ayah pun tidak perlu letih dengan endless chore dengan si kembar. Jika salah seorang kembar masih tidur ketika kembarnya yang satu lagi (atau yang dua dan tiga lagi) sudah bangun, jangan sayang-sayang untuk kejutkan dia bangun dan minum susu bersama-sama kembarnya. Ini membantu mengajarnya terhadap waktu tidur dan menyusu serta makes your life easier afterwards. Saya dulu menyusu seorang-seorang, sakit pinggang Allah sahaja yang tahu. Mata tak jadi panda sebab makan supplemen je. Tapi letih tu memang membunuh. Jadi kurangkan keletihan dengan susukan mereka serentak.

5.  Jika perlukan masa untuk bertenang, demand it right away

Satu perkara paling praktikal ketika di dalam pantang dengan anak kembar ini ialah, walau bagaimana sempurna pun rancangan dan senarai semak anda sebelum bersalin, akan terdapat satu dua perkara yang memerlukan anda untuk membantu. Jadi jika anda menyusu si kembar dengan susu badan, maka di sinilah perlunya untuk mula buat stok susu perahan segar. Hal ini kerana, jika anda memerlukan masa untuk berehat, dan mungkin anda tidak mampu kawal emosi ketika si kembar menangis tidak berhenti-henti serta ada perasaan tertekan, minta suami atau pembantu susukan si kembar dengan susu perahan tadi. Anda bergerak ke suatu ruang lain untuk membuang segala perasaan negatif atau buat sesuatu yang menggembirakan anda. Adalah penting untuk anda kekal waras ketika berpantang.

Mempunyai anak kembar memang mencabar, tetapi jika bijak dan membuat persediaan awal, anda boleh melakukannya.

Ketika si kembar masih dalam hari

Ketika si kembar masih dalam hari

Pesanan kepada ayah si kembar, tolong jaga ibu si kembar sebaiknya ketika beliau di dalam pantang. Adalah penting untuk ibu si kembar sihat sepenuhnya ketika dalam pantang demi kelansungan keceriaan beliau selepas pantang. Apabila ibu si kembar sihat dalamannya, lagi cergas beliau menguruskan si kembar, jadi ayah si kembar tidaklah patah tangan kena handle si kembar seorang diri. Or worst, terpaksa makan lauk kedai yang sangat tidak ekonomi sebab ibu si kembar selalu letih.

Selamat menjaga si kembar dan selamat berpantang buat ibu si kembar.

Hanya orang yang terpilih dan mampu sahaja akan dianugerahkan si kembar. Jadi anda boleh, dan anda mampu. Percayalah.

Kuat semangat!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge