10 Cara Semulajadi Untuk Mendapat Anak Kembar

Sebenarnya sudah lama saya membaca mengenai kaedah untuk mendapatkan anak kembar SELEPAS saya sendiri disahkan hamil anak kembar saya.

SELEPAS tau, bukan sebelum.

Walaupun sebenarnya saya memang ada cita-cita mahukan anak kembar. Jiran pun kembar, junior sekolah, rakan sekelas pun kembar hatta kawan seuniversiti pun kembar. Mana ahkak tak teruja cek oii. Tapi, ketika di universiti, saya belajar satu perkara, anak kembar ini sebenarnya tidak suka apabila orang lain memandang mereka sebagai kembar, bukan sebagai individu.

twins-fetal-development-week-36

Apabila saya sendiri mempunyai anak kembar, dan walaupun anak-anak saya sedang dalam fasa belajar bercakap, I can see it well. Saya sendiri pun tidak suka orang lain overly excited dengan anak kembar saya.

Hanya yang mengalami sahaja akan memahami kan?

Kami, ibu ayah si kembar, selalu sahaja ditujah dengan Frequently Asked Question (FAQ),

‘Ada petua tak nak dapat anak kembar?’

I always tried my best to smile and not to roll my eyes…………with difficulty.

Sebab itu akhirnya, saya menulis entri Petua anak kembar dan Keluarga si kembar dan falsafah kerjasama.

Dan kali ini, saya kongsikan 10 cara semulajadi yang memungkinkan peluang untuk mengandungkan si kembar. Ia tidak semestinya sesuai untuk semua orang ye.

1.  Pengambilan Folat dengan konsisten

Ada kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang mempunyai kandungan folat tinggi dalam badan (atau mengambil folat dalam pemakanan/supplemen) akan meningkatkan 40%  peluang kehamilan kembar. Akan tetapi ada juga kajian yang menunjukkan sebaliknya.

Namun untuk anda, wanita yang sedang berusaha untuk hamil, sangat digalakkan untuk konsisten dalam pengambilan folat. Ia dapat mengelakkan neural tube defects dan membantu menstabilkan hormon wanita.

2.  Pengambilan produk tenusu

Kajian menunjukkan wanita yang mengambil produk tenusu yang banyak di dalam diet mereka adalah lebih berpeluang hamil anak kembar. Ini disebabkan oleh Insulin-like Growth Factor (IGF) dalam lembu dan mungkin beberapa hormon yang terlebih dahulu disuntik kepada lembu-lembu ini.

Saya memang peminum tegar susu dan pemakan produk tenusu. Akan tetapi saya lebih sukakan yang segar dan minum susu lembu (juga susu kambing) yang organik.

3.  Umur yang meningkat

Wanita yang lebih dewasa (berumur, tapi tidaklah sampai umur putus haid tu), lebih berpeluang untuk hamil anak kembar. Saya pernah membaca, umur 30 tahun ke atas adalah sangat cerah peluang untuk mendapat anak kembar.

Wanita yang lebih dewasa akan menghasilkan hormone peransang folikel (FSH) yang lebih tinggi jumlahnya yang meningkatkan penghasilan ovum lebih dari satu. Akan tetapi, kadar kesuburan akan turut sama turun dengan meningkatnya umur. Jadi janganlah tunggu lama sangat untuk mengandung semata-mata untuk mendapat anak kembar.Nanti jangankan anak kembar, nak hamil seorang pun belum tentu apabila umur sudah jauh meningkat.

kembar_rajah

4.  Hyperovulation

Apabila dua atau lebih ovum (telur) dikeluarkan ketika ovulasi berlaku. Ini boleh berlaku kerana genetik, putus haid, umur, mengambil ubi cassava dan pelbagai sebab hormon lain.

5.  Genetik keluarga

Ia sebenarnya lebih kepada genetik di sebelah ibu.  Jika keluarga sebelah ibu mempunyai sejarah kehamilan dan kelahiran anak kembar, maka peluang ibu itu untuk hamil anak kembar adalah lebih tinggi.

Ini adalah kerana hyperovulation genetic. Pastilah ibu yang akan mengalami ovulasi, bukan ayah kan? Maka genetik ini diwarisi dari keturunan sebelah ibu.

6.  Ketinggian

Wanita yang memiliki ketinggian dan julat berat badan sederhana atau lebih mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil kembar. Selain itu, peluang akan lebih tinggi jika ibu itu seorang yang aktif bersenam.

Salah seorang kawan saya yang juga mempunyai anak kembar memang jatuh dalam kategori ini. Ibu cantik itu memang tinggi betul. Saya yang melompat apabila mengetahui beliau mengandungkan si kembar. Okey, saya memang over, most of the times.

Menyusukan bayi tidak mudah, tetapi tidakla terlampau susah

7.  Penyusuan Susu Ibu

Jika anda masih menyusukan bayi anda sehinggalah hamil, dan masih lagi meneruskan penyusuan tersebut, kajian ada menunjukkan kemungkinan untuk mendapat anak kembar lebih tinggi.

Ketika saya mengandungkan adik si kembar, saya masih lagi menyusukan si kembar. Namun, saya tidak termasuk dalam kategori ini.

8.  Jumlah anak yang ramai

Semakin tinggi jumlah anak anda, maka semakin tinggi peluang untuk anda hamil dengan anak kembar. Sebab itu, jika anda perhatikan, anak kembar ini selalunya anak ketiga, keempat atau pun bongsu. Jarang anak kembar yang sulung.

Tetapi saya dan beberapa kawan yang lain direzekikan Allah dengan kelahiran anak kembar sebagai our first born. Ada juga yang dua dan tiga kali dianugerahkan kembar. Hebat sungguh kuasa Allah kan?

Makanan yang kaya dengan Kalsium

9.  Pengambilan Magnesium / Kalsium

Saya tidak berjumpa link berkaitan ini, tetapi saya ada membaca pengambilan kalsium boleh menaikkan peluang untuk hamil kembar. Ini juga mungkin berkait rapat dengan pengambilan produk tenusu seperti yang saya nyatakan di atas. Sebab produk tenusu memang kaya dengan kalsium dan magnesium.  Akan tetapi janganlah sampai overdose pula.

10.  Percubaan untuk hamil selepas berhenti merancang kehamilan

Jika anda dalam fasa merancang kehamilan, anda boleh juga cepat-cepat berusaha untuk hamil selepas sahaja perancangan kehamilan dihentikan. Ketika ini badan dalam fasa menstabilkan hormone dan mengambil masa untuk sesuaikan sistem badan dengan perubahan setelah perancangan kehamilan dihentikan. Ini boleh meningkatkan tahap hormon dalam badan dan peluang ovum yang lebih dihasilkan ketika ovulasi berlaku.

Kita hanya mampu berusaha. Allah juga yang memungkinkan kehamilan kembar itu terjadi sebenarnya. Dan kehamilan kembar juga datang dengan risiko yang pelbagai, begitu juga dengan selepas kelahiran mereka.

Jadi, jika begitu inginkan anak kembar, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlu banyak belajar mengenai kehamilan, penyusuan dan penjagaan mereka.

Tanggungjawab berkali ganda lebih dari anak yang bukan kembar.

Jemput baca juga entri saya yang lain mengenai anak kembar, jika anda betul-betul ingin memiliki anak kembar.

http://qiderfirdaus.com/ibrah-dari-kelahiran-si-kembar-saya/
http://qiderfirdaus.com/fakta-anak-kembar-jenis-jenis-kembar/
http://qiderfirdaus.com/realiti-mempunyai-anak-kembar-6-fakta-yang-patut-anda-tahu/

Moga Allah mudahkan.

info:
http://www.justmommies.com/
http://trimestertalk.com/

Signature2edit_3

48 thoughts on “10 Cara Semulajadi Untuk Mendapat Anak Kembar

  1. umi nadrah says:

    salam…sis tq for the info,sy dah 3kwin masih belum ada rezeki,umur pun dah 30…so mmg plan nak ada baby kembar..

  2. dila says:

    Salam sis,sy sendiri pasangn kembar,lelaki n perempuan
    Mak lahirkn kami masa usia 40,ayah dah 50…dan kami ank bongsu,jarak 9 tahun.
    Rezeki abg kembar sy,ank sulung kembar 2 2 girl,wife dia umo bru 21

  3. Lin says:

    Saya rasa hanya org2 yg terpilih shj yg dpt anak kembar.. Or specifically, PASANGAN yg terpilih… Sbb nak jaga anak kembar ni perlukan pengorbanan yg sgt2 tinggi dari si ibu DAN SI BAPA… Kalau suami jenis yg xringan tulang, xreti nak buat itu dan ini.. Buat susu ke, tukar pampers ke, tolong tenteramkan si kecil yg nangis ke… Mmg payah la… Saya bercakap berdasarkan experience mebesarkan 4 org anak tapi bkn kembar.. Nak jaga sorng anak pun letih kalau si suami xde utk mbantu, apatah lagi kembar… So, i mmg salute to those parents of any twins… U r the chosen ones

    • Thank you my dear, you had made we the parents of multiple feel so much better..happier…And by the way, sama juga kes dengan orang yang Allah anugerahkan anak dan anugerahkan anak yang ramai serta yang sengaja dilambatkan anugerah anak..

      It happen for a reason. Always.

      🙂

  4. ibunda says:

    Hai sis sy dikurniakan 1st kembar tp sehingga skrng sy msih lagi blom dikurniakn ank kedua. Ank kembar sy telah berusia 8tahun sy mengmbil pil perancang selama 3thun adakah perkara ini adalh faktor2 mnyebabkn kesukaran tuk hamil? Pengambilan folat bole terngkn ape kah jenis pemakanan folat atau adakah bole didapati di farmasi2 ?

    • Folat atau folate banyak dalam sayuran hijau. Sebenarnya saya (yang sekarang) lebih kepada pemakanan yang sihat berbanding dengan pengambilan supplemen. Itu lebih baik.

      Selain perancangan dari Dia, mungkin sis boleh mula ubah gaya pemakanan. Boleh je cari (artikel yang ditulis oleh ibu-ibu luar malaysia) mengenai diet yang membantu meningkatkan kesuburan, antara salah satunya ialah gluten free diet. Saya doakan Allah bantu sis.
      Qider Firdaus recently posted…Brain injured children dan konsep ‘litar tertutup’My Profile

  5. ummi iman says:

    Sy pernah hamil kembar..tp syg umur x panjang..hanya mampu setakat 4 bulan je..skrg masih berharap dpt hamil kembar lg..sbb ada sejarah adik lelaki sy mnmg kembar..semoga allah makbulkan..aamiin..aamiin

  6. suryati says:

    Assalamualaikum..terima kasih atas info..teringin nak dpt anak kembar…alhamdulillah anak dah 8 org dalam usia 36 tahun..yg kecil setahun 4 bulan..:)…pernah merasa beranak seorang setahun 3 tahun berturut..bila difikirkan dalam membesarkan 8 org tu..hati teringin nak anak kembar…haiii..bila…mikir membesarkan 8 org tu..huhu..apa2 pun sy tetap berusaha nak anak kembar..cuma selalu berdoa agar Allah berikan yg terbaik buat sy…Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang itu kecuali mengijut kemampuannya.

  7. Zhaza zimsky says:

    Bgusnya..alhmdulilah kalian punya zuriat byk…sy dh bertahun2 mcuba masih blm ada rzeky ..dgn ksihatan lg..x menggalakkan…tp teringin sgt nk ada zuriat….huhuhu

  8. Farahwaheeda Mohd says:

    Dapat anak kembar pada kehamilan pertama but takdir Allah menentukan segalanya bila my 2nd twin meninggal pada hari ke 8 dia lahir ke dunia. My twins lahir premature at 27 weeks. Now tnggl seorg saja dah berumur 12 tahun dan esok bakal memgambil keputusan UPSR. Thanks for the tips sbb dulu pn i z ada apa2 tips. Rezeki Allah. Now pada usia 38 i bakal berkahwin lagi setelah 7 thun i jadi single mother. Doakan i dan hope dpt lahirkan anak kembar utk bakal suami i nanti. Aamiin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge