5 perkara  yang anda perlu buat apabila positif mengandung kembar

Pada hari raya aidiladha tahun lepas, saya dipertemukan oleh Allah dengan seorang ibu yang berkemungkinan mengandung kembar. Kandungan beliau sekarang merupakan kandungan yang ketiga dan beliau mengalami sedikit pendarahan. Beliau sudah pun menjalani pemeriksaan dengan doktor dan diminta datang semula dua minggu kemudian.

Alhamdulillah kami dipertemukan kerana beliau dan suami memang mencari pasangan atau ibu yang pernah mengandung anak kembar. Sebab itu, kita kena percaya kepada pertolongan Allah, jika kita memang perlukan pertolongan, insyaAllah akan sampai bantuan tersebut.

Dan saya juga telah bercerita sedikit sebanyak mengenai pengalaman saya dan suami ketika mengandungkan si kembar dahulu. Seronok saya dapat membantu dan berjumpa dengan mereka.

Jadi saya yang gatai tangan menulis dan gatai kepala mencari idea, mulalah mengarang satu entri mengenai hal ini.

Chill mom

Chill mom

Ok, apa nak buat apabila positif mengandung kembar?

  1.  Cari ilmu, ambil tahu

Rileks, jangan panik tak tentu pasal. Perkara pertama ibu dan ayah perlu ambil tahu ialah ilmu. Ilmu mengenai kandungan kembar, alahan dan komplikasi yang mungkin ibu hadapi. Ilmu mengenai penjagaan ibu yang mengandung kembar, cara penjagaan kembar di awal kelahiran dan ibu yang berpantang. Ilmu penyusuan kembar serta cara menguruskan kembar bersama adik beradik lain jika ada.

2.  Cari pasangan yang mempunyai anak kembar

Mengapa pulak sampai nak cari-cari orang ni? Inilah masanya untuk anda membina support group yang akan membantu anda setelah si kembar dilahirkan. Mereka akan membantu anda dari segi moral support dan pengalaman yang mereka ada dari mengandung sehinggalah penjagaan si ibu dalam pantang dan si kembar di awal-awal kelahiran mereka. You’ll need them to turn to when you feel it was too much for you to handle everything. They will know how to advice you would not forget to include few tips for you too.

3.  Jika anda membuat pilihan untuk menyusu badan

Mula hypnotize diri bahawa ‘anda boleh menyusukan mereka’, ‘susu anda cukup untuk mereka’ dan lain-lain kata positif yang memungkinkan kejayaan penyusuan anda. Dulu saya selalu cakap pada diri sendiri macam tu, sebab saya memang betul-betul ingin menyusukan anak kembar saya. Selain itu, anda dan suami perlu cari ilmu mengenai penyusuan kembar,posisi penyusuan kembar,dan anda juga perlu mula survey pam perahan yang bersesuaian dengan bajet anda. Belajar juga cara memerah susu menggunakan tangan (teknik marmet), luck favoured the prepared.

4.  Kenalpasti risiko yang anda hadapi

Memang rasa best sangat apabila mengandungkan anak kembar. Tetapi ibu yang mengandung kembar selalunya terdedah dengan risiko kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, preeclampsia dan lain-lain. Itu belum lagi cerita jika si kembar songsang di akhir kandungan. Jadi sentiasa waspada dengan keadaan kesihatan anda dan ambil tahu setiap risiko dan langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko. Sentiasa berbincang dengan doktor jika anda merupakan ibu-ibu yang memang berisiko. Always trust your instinct, and to make sure your instinct guided you to the right path, you must have lots of knowledge.

  5.  Jaga diri anda dan bayi-bayi dalam kandungan sebaiknya

Jika anda mengalami alahan yang teruk (macam saya dulu, alahan sepanjang hari, hampir langsung tiada selera untuk makan), kuatkan semangat untuk bertabah dalam menghadapinya. Kalau ada manusia-manusia yang kurang faham keadaan anda dan berkemungkinan besar mereka tidak pernah mengandungkan/tiada anak kembar, anda boleh bolayan dengan segala remarks dari mereka. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang memahami keadaan anda. Anda perlukan kekuatan fizikal dan mental yang optimum dalam menghadapi tempoh mengandungkan anak kembar. Berhati-hati apabila berjalan dan seboleh-bolehnya elakkan diri anda dari terjatuh. Jika anda ingin melakukan senaman ringan, lakukan mengikut kemampuan. Jaga makan, jaga kesihatan kerana ada perlukan badan yang fit setelah si kembar anda lahir. Dan sila jangan langgar pantang selepas bersalinkan si kembar.

Mengandungkan anak kembar memang mencabar, terutamanya dari segi fizikal (letih, alahan yang teruk pada sesetengah ibu,risiko penyakit) dan mental yang dipengaruhi dengan keletihan fizikal. Tetapi cabaran tidak berhenti di situ, cabaran ketika menjaga mereka ketika ibu masih dalam pantang, cabaran menyusu dan lain-lain lagi. Oleh itu, hadapilah tempoh mengandungkan si kembar dengan tabah, kerana anda perlu untuk kekalkan momentum ketabahan anda itu selepas mereka lahir. Enjoy your twin pregnancy too, sebab tidak semua dianugerahkan dengan pengalaman seperti anda.

Ummi dan tokwan si kembar ketika 6 months twins pregnancy

Ummi dan tokwan si kembar ketika 6 months twins pregnancy

Ibu dan ayah si kembar memang memerlukan jiwa yang kental. Apabila jiwa cukup kental, semuanya pun nampak ok, boleh handle je 🙂

Bertabah, kuat semangat, you can do this.

Signature3

 

10 thoughts on “5 perkara  yang anda perlu buat apabila positif mengandung kembar

    • Betul tu, seronoknya bila tau dapat kembar, tapi nak mengharunginya agak perit walaupun tak semua mengalami macam tu..saya cuba komen di blog tuan, malagnya fail, kenapa ya?

  1. nadiah says:

    salam perkenalan…seronok baca diary kembar nie….sy pun disahkan mengandung kembar..kandungan bru msuk 3bulan ja..lepas nie boleh la sy tny pengalaman masa mngndung ank kembar nie 🙂

  2. Terima kasih atas perkongsian pengalaman puan. Saya juga bakal melahirkan anak kembar. Banyak ilmu yang saya perolehi dari blog puan. Terima kasih.

  3. Iffatul Husna Halidan says:

    Seronok baca entry puan, saya disahkan mengandung kembar. usia kandungan baru 13 minggu. Banyak benda saya kena belajar since ini kendungan pertama saya.. 😀

    • Samalah dengan saya dahulu, anak kembar saya juga merupakan anak sulung saya.

      Banyakkan membaca mengenai kelahiran kembar secara alami (spontaneous vaginal birth of twin), baca mengenai kelahiran alami, pergi ke kelas bersalin dan membaca sebanyaknya mengenai penyusuan si kembar.

      Semoga Allah mudahkan dan tunjukkan jalan.
      Qider recently posted…Sourdough Plain LoafMy Profile

  4. Nor Zalina Kamarudin says:

    sy br lahirkan bb kembar (hr ke 41) ank ke 3&4.
    kembar 1 sng nk diuruskan berbanding kembar 2.
    kembar 1:
    -akn tidur sndr slps perut kenyang menyusu.
    -waktu menyusu ontime, setiap 2jam (bln pertama)(setiap 3 jam (memasuki bln ke 2)
    kembar 2:
    -setiap masa meragam(menangis) bila sampai masa menyusu dan nk tidur.wlupn sudah kenyang dan masih di atas pangku si adik ttp menangis.kdg kala buatkn sy turut menangis sbb sy x tau kenape dia begitu.perut x kembung.pampers pn x penuh.kata org bb kembar mmg begitu..klu 1 ok..1 lg agk manja.sgh dia manja..org lain x boleh nk handel dia.cuma sy seorg shj. kadang2 kesian dgn si abg..x sempat nk bonda bonding dgn sy.kebanyakan ms sy dgn si adik.soalan sy
    – mmg begitukah keadaan kembar 2.
    -bagaimana utk sy redakan si adik sbb dia bnyk menangis (sgt risau)

    • Assalamualaikum Puan,

      Maaf ya saya baru sahaja membaca komen puan.

      Begini puan, anak kembar tidak stereotype.
      Makna kata, anak kembar saya kelakuan mereka tidak akan sama dengan anak kembar puan.

      Menjadi mak kembar ni, satu perkara penting yang kita kena ada, ada masa pendapat orang itu hanya panduan, yang lainnya mother’s instinct.

      Tidak semua anak kembar kedua sama perangainya.
      Anak kembar saya perangai sama ketika bayi. Menangis sama2, tantrum sama2, nak menyusu nak berak, semua sama ..

      Boleh saya tahu puan melahirkan anak kembar puan secara normal atau cesarean?
      Kadang kaedah kelahiran pun memberi impak kepada anak kembar ketika dalam pantang dan seterusnya selagi tidak dibetulkan.

      Perkara pertama yang puan perlu buat,doa kepada Allah tunjukkan cara dan bantu puan handle anak-anak kembar puan dengan baik, disamping adik beradik yang lain.

      Berhenti risaukan anak kembar kedua itu. Apa yang ibu rasa akan multiply kepada anak. Puan sentiasa rasa best-best je pasal anak itu. Dia senang dijaga seperti kembar pertama, senang tidur, senang menyusu. Kalau kita asyik membenarkan bahawa dia manja, dia susah dijaga, dia itu dan ini, itu sudah menjadi doa puan untuk dia, maka begitulah dia akan jadi.

      Kedua, jika dia memang nak cuddle dengan puan sahaja, so let it be. Maka puan peluklah dia banyak-banyak. Ada banyak masa lagi yang kita akan berjauhan dengan anak-anak kembar kita, cuma sekarang masa untuk dia melekap tak nak tanggal, cherish it while you can. Memang puan rasa satu pekebenda pun tak boleh buat. Tapi ini ja masa yang anak itu minta, cuba penuhi permintaan dia.

      Itu dulu buat masa ini.
      Saya tahu ia tidak mudah buat puan sebab situasi semua orang tidak sama, tapi saya berdoa pada Allah moga Allah bantu puan sebaiknya.

      Take care ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge