10 tips untuk anak-anak yang memilih/cerewet makan

(sumber info : mayoclinic.com)

Sejak si kembar berusia satu tahun lebih, mereka telah mula menolak nasi sebagai makanan ruji. Maka bermulalah episod ummi mereka mempelbagaikan masakan daripada jemput-jemput sehinggalah ke pasta. Perkara ini memang sangat menguji kesabaran saya kerana terpaksa memasak dua set masakan. Tetapi setelah keadaan ini berlarutan sehingga sekarang, saya rasa ini mungkin berkait rapat dengan psikologi, persekitaran dan mewarisi tabiat saya sendiri. Ya , saya suka memasak tetapi tidak berapa suka makan (tidak makan terlalu banyak,adakalanya saya hanya makan nasi dengan sayur-sayuran sahaja). Sebab itulah saya mengambil supplemen Shaklee untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam diet saya.

Memang suka sup

Memang suka sup

Apabila kami pulang ke kampung, adakalanya mereka makan dengan begitu berselera, adakalanya sanggup ‘gerit’ biskut kering seharian. Daripada pemerhatian yang lebih setahun ini,akhirnya saya mengambil langkah untuk tidak memaksa mereka makan, tetapi menggalakkan mereka makan. Jika mereka makan sedikit, Alhamdulillah (daripada tidak makan langsung kan?), tidak mahu makan langsung (seperti nasi atau mee atau pasta), saya akan pastikan mereka makan buah dan biskut dan minum susu atau jus dengan kerap. Saya juga turut menambahkan supplemen dalam diet mereka, tetapi yang bersesuaian sahajalah.

Di sini ada 10 tip dari MayoClinic.com untuk kita amalkan bersama.

1. Hormati selera anak anda – atau yang tiada selera langsung

Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka makan ketika waktu makan. Begitu juga, jangan merasuah atau memaksa anak anda untuk makan makanan tertentu atau menghabiskan makanan. Ini hanya akan menyebabkan anak anda memberontak dengan lebih teruk terhadap makanan. Di samping itu, ia akan menambahkan tekanan kepada anak anda apabila datang waktu makan. Hidangkan bahagian-bahagian kecil untuk mengelakkan anak anda berasa tertekan dan berikan dia peluang untuk bebas memilih sama ada sudah cukup atau menambah lagi makanan.

makan berjemaah pun menyeronokkan

makan berjemaah pun menyeronokkan

Paling penting pada saya, jangan wujudkan tekanan di meja makan. Jika anak-anak tidak mahu makanan yang kita tawarkan, minta mereka makan bahagian yang mereka suka, atau setakat yang mereka mahu sahaja.

2. Disiplin dengan waktu makan

Hidangkan makanan dan snek pada masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan, dan tawarkan air putih di antara waktu makan dan snek. Membiarkan anak anda untuk minum hanya jus atau susu sepanjang hari mungkin mengurangkan selera makan beliau untuk makan.

Untuk disiplin memerlukan pengursan masa yang baik. Adakalanya saya biar sahaja baju tidak berbasuh, bersidai atau lambat dilipat, semata-mata memastikan anak-anak makan ketika waktu yang sepatutnya mereka makan.

3. Bersabar apabila memperkenalkan makanan baru

Anak-anak kecil selalunya akan menyentuh atau mengambil bau pada makanan baru, dan akan meletakkan sebahagian kecil ke dalam mulut mereka dan kemudian mengeluarkannya kembali. Anak anda mungkin memerlukan pendedahan berulang kali kepada makanan baru sebelum dia betul-betul menyukainya (pastu terus ngap tanpa disuruh haha). Galakkan anak anda makan dengan bercakap mengenai warna, bentuk, aroma dan tekstur  – tidak hanya ketika rasanya sedap sahaja. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.

bagi makan sendiri je, habis licin

bagi makan sendiri je, habis licin

Ini memang menguji. Menguji kesabaran ibu untuk terus menyediakan makanan untuk anak-anak dan terus positif walaupun anak-anak makan seciput je.

4. Jadikan masa makan menarik

Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka (lebih elok ibu-ibu cuba buat sos sendiri). Potong makanan ke bentuk yang pelbagai menggunakan pemotong cookies (alah yang bentuk  bunga, beruang, ikan tu). Ataupun tawarkan makanan sarapan pagi untuk makan malam misalnya. Hidangkan pelbagai jenis makanan dengan penuh warna-warni di pinggan mereka.

credit : lifehacker.com

credit : lifehacker.com

Saya dan suami sentiasa cuba untuk jadikan masa makan itu membahagiakan. Suami sentiasa memastikan anak-anak makan bersama kami walaupun most of the time kami terpaksa menyuap mereka sambil kami makan.

5. Libatkan mereka dalam penyediaan makanan

Apabila di kedai runcit contohnya, minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan sihat yang lain. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda bilas sayur-sayuran, kacau adunan atau menghidang makanan.

Walaupun si kembar baru menginjak ke 3 tahun (bulan ogos ini) dan adik mereka belum pun dua tahun, saya adakalanya mengajak mereka bermain adunan donut atau bercerita tentang sayur yang saya potong (ini jika sempat).

6. Anda harus menjadi contoh teladan yang baik

Jika anda makan pelbagai makanan yang sihat, anak anda akan lebih cenderung untuk mengikutinya.

Ini kalau ibu ayah pun suka makan jajan, sayur dalam bihun pun dikuis-kuis, jangan haraplah nak larang anak daripada makan jajan atau memaksa  mereka sukakan sayur.

7. Ibu mesti kreatif

Tambah brokoli yang dipotong atau lada hijau ke dalam sos spageti, taburkan dengan hirisan buah-buahan  di dalam mangkuk bijirin , atau campurkan parutan zucchini dan lobak merah ke dalam casseroles dan sup.

play-with-your-food

Ataupun, untuk tekak Malaysia, susun ikan bilis, telur dan lobak merah di sekeliling nasi lemak mereka atau goreng mee dengan sayuran seperti  lobak merah, sayur sawi dipotong kecil dan tauhu goreng.

8. Kurangkan gangguan

Matikan televisyen dan alat elektronik lain semasa makan. Ini akan membantu tumpuan anak anda semasa makan. Perlu diingat bahawa iklan televisyen juga boleh menggalakkan keinginan anak anda untuk makanan manis.

layan upin-ipin sampai lupa makan

layan upin-ipin sampai lupa makan

Ini saya masih berusaha. Jika terpaksa makan dengan mereka selalunya saya suap mereka ketika mereka asyik menonton Ultraman. Kalau tak mahu makan, ummi tutup Ultraman, haha.. Agaknya nanti apabila sudah boleh bercakap, semuanya perlu disiplin makan di meja makan.

9. Jangan tawarkan manisan/ pencuci mulut sebagai ganjaran

Dengan menawarkan pencuci mulut sebagai ganjaran akan menghantar mesej bahawa pencuci mulut adalah makanan yang terbaik dan hanya meningkatkan keinginan anak anda untuk gula-gula. Anda mungkin memilih satu atau dua malam seminggu sebagai malam pencuci mulut, dan skip pencuci mulut untuk sepanjang minggu – atau mentakrifkan pencuci mulut sebagai buah-buahan, yogurt atau pilihan lain yang sihat.

Ok, yang ni memang kena ubah. Kadang-kadang ummi ada juga offer aiskrim jika nasi dihabiskan. Lepas ini kena offer benda lainlah. Yogurt memang perlu disembunyikan, kalau tidak kenyang dengan yogurt je.

10. Jangan jadi tukang masak ala-carte

Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makan asal mungkin menggalakkan anak anda untuk memilih makanan. Galakkan anak anda untuk duduk di meja ketika waktu makan yang ditetapkan – walaupun dia tidak makan. Pastikan sentiasa hidangkan makanan yang sihat untuk anak anda sehingga mereka menjadi biasa dan akhirnya menyukainya.

Spageti memang favourite

Spageti memang favourite

Ini memang ummi kena ubahlah. Sanggup masak macam-macam semata-mata nak make sure anak-anak makan. Itu yang penat tak terhingga jadinya. Ok, lepas ini kita ikut menu harianlah anak-anak ye.

MayoClinic juga sarankan untuk kita buat satu log makanan untuk anak-anak. Perhatikan apa yang mereka makan, jenis makanan dan banyak mana yang mereka makan. Mungkin ini agak membebankan bagi ibu bekerjaya seperti saya (yang bekerja dari rumah pun sama), tetapi jika tidak sekarang, bila lagi masa yang sesuai untuk bentuk anak-anak supaya makan secara sihat. Tidak perlu pun nak masak sampai dua tiga lauk. Kombinasikan satu lauk itu supaya ada protein, karbohidrat dan fiber. Kreatif ibu, kreatif!

Ia memang susah, tetapi yang susah tu selalunya berbaloi. InsyaAllah. Sabar itu besar dan berat, sebab itu apabila bersabar, kita dapat pahala.

Signature_edit2

 

3 thoughts on “10 tips untuk anak-anak yang memilih/cerewet makan

  1. Han ReyLagnas says:

    fie, best topik ne.. currently having the difficulties masa makan dak dua org ne…

    pasal pasang tv/electronic lain masa makan, dgn sofie lain sikit.. kalau tengah pasang filem animasi, cepat je mulut dia mengunyah.. kadang2 semangkuk tu x ckup, dia nak lagi..tp xde la sampai overdose makan hehe..syifa setakat ne kuat makan banding kakak dia.. cuma jenis makanan kena pilih sebab dia ada alergik dengan setengah jenis makanan..

    Anyway fie, tahniah ^_^

    • Thanks rey, actually sebab si kembar ni memang problem bab makan,ikut suke deme je nak makan..dahla ada alergik jugak, tapi kalau boleh tak nak ajar anak makan depan tv/katun sebab itu boleh bagi kesan tak elok bila besar nanti, sekarang memang best sebab dia mau makan depan tv, tapi dah besar risau jadi obesiti sebab asal depan tv je nak mengunyah..

      kita sebagai ibu2 ni memang kena kuat semangat,mohla kita bagi yang terbaik pada anak2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge